Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Rim SpinForged Yamaha Dibuat?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Rim SpinForged Yamaha Dibuat?

WahidBy Wahid08/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin perasan Yamaha MT-09 (2021) baharu menggunakan rim ‘SpinForged’. Menurut Yamaha, setiap rim lebih ringan 700 gram daripada rim yang ditempa secara tradisional. Mari kita bincangkan.

Manfaat Rim Lebih Ringan

Pertama sekali, rim yang lebih ringan membantu meringankan berat motosikal secara kesuluruhan. Maknanya, lebih ringan sesebuah otosikal, maka lebih ringan dan lebih mudah ia dikendalikan.

Namun, apa lebih penting adalah aspek daya giroskopik dan berat komponen yang tidak membebankan spring (unsprung weight). Penjelasan adalah seperti di bawah:

  • Rim dan tayar berpusing akan menghasilkan daya giroskopik yang bertambah dengan penambahan kelajuan. Daya inilah membolehkan motosikal menegak apabila ditunggang. Daya ini juga bertambah jika rim lebih berat. Tetapi daya giroskopik terlalu kuat akan membuatkan motosikal rasa ‘berat’ ketika menukar laluan atau dikendalikan (yang biasanya disebut sebagai ‘hendal berat’).
  • Jadi jika berat rim dapat dikurangkan, penunggang tidak perlu menggunakan lebih banyak kekuatan (‘kederat’) fizikal untuk mengendalikan motosikalnya.
  • Selain itu, rim lebih ringan dapat mengurangkan daya yang diperlukan untuk pikap. Ini membolehkan tork daripada enjin memecutkan motosikal lebih cepat. Rim lebih ringan juga dapat mengurangkan daya diperlukan untuk membrek.
  • Tambahan lagi, komponen rim, tayar, kaliper brek, cakera brek, madgad depan ialah berat yang tidak dibebankan spring (unsprung weight). Komponen lebih ringan membolehkan suspensi bertindak balas lebih jitu terhadap permukaan jalan, sekali gus memaksimumkan cengkaman tayar.

Inilah sebab kenapa rim magnesium aloi atau gentian karbon (juga disebut rim karbon) popular di kalangan penunggang yang bermain trek atau perlumbaan.

BACA >>> Yamaha MT-09 (2022) Lancar di Malaysia dengan Ciri Terkini, Harga RM54.9k
BACA >>> HLYM Lancar 3 Pilihan Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021)

Contohnya, jentera MotoGP menggunakan rim magnesium aloi, dan pernah menggunakan rim karbon suatu masa lalu, tetapi diharamkan kerana Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan pengendali Dorna hendak mengehadkan kos ditanggung pasukan lumba. Bukan kerana rim gentian karbon tidak kuat, tetapi faktanya rim karbon adalah paling kuat).

BACA >>> BMW Motorrad Perkenal Rim Gentian Karbon M Performance untuk S1000RR
BACA >>> Rotobox Splice – Supermoto Kustom Sentuhan Pengeluar Rim Gentian Karbon Slovenia

Metod Pembuatan Rim Motosikal Tradisional

Ada dua metod pembuatan rim motosikal, iaitu secara tuang (casting) dan tempa (forging).

1. Metod tuang adalah menuangkan bahan aluminium aloi (atau keluli, besi sebelum ini) cair ke dalam acuan yang kemudian dibuka apabila aloi tersebut sejuk dan pejal untuk mendapat sebuah rim. Langkah seterusnya adalah memperhalusi setiap bahagian rim.

Walaupun proses tuang paling mudah, tetapi rim yang dihasilkan tidak sekuat rim ditempa.

2. Metod tempa bermula dengan satu bilet (rod/keping) aluminium aloi (atau magnesium aloi) dipanaskan dan ditekan menjadi bentuk leper. Kemudian, bahan leper itu akan dipotong menggunakan mesin bagi mendapatkan bentuk rim akhir ditetapkan. Proses ini menghasilkan rim yang kuat tetapi sangat mahal kerana menggunakan banyak proses kerja dan kepakaran.

Inilah sebab rim seperti Marchesini mencecah ribuan ringgit.

Kaedah Spin Forging


Namun, sekarang jurutera bahagian casting Yamaha menggunakan cara spin forging (tempa putar). Metod ini sebenarnya dipanggil flow forming dan sudah lama wujud, tetapi hanya digunakan pengeluar rim kereta. Proses ini lebih senang dibuat untuk rim kereta kerana lebih lebar dan hanya memerlukan bahagian luar yang cantik.

Sebaliknya rim motosikal lebih sempit dan kedua-dua belah pula mesti cantik dan simetri. Berikut huraian tentang metod ‘Spin Forging’:

  • Flow forming bermula rim tuang kasar lebih kecil. Rim kasar itu sudah mengandungi jejari dan bentuk asas. Kemudian, ia ditempatkan atas satu tapak berpusing.
  • Api dihembuskan pada satu bahagian rim untuk dipanaskan dan dilembutkan. Jadi, aluminium aloi digunakan mesti ada campuran yang boleh dipanaskan dan dilenturkan dengan mudah.
  • Beberapa penggelek (roller) digunakan untuk menekan bahagian rim tuang bagi menghasilkan bentuk rim yang dimahukan. Proses dilakukan seperti menguli seketul tanah liat dalam pembuatan pasu bunga, atau tembikar.
  • Proses roller itu juga memampatkan struktur aluminium aloi dan menguatkannya seperti rim tempa.
  • Proses akhir adalan rim dimesinkan atau dicanaikan. Proses tersebut akan menghasilkan rim sekuat rim tempa, tetapi menggunakan proses lebih mudah.
  • Proses ini juga membolehkan jurutera Yamaha mengurangkan ketebalan bahan rim kepada hanya 2mm berbanding 3.5mm sebelum ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Rim Aloi Ada Lubang?

Rim Motosikal Rim Yamaha Spin Forging SpinForged SpinForged Wheels Yamaha yamaha mt-09
Wahid

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.