• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / HLYM Lancar 3 Pilihan Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021)

HLYM Lancar 3 Pilihan Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021)

September 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

665
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) nampaknya sudah menyusun strategi memperbaharui produk motosikal jenama Jepun itu bermula dengan memperkenalkan tiga pilihan warna baharu untuk model MT-15.

Tiga pilihan tona badan baharu iaitu biru, hitam dan kelabu adalah warna pengganti kepada opsyen Yamaha Blue dan Ice Fluo sedia ada. Berdasarkan maklumat diterima, spesifikasi motosikal naked itu kekal seperti model semasa:

BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!

  • Trenkuasa jenis 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC 155cc berkuasa 19.3hp @ 10,000rpm dan tork  14.7Nm @ 8,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. 
  • Penukaran gear menjadi lebih lancar dengan tambahan ciri klac antigelincir Assist & Slipper.
  • MT-15 berasaskan frem diamond dengan padanan fork terbalik (USD) pada bahagian depan dan penyerap hentak tunggal  di belakang.
  • Sistem henti membabitkan set brek cakera pada kedua-dua roda. Rim 17 inci digunakan dibalut tayar saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Model seberat 133kg itu dipasang pelana setinggi 810mm dan dilengkapi tangki minyak 10 liter.
  • Ciri lain ialah penghidup elektrik trenkuasa, instrumen meter digital dan set lampu depan dan belakang jenis LED.
  • Belum ada maklumat rasmi sama ada ada kenaikan harga atau tidak.

BACA >>> Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!
BACA >>> Excelle Cobra 321R - Naked Bike Kahwin yang Guna Enjin MT-03, Frem 390 Duke, Harga RM14k
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

SUMBER: Facebook Shin Hup Hing Motor

Artikel Berkaitan

665
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Motosikal 155cc, naked bike, roda2, Yamaha MT-15 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my