Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Kenapa Perempuan Simpan Gunting dalam Kereta
Auto Terkini

#TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Kenapa Perempuan Simpan Gunting dalam Kereta

Azizi HBy Azizi H18/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUATU hari, ketika hendak keluar makan tengah hari, penulis terjumpa gunting dalam kereta rakan perempuan sepejabat. Agak hairan dan seram juga bila difikirkan apa yang dia hendak buat dengan objek tajam macam itu. Sebenarnya inilah salah satu objek pelik dan ajaib yang penulis pernah nampak dalam kereta kaum hawa.

Apabila ditanya kenapa simpan gunting dalam kereta, dia pula pelik sebab apa penulis tanya soalan macam itu. Rupanya bagi dia, tiada apa yang pelik sangat simpan gunting dalam kereta.

Selepas ditanya apa dia buat dengan gunting itu, inilah jawapan yang diberikan… 😑

1. Potong Tali Keledar Jika Berlaku Kecemasan

Katanya pernah terbaca tip keselamatan yang tali keledar boleh tersekat atau gagal berfungsi, terutama apabila berlaku kemalangan atau apa saja insiden kecemasan tidak terduga.  Jadi inilah fungsi gunting, iaitu membolehkan kita memotong tali keledar yang tersekat itu. Hmm… betul juga…

2. Supaya Mudah Balut Luka

Gunting boleh digunakan untuk memotong kain balut, kain kasa atau kelengkapan perubatan lain sebagai persediaan pertolongan cemas jika berlaku cedera ringan. Juga boleh mengguntingkan pakaian terkoyak atau kotor. Tapi kenapa tak beli kit kecemasan kereta sebab memang ada disediakan gunting dalam tu. Hmmmm..

BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

3. Untuk Bungkus Hadiah

Katanya, perempuan dan hadiah memang kawan baik. Sesama kawan ofis selalu buat kejutan majlis hari jadi. Kadang-kadang, last minute baru perasan hari ini hari jadi anak, suami, BFF, kawan ofis, bos atau sesiapa sajalah.

Sesiapa yang selalu beri hadiah tu, mesti sedar betapa pentingnya gunting. Apabila ada benda ni, semua kerja jadi senang. Tak payah bungkus hadiah dalam ofis atau rumah lagi sebab semua tu boleh buat dalam kereta je. Baru betul-betul surprise!

4. Buka Pek Makanan Ringan

Ini memang peel orang perempuan – mengunyah. Pantang kereta bergerak mesti mulut tu nak mengunyah. Bila sudah beli kerepek, keropok, roti dan segala jajan itu, mestilah ada gunting supaya senang hendak buka.

Tapi kenapa nak buka mesti guna gunting? Kalau tanya lelaki macam penulis, guna tangan bolehkan? Kalau susah sangat,  pakai je gigi. 😚

5. Untuk Menjahit Kain Koyak, Butang Tercabut

Ok, alasan ni memang rare. Dia cakap nak menjahit benda simple macam butang, kerongsang, dan kain terkoyak. Soalannya, tak reti nak menjahit kat rumah ke? Dah kenapa kena buat semua tu dalam kereta? Tiap-tiap minggu baju terkoyak ke? Selalu sangat ke butang tercabut?

Katanya, standbyyyyy….

Aduhh… Memang tak faham… tak fahammm…

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

autotainment Gunting Roda4 Simpan Gunting dalam Kereta tahukah anda
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.