Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Pro dan Kontra Gentian Kaca?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Pro dan Kontra Gentian Kaca?

Han OthmanBy Han Othman10/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA sudah nampak lawa, tetapi ada yang rasa masih belum cukup mengancam. Ada juga yang mahu berikan sentuhan peribadi supaya kereta mereka tampil unik dan tersendiri. Jadi, kit badan gentian kaca atau fibre glass ialah pilihan paling popular untuk modifikasi rupa kereta.

Kit badan gentian kaca asalnya digunakan pelumba trek atas keperluan perlumbaan itu sendiri. Namun, sama seperti material lain, ia juga memiliki kelebihan dan kelemahan. Artikel kali ini akan menghuraikan pro dan kontra kit badan gentian kaca, dan adakah material itu ialah apa yang anda perlukan untuk meningkatkan gaya dan prestasi kereta?

APAKAH GENTIAN KACA?

Gentian kaca ialah material komposit diperbuat daripada serat kaca halus (seakan serat jagung) yang digam bersama menggunakan resin dan komponen lain. Gentian kaca digunakan dalam pembuatan kit badan biasanya terdiri daripada pelbagai lapisan, termasuk lapisan saduran gel, lapisan tisu dan anyaman.

BACA >>> Jenis Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta yang Perlu Anda Tahu

Hasilnya, ialah material kit badan ringan, lasak dan kalis air yang bermanfaat untuk banyak kegunaan seperti pembuatan papan bola keranjang, bot, akuarium, papan luncur, geluncur air di taman tema dan lain-lain. Dalam dunia automotif pula, gentian kaca digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis kit badan, seperti bampar depan dan belakang, badan kereta sepenuhnya, dan kit kustom.

PRO?

Tingkat Penampilan – Kit badan kenderaan mungkin nampak bosan atau terlalu klise. Kit badan didatangkan dalam pelbagai gaya dan setiap pakej menawarkan rupa berbeza bagi meningkatkan penampilan kereta anda.

Ringan – Dalam perlumbaan, kit badan gentian kaca kerap digunakan untuk menggantikan panel logam kerana beratnya yang ringan dan ini membolehkan kereta memecut lebih pantas. Asasnya, berat gentian kaca ialah 1/5 daripada berat logam.

Kukuh dan Kuat – Gentian kaca ialah material stabil dengan kemampuan berada dalam bentuk asal yang baik dan tahan lasak daripada kesan negatif suhu ekstrem. Ciri ini menjadi sebab kenapa material ini menjadi pilihan ramai sama ada pengguna di kawasan beriklim panas atau sejuk.

Boleh Kustom – Kekuatan gentian kaca memudahkan gaya lebih sporty dan agresif dihasilkan yang tidak mampu dipadankan material kit lain.

Mampu Milik – Gentian kaca tidak menelan banyak belanja untuk dihasilkan. Material itu sendiri murah kerana bahan utamanya dibuat daripada komponen kitar semula, manakala acuan dan mesin untuk menghasilkannya juga tidak mahal.

Tingkat Prestasi dan Keselamatan – Kit badan yang direka baik mampu menambah baik aerodinamik kenderaan yang membuatkan kereta lebih pantas dan mengurangkan penggunaan bahan api. Sesetengah kit membantu merendahkan belakang jentera, sekali gus meningkatkan keselamatan terutama ketika melayan selekoh.

KONTRA

Sukar Dipasang – Kekuatan gentian kaca membuatkan ia tidak fleksibel dan sukar mendapatkan padana yang tepat. Kedai baik pulih badan biasanya perlu mengambil banyak masa untuk memasang kit badan gentian kaca penuh.

Padanan Kurang Tepat – Kebanyakan kit gentian kaca, terutama kurang berjenama, tidak memiliki ukuran tepat sama seperti kit badan asal. Ini dapat diselesaikan dengan membeli kit badan tersebut daripada pembuat berkualiti dan berjenama.

BACA >>> Benarkah Material Jalan Raya Malaysia Tidak Direka untuk Pandu Laju?

Cenderung Pecah dan Retak – Tidak seperti besi yang bengkok disebabkan tekanan, gentian kaca pula akan pecah dan retak akibat impak kuat. Mujurlah material itu mudah dibaiki. Panel gentian kaca yang pecah boleh dibaiki dengan menggunakan epoksi (epoxy) pada bahagian rosak dan diulangi hingga mendapat bentuk diingini.

aksesori Body Kit Fibre Glass Gentian Kaca Kemasan Kereta Kit Badan Modifikasi roda2 Roda4 ubah suai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
Roda4

#NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

05/04/2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
Auto Terkini

BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

03/04/2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Roda2

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

05/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.