Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAMPIR setiap tahun, pengeluar motosikal seluruh dunia akan memperkenalkan model superbike baharu atau memperkenalkan pelbagai ciri dinaik taraf pada model sedia ada supaya kekal relevan di pasaran.

Naik taraf itu pula membabitkan pelbagai aspek seperti prestasi, pengendalian, keselamatan hingga kemas kini kosmetik. Namun, tahukah anda ranking motosikal yang memiliki kuasa pecutan dari kedudukan pegun hingga 100kmj terpantas dunia masih dipegang banyak model lama?

Berikut senarai 10 model motosikal komersil dengan catatan masa terpantas dunia untuk pecutan 0-100kmj.

1. SUZUKI GSX-R1000 (2006) – 2.35 saat

Mungkin sukar dipercayai, tetapi tempat pertama menjadi milik Suzuki GSX-R1000 (2006), iaitu model yang diperkenalkan sebagai produk pengganti GSX-R1100.

GSX-R1000 boleh mencapai kelajuan maksimum 286.4kmj dengan trenkuasa 4-silinder 999cc berkuasa 152hp dan tork 118Nm. Setahun kemudian Suzuki menambah baik aspek aerodinamik untuk sportbike disebabkan standard emisi baharu.

2. SUZUKI HAYABUSA (2002) – 2.47 saat

Model Hayabusa yang mula diperkenalkan pada 1999 pernah memegang gelaran motosikal paling pantas dunia dengan catatan kelajuan 312.2kmj. Rekod luar biasa sebagai motosikal komersial itu belum dipecahkan sehingga hari ini disebabkan  perjanjian pakatan sulit pengeluar motosikal Jepun yang dipanggil Gentlemen’s Agreement.

Hayabusa (1999) menggunakan trenkuasa 4-silinder berkapasiti 1,299cc dengan output kuasa 175hp dan tork 138Nm.

3. YAMAHA VMAX (2010) – 2.5 saat

Memang tidak disangka, model cruiser Yamaha VMAX mampu memecut lebih pantas daripada banyak sportbike atau superbike lain. Yamaha mula memperkenalkan VMAX pada 1985 dan terus mengeluarkan versi kemas kini sehingga kini.

Model edisi 2010 menerima naik taraf sistem frem dan sistem henti menggunakan cakera brek dipertingkat untuk keselamatan penunggang. Motosikal ini menggunakan trenkuasa 4-silinder 1,679cc berkuasa 200hp dan tork 166.8Nm.

4. KAWASAKI NINJA ZX-12R (2002) – 2.59 saat

Sebelum kemunculan Ninja ZX-14R pada 2006, Ninja ZX-12R dianggap sportbike paling pantas dunia yang boleh mencapai kelajuan 305kmj hasil bantuan sistem masukan udara menerusi skup udara (ram-air).

Malangnya, hayat ZX-12R tidak lama kerana ditamatkan pada 2006. Bagaimanapun, penggemar dan peminat masih mencari superbike ini untuk dijadikan bahan koleksi. Model ini dijana enjin 4-silinder 1,199cc berkuasa 178.5hp dan tork 137Nm.

5. KAWASAKI NINJA H2 (2015) – 2.6 saat

Ramai masih ingat juara lima kali Supersport, Jenan Sofuoglu menunggang Ninja H2 hingga 400kmj atas sebuah jambatan tertutup dengan rekod masa 26 saat.

Kawasaki juga melancarkan model khas untuk trek, H2R yang dianggap motosikal terpantas dunia. Ninja H2 menggunakan enjin 4-silinder 998cc dengan komponen supercas yang membolehkan model ini menjana 200hp dan tork 133.5Nm.

6. DUCATI 1199 PANIGALE (2014) – 2.6 saat

Ini model bukan Jepun pertama menduduki ranking motosikal dengan pecutan terpantas dunia. Lebih menarik, model ini menggggunakan enjin dwi-silinder. Malah, Ducati menganggap 1199 Panigale sebagai motosikal dwi-silinder terpantas dunia pernah dihasilkan dengan melakukan debut dunia sempena Pameran Motosikal Milan di Itali 2011.

Model ini cuma dikeluarkan hingga 2015 sebelum digantikan 1299 Panigale. 1199 Panigale dipasangkan enjin 1,198cc berkuasa 195hp dan tork 132Nm.

7. DUCATI DIAVEL (2015) – 2.6 saat

Mula diperkenalkan pada 2011, generasi kedua Ducati Diavel tiba empat tahun kemudian (2015) dan berjaya menduduki tangga ketujuh senarai motosikal pecutan terpantas dunia.

Pada debut versi naik taraf terbaharu, Ducati menggunakan blok enjin lebih besar, berkapasiti 1,262cc Testastretta DVT dengan mengekalkan rekabentuk asal walaupun sudah memasuki generasi ketiga. Diavel 2015 dijana enjin dwi-silinder (L-Twin) 1,198cc berkuasa 162hp dan tork 127.5Nm.

8. YAMAHA MT-09 (2014) – 2.7 saat

MT-07 juga dipanggil FZ-09 di Amerika Utara. Model ini menarik minat ramai pembeli kerana menggunakan frem aloi ringan yang membantu mengekalkan berat keseluruhan pada 187.7kg.

Naked bike ini dikatakan menawarkan pengendalian lebih baik berbanding pesaing Kawasaki Z800, Triumph Street Triple atau MV Agusta Brutale. MT-09 (2014) menggunakan enjin 3-silinder 847cc berkuasa 115hp dan tork 61.5Nm.

9. KTM 1190 ADVENTURE (2014) – 2.8 saat

KTM 1190 Adventure ditayangkan sempena Pameran Dagangan Intermot pada 2012 dan pengeluaran model ini berlangsung selama empat tahun (2013-2016).

Ini juga model pertama dilengkapkan teknologi Anti-Lowside Bosch, atau dipanggil sistem Kawalan Stabiliti Motosikal (MSC) Bosch. 1190 Adventure dipacu enjin dwi-silinder 1,195cc berkuasa 147.5hp dan tork 124.8Nm.

10. BMW K 1300 R (2010) – 2.81 saat

Jenama motosikal dari Jerman menduduki ranking terakhir menerusi BMW K 1300 R edisi 2010. Naked bike ini dihasilkan selama lapan tahun (2008-2015) dan menerima beberapa pembaharuan daripada BMW Motorrad. Ia menggunakan enjin 4-silinder 1,293cc berkuasa 173hp dan tork 140Nm.

SUMBER: ZingNews

BMW K 1300 R (2010) Ducati 1199 Panigale (2014) Ducati Diavel 2015 Kawasaki Ninja H2 (2015 Kawasaki Ninja ZX-12R (2002) KTM 1190 Adventure (2014) Suzuki GSX-R1000 (2006) Suzuki Hayabusa (2002) Yamaha MT-09 (2014) Yamaha VMAX (2010)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.