Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Perbezaan HP, BHP dan PS?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan HP, BHP dan PS?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INGIN tahu perbezaan HP, BHP dan PS? Artikel kali ini akan menghuraikan satu persatu setiap istilah ukuran tersebut secara ringkas supaya mudah difahami pembaca semua. Jadi, teruskan membaca.

Sebenarnya, inilah antara soalan klise yang paling kerap ditanya selain daripada ‘berapa top speed’? Apakah perbezaan tiga istilah tersebut? Apapun, memang munasabah soalan itu ditanya, dan akan sentiasa wujud zaman berzaman selagi masing-masing pengeluar tidak bersepakat mahu menggunakan istilah yang sama.

Kewujudan pelbagai indikator kuasa itu dengan mudah mengelirukan mereka yang tidak tahu tentang automotif, dan jika tidak berhati-hati dapat memberikan tanggapan salah sama ada sebuah jentera itu lebih berkuasa ataupun kurang berbanding angka sebenar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

PERSAMAAN KUASA

Begini, kuasa (power) ialah ukuran kerja (work) dibahagikan dengan masa (time), dengan persamaan seperti berikut:

  • Kuasa (P) = Kerja (W) / Masa (T)

Kerja pula didefinisikan sebagai daya (force) didarabkan jarak (distance/displacement).

  • Kerja (W) = Daya (F) * Jarak (D)

Persamaan asas di atas ini adalah definisi pertama dari mana munculnya istilah kuasa kuda atau hp (horsepower).

Seorang jurutera legenda Scotland, James Watt mengukur kuasa tarikan kuda yang mengangkut naik bijih lombong menggunakan aci (shaft). Beliau mendapati 1hp bersamaan ~33,000 kaki-paun (foot-pound) per minit kerja. Susulan penemuan itu, definisi 1hp mula wujud dan digunakan secara meluas.

APAKAH PERBEZAAN HP DENGAN BHP DAN PS?

Persamaan metrik (juga jadi ukuran rasmi Malaysia) bagi kuasa kuda tunggal, dirujuk sebagai 1PS, adalah bersamaan 4,500 kilogram-meter per minit (kgm), yang dibundarkan kepada 32,550 kaki-paun per minit, atau 0.9863hp (dibundarkan menjadi 1hp). 

Rating kuasa kuda enjin biasanya diukur menggunakan dinamometer, dalam bentuk brek mekanikal yang dikenakan pelbagai beban ke atas enjin yang sedang bergerak supaya kuasa dan tork dapat dikira pada rev enjin berbeza – juga dikenali kuasa kuda brek atau brake horsepower (bhp), yang selalu dinyatakan bersama rpm tertentu.

Akibat susut geseran (friction loss), bhp yang diukur pada aci (shaft) output enjin adalah sentiasa rendah berbanding kuasa kuda tertera (indicated horse power) enjin – nama diberikan kepada jumlah keseluruhan kuasa dihasilkan pembakaran bahan api dalam silinder. Sebenarnya, hanya jurutera cenderung bersembang tentang indicated power. Fahami dan jangan keliru!

KUASA KUDA RODA?

Kuasa kuda roda (wheel horsepower, WHP) pula tidak biasa digunakan, kerana ukuran melibatkan roda dan permukaan jalan, dan bacaan diperoleh adalah lebih rendah daripada semua angka bhp penting, disebabkan susut geseran daripada kotak gear dan trenpacu (drivetrain).

Jadi, tidak mengejutkan tiada sesiapa dalam industri kereta mahu menguar-uarkan angka yang rendah, walaupun ia relevan untuk dibuat perbandingan. Bagaimanapun, bergantung pula dengan siapa kita bersembang kerana WHP dan BHP memang kerap saling digunakan yang mungkin menyebabkan kekeliruan.

Apa saja cara ukuran, rating kuasa kuda kereta – atau kadar kerja – bergantung kepada seberapa banyak bahan api enjin yang boleh dibakar pada masa tertentu. Inilah sebab kenapa kuasa kuda cenderung meningkat ketika rev enjin meningkat (hingga tahap tertentu) kerana anda sedang menyuap lebih bahan api ke dalam silinder.

SUMBER: AutoExpress

autotainment BHP horsepower HP kuasa kuda kuasa kuda (hp) ps tork
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.