Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bukan Semua Bahan Api Dicipta Sama
Autotainment

#TahukahAnda: Bukan Semua Bahan Api Dicipta Sama

Han OthmanBy Han Othman17/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU soalan kerap ditanya pemilik kenderaan, adakah semua bahan api yang dijual di stesen minyak seluruh negara itu sama?

Ramai beranggapan semua bahan api kenderaan di Malaysia sama saja kerana lori tangki pelbagai jenama sering dilihat meninggalkan terminal sama. Betul ke? Jawapannya, TIDAK.

Setiap produk bahan api yang ditawarkan pembekal bahan api sebenarnya berbeza. Ini dijelaskan saintis Shell, Colin Chin (foto atas, kanan). Beliau adalah satu-satunya saintis bahan api warga Malaysia yang berkhidmat di Shell dengan kepakaran lebih 29 tahun dalam industri. Beliau juga salah seorang 120 saintis bahan api dunia yang aktif melakukan inovasi dan pembangunan bahan api.

Selain memiliki pengalaman berharga, Colin juga menjalankan pelbagai kajian bahan api membabitkan petrol dan diesel untuk kenderaan serta bahan api untuk kegunaan loji janakuasa dan kapal.

Pakar penyelidik itu mendakwa bahan api asas (base fuel) RON95 dan RON97 untuk semua jenama adalah sama. Perbezaannya ialah bahan aditif yang dicampurkan dalam base fuel tersebut. Setiap pembekal bahan api menggunakan bahan aditif berbeza yang menjadikan setiap produk akhir, sama ada RON95 dan RON97 di pasaran berbeza.

RAMUAN RAHSIA

Aditif tersebut ialah ramuan rahsia setiap pengeluar dengan perbezaan dalam aspek kandungan, kuantiti dan kualiti. Inilah yang membezakan setiap jenama bahan api di pasaran.

Menurut Colin, fomulasi itu umpama sambal dalam hidangan nasi lemak. Rasa nasi mungkin sama, tetapi resipi sambal rahsia itulah yang berbeza. Kajian pengguna dijalankan Shell mendapati rata-rata rakyat Malaysia menjadikan faktor lebih kilometer sebagai pertimbangan utama pemilihan bahan api.

Shell mengambil berat maklum balas pengguna dan juga kualiti bahan api yang ditawarkan kepada mereka. Hajat ekstra kilometer itu kini boleh dinikmati sebaik saja mengisi setangki penuh FuelSave 95.

Bahan api itu mengandungi ‘sambal rahsia’ yang dicipta lebih 120 saintis di beberapa fasiliti penyelidikan serata dunia. Fomulasi berkenaan bukan produk makmal semata-mata, tetapi diuji sejauh 3 juta kilometer dalam jangka masa lima tahun.

BAGAIMANAKAH SHELL FUELSAVE 95 DAPAT EKSTRA KILOMETER?

Saintis Shell menjalankan penyelidikan untuk  meningkatkan kadar kecekapan bahan api daripada setiap titik bahan api dalam tangki minyak kenderaan dan ini adalah kelebihan yang terkandung dalam Shell FuelSave 95.

Shell FuelSave 95 sebenarnya membolehkan anda menikmati ekstra kilometer perjalanan melalui tiga kaedah iaitu:

  • Ekstra Penjimatan Serta-merta: Shell FuelSave 95 membantu mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.
  • Ekstra Bersih: Shell FuelSave 95 menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin yang lebih bersih.
  • Ekstra Perlindungan: Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan mendapan dengan Triple Action Formula.
SELAIN ISI BAHAN API BERKUALITI TINGGI, INILAH CARA DAPATKAN EKSTRA KILOMETER!

Berikut tip dikongsikan Colin jika mahu menikmati kecekapan penggunaan bahan api untuk pemanduan harian dan mendapatkan ekstra kilometer bagi setiap liter Shell FuelSave 95:

Sebagai pengguna bijak, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu setimpal dengan nilai pulangan.

Jika ada pilihan produk yang memberikan lebih banyak manfaat, dan pada masa sama membantu kita menikmati penjimatan, kenapa tidak mencubanya?

Di Malaysia, harga setiap liter bahan api adalah sama bagi semua jenama minyak di pasaran. Namun, bahan api yang memberi Ekstra Penjimatan, Ekstra Bersih dan Ekstra Perlindungan cuma ada pada Shell. Ingat sambal, ingat Shell FuelSave!

Beza Jenama Minyak Beza Jenama Petrol Colin Chin petrol Shell Shell FuelSave 95 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.