Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?
Aksesori

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?

WahidBy Wahid31/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL ini berdasarkan pengalaman penulis masuk ke banyak kedai aksesori motosikal. Antara persoalan kerap ditanya, adakah helmet untuk motosikal sama dengan helmet digunakan dalam perlumbaan kereta?

Kedua-dua helmet tersebut nampak macam sama saja jika dilihat daripada mata kasar, sama ada jenis muka penuh (full-face) atau muka terbuka (open-face). Namun ada beberapa perbezaan yang harus dilihat dengan lebih teliti.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Helmet Jadi Syarat Wajib Pakai untuk Penunggang Motosikal?
BACA >>> DXL-5: Peranti Ini Mampu Tapis Bunyi Bising Angin Helmet

Helmet Motosikal

Helmet untuk penunggang motosikal mesti mempunyai ciri berikut:

  • Serap hentakan. Sesuatu daya hentakan mestilah diserap helmet dan daya itu tidak sepatutnya  mengalir terus kepada kepala pemakai.
  • Tahan geseran. Helmet mestilah tahan geseran dengan sesuatu permukaan dan tidak tembus hingga kepala pemakai.
  • Bukaan cukup luas sama ada menegak dan melintang supaya penglihatan tidak terjejas. Harus diingatkan, penunggang biasanya akan menundukkan kepala ketika mengunggang pada halaju tinggi.
  • Rekaan cengkerang (shell) helmet memberikan sifat aerodinamik yang baik supaya stabil ketika menunggang.
  • Ciri aerodinamik baik juga memberikan helmet yang lebih senyap (tetapi tidak boleh senyap sepenuhnya).
  • Ada liang udara supaya pemakai tidak rasa terlalu panas.
  • Helmet untuk motosikal tidak perlu menggunakan bahan kalis api kerana kebiasaannya pengunggang akan terpisah daripada motosikal apabila berlaku kemalangan berbanding pemandu kereta.
  • Piawaian paling diiktiraf seluruh dunia ialah ECE R22.05 (ECE R22.06 sudah bermula, tetapi belum diwajibkan).
Helmet Kereta

Helmet untuk kegunaan pemandu kereta lumba terbahagi kepada dua kategori, iaitu kereta berbumbung dan go-kart (untuk profesional, bukan di taman tema). Berikut ciri helmet untuk pemandu kereta:

  • Mestilah menyerap hentakan berkali-kali kerana kereta terbabit kemalangan berisiko tergolek berulang kali.
  • Tambahan lain, ada pelindung dagu lebih besar untuk melindungi muka daripada hentakan stereng. Inilah sebab helmet pemandu lebih besar daripada helmet penunggang.
  • Tidak perlu tahan geseran kerana helmet kereta tidak akan bergesel dengan permukaan jalan.
  • Bukaan mata lebih kecil kerana pemandu tidak perlu menundukkan kepala seperti penunggang ketika memandu.
  • Tidak perlu ada ciri aerodinamik yang baik kerana pemandu berada dalam kenderaan dan tidak terdedah kepada udara luar.
  • Namun, ada helmet pemandu khas untuk kokpit terbuka seperti perlumbaan Formula dan go-kart yang mempunyai rekabentuk lebih aerodinamik.
  • Terdapat liang untuk menyalur keluar udara dari atas kepala pemandu. Ada juga helmet disambungkan kepada paip untuk menyalurkan udara sejuk.
  • Helmet perlumbaan kereta (kecuali go-kart) diwajibkan melepaso piawaian tahan api. Ini kerana pemandu perlu mengambil masa lebih lama untuk keluar dari kokpit kereta yang terbakar. Justeru, pad pelapik dalam helmet dibuat daripada Nomex (fabrik tahan api), bukan daripada material biasa seperti nylon, poliester atau kapas seperti helmet motosikal.
  • Selain itu, getah sekeliling bukaan mata mesti cair jika terkena api untuk melekatkan visor pada helmet supaya api tidak menyambar muka pemandu.
  • Tombol untuk memasang peranti HANS (Head and Neck Safety). Peranti ini berfungsi mengelak pemandu mengalami cedera patah leher apabila kereta menghentam objek pada halaju tinggi.
  • Pemegang piawaian untuk helmet pemandu ialah SNELL dengan piawaian SNELL SA (Special Applications – Kegunaan Khas) bagi helmet yang menjalani ujian tahan api, dan SNELL K2020 untuk kegunaan go-kart. (huruf ‘K’ bermaksud ‘kart’).
KESIMPULAN

Justeru anda boleh lihat terdapat perbezaan yang mesti diambil kira ketika memilih helmet untuk aktiviti peribadi. Dalam erti kata lain, pilihlah helmet yang sesuai dan bukan hanya pakai satu helmet untuk semua aktiviti sukan permotoran.

BACA >>> Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen
BACA >>> ‘Cap’ Helmet Bell Kuning Diraja Ini Mahu Dijual RM15k! (Mu Dok Kenal Barey)

aksesori Auto Terkini Beza Helmet Motosikal dan Kereta helmet tahukah anda
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.