Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Apakah Punca Tinted Cermin Kereta Menggelembung?
Aksesori

#TahukahAnda: Apakah Punca Tinted Cermin Kereta Menggelembung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA baharu tetapi filem (tinted) cermin, terutama belakang macam sudah dipakai lebih tujuh tahun, melepuh dan menggelembung sana sini. Ini bukan senario baharu, tetapi semakin ketara dilihat pada kenderaan masa kini.

Kenapa tinted baharu mudah menggelembung, manakala saiz pula semakin hari semakin besar? Berikut tiga punca tinted cermin gelap belakang mengalami masalah tersebut.

1. TINTED TIDAK BERKUALITI

  • Tinted digunakan daripada jenis tidak berkualiti. Lapisan penapis tinted itu mungkin nampak cantik dan kemas sepanjang tiga bulan pertama, tetapi permukaannya mula menunjukkan kesan rosak seawal bulan keempat.
  • Ini banyak berlaku pada pemilik kenderaan baharu yang menganggap semua tinted sama saja, dan pembelian tinted berkualiti tinggi sebagai pembaziran.
  • Tinted berkualiti rendah tidak sesuai dengan iklim Malaysia, dan lebih mudah rosak disebabkan kekerapan perubahan suhu panas dan sejuk (hujan).
  • Satu lagi faktor penyumbang kepada fenomena tinted cermin belakang menggelembung ialah bahan pelekat jadi lemah yang menyebabkan bahagian tertentu terpisah daripada permukaan cermin hingga berlaku kesan gelembung.
  • Punca bahan pelekat bertukar lemah adalah kerana tinted tidak berkualiti, menggunakan stok tinted lama dan salah cara memasang.

2. JURUPASANG TIDAK TERLATIH/BERPENGALAMAN

  • Pemilihan kedai dengan tukang pasang tidak berpengalaman juga menjadi punca tinted cermin belakang mudah menggelembung atau melepuh.
  • Hasil kerja pemasangan tinted tidak kemas boleh menyebabkan udara terperangkap antara lapisan tinted dan permukaan cermin belakang.
  • Kerja ala kadar dengan tidak membersihkan sepenuhnya kotoran dan habuk pada permukaan cermin juga boleh menjadi punca udara terperangkap dan tinted melepuh.
  • Ada juga pemilik kereta yang membeli lapisan tinted dan buat pemasangan sendiri kerana mahu berjimat. Akhirnya, hasilnya tidak seperti diharapkan dan permukaan cermin belakang sarat dengan gelembung di sana sini.

PEMANAS CERMIN

  • Semua kereta baharu dilengkapi ciri pemanas cermin belakang untuk membantu menghilangkan kabus ketika hujan atau cuaca sejuk.
  • Kabus biasanya terbentuk pada cermin belakang awal pagi, berlaku perbezaan suhu antara dalam dan luar kabin. Penggunaan pemanas cermin bertujuan mengatasi masalah berkenaan selain menambah baik penglihatan ketika memandu.
  • Namun, jika fungsi pemanas cermin dibiarkan terbuka dalam tempoh masa lama, atau terlupa dimatikan, ia boleh menyebabkan tinted cermin belakang rosak.
  • Ramai pemandu tidak sedar butang pemanas cermin tidak ditutup semula walaupun cuaca panas terik di luar. Kecuaian itu boleh memendekkan jangka hayat dan merosakkan tinted.

EFEK TINTED CERMIN BELAKANG MELEPUH

  • Apabila permukaan tinted menggelembung sana sini, ia meningkatkan peratusan risiko terlibat kemalangan.
  • Lapisan tinted menggelembung membataskan pandangan untuk melihat situasi belakang kereta, sekali gus menambah lebih banyak zon titik buta.
  • Malah permukaan cermin ‘berbisul’ juga menyukarkan pemandu kenderaan lain di belakang melihat situasi di depan, dan meningkatkan risiko perlanggaran.
  • Tinted cermin belakang melepuh juga menyebabkan kereta baharu nampak buruk hingga mengakibatkan pemilik terpaksa berbelanja kali kedua untuk menukar tinted baharu dengan dua kali kos perbelanjaan.
  • Tinted rosak juga mempercepatkan dan meningkatkan risiko kerosakan dalam kabin. Ini kerana penapis tinted tidak dapat menapis sinaran ultraungu (UV) dengan baik.
  • Kerosakan pada permukaan lapisan tinted boleh menyebabkan kabin kereta cepat panas, manakala penumpang berlakang rasa lebih panas dan suhu dalam kabin pula lambat bertukar sejuk.

APA NAK BUAT?

Penyelesaian terbaik adalah mendapatkan servis daripada pihak boleh dipercayai dan berpengalaman, termasuk memilih tinted berkualiti tinggi. Ini sebenarnya pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi.

Salah satu jenama tinted yang diperakui kualiti ialah Llumar, dan bengkel pemasangan berpengalaman, Pecman di Kota Damansara, Selangor.

Pecman Kota Damansara kini mengadakan promosi pemasangan tinted berkualiti Llumar untuk cermin belakang semua jenis kenderaan. Berikut perincian promosi:

  • Tempoh kempen: 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.
  • Lokasi: Pecman Kota Damansara
  • Kenderaan: Semua jenis, termasuk pemilik yang sudah tamat waranti pengilang, atau masih dalam tempoh jaminan.

Seperkara perlu diketahui, tiada jaminan ditawarkan jika berlaku kerosakan pada pemanas cermin belakang ketika proses menanggal tinted lama dan memasang tinted Llumar baharu.

Apapun, kerosakan pemasangan cermin belakang jarang sekali berlaku dan individu terlibat dalam proses tanggal-pasang adalah pekerja berpengalaman di Pecman. Bagi merebut peluang kempen Pecman Kota Damansara, anda perlu membuat tempahan menerusi aplikasi Pecman Apps.

TEMPAHAN DI PECMAN APPS

  • Buka laman Apple Store / Google Play Store, dan muat turun Pecman Apps/Pecman Customer.
  • Di laman utama aplikasi, klik Bubble Tinted.
  • Pilih lokasi Pecman Kota Damansara.
  • Klik rear windshield tint.
  • Pilih jurupasang (installer)
  • Buat tempahan dengan pilih masa dimahukan dan isi butiran diri.
  • Bayaran dibuat secara atas talian.
  • Anda disyorkan buat tempahan lebih atau minimum dua hari sebelum hari pemasangan tinted cermin belakang di Pecman Kota Damansara.

PROSES DI PECMAN KOTA DAMANSARA

Semua urusan pemasangan dilakukan di Pecman Kota Damansara. Berikut perinciannya:

  • Penapis tinted lama akan ditanggalkan dan dibuang. Selepas itu, penapis Llumar akan ditampal.
  • Tiada tampalan berganda dibuat, iaitu menampal tinted Llumar atas filem lama. Kerja akan dibuat secara profesional.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk kerja menanggalkan tinted lama. Kerja rumit tetapi dibuat percuma!
  • Jaminan 3 tahun diberikan untuk tinted Llumar.

Ada dua pilihan penapis filem Llumar, iaitu:

  • EAN 15 BK – RM388 (sementara stok masih ada)
  • LATI 15 HPR – RM488

Harga dikenakan untuk tingkap belakang sebenarnya diberi diskaun hingga 50 peratus. Kalau dibandingkan filem kualiti sama, harga pasaran ialah RM750! Tunggu apa lagi, terus buat booking hari ini!

aksesori Filem Cermin Gelap PECMAN Pecman Kota Damansara tahukah anda tinted Tinted Cermin Belakang Menggelembung
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ETS Rawang
    Auto Terkini

    Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026

    14/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Tempatkan Polis di 151 Stesen Minyak Berisiko Tinggi

    14/04/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.