• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen

Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen

August 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

567
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal di Filipina boleh dikenakan saman dan lesen menunggang dibatalkan jika didapati memakai helmet tiruan atau tidak diiktiraf pihak berkuasa negara itu.

Perkara itu termaktub dalam Akta Republik 10054 atau dipanggil Akta Topi Keledar Motosikal 2009. Peraturan itu menetapkan setiap penunggang motosikal hanya boleh memakai:

  • Helmet yang melepas ujian penilaian dan diiktiraf Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI)
  • Helmet yang mendapat kelulusan Pelepasan Komoditi Import (ICC) atau mempunyai pelekat Standard Filipina (Philippine Standard - PS).

Jika didapati penunggang motosikal tidak menggunakan helmet diiktiraf atau memenuhi standard ditetapkan, hukuman yang boleh dikenakan adalah seperti berikut:

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala

Denda Penunggang - Seksyen 7(a)

Mana-mana individu yang ditahan kerana tidak memakai helmet motosikal ditetapkan boleh didenda:

  • 1,500 peso (RM126): Kesalahan pertama.
  • 3,000 peso (RM252): Kesalahan kedua.
  • 5,000 peso (RM421): Kesalahan ketiga.
  • 10,000 peso (RM842) dan batal lesen: Kesalahan keempat.
Denda Penjual atau Pengedar - Seksyen 7(b)

Mana-mana pengedar yang gagal patuh peraturan kelulusan atau syarat ditetapkan (mengikut Seksyen 5) boleh dikenakan:

  • Denda tidak kurang 10,000 peso (RM842) dan tidak lebih 20,000 peso (RM1,683).
Denda Pengguna, Penjual dan Pengedar - Seksyen 7 (c)

Tindakan denda yang boleh dikenakan jika didapati menggunakan, menjual atau mengedar helmet motosikal substandard atau tanpa pelekat PS atau ICC:

  • Tidak kurang 3,000 peso (RM252) untuk kesalahan pertama.
  • 5,000 peso (RM421) untuk kesalahan kedua.

Perbuatan Mengusik, Mengubah Suai, Pemalsuan atau Tiruan Tanda PS dan Pensijilan ICC - Seksyen 7(d)

  • Denda tidak kurang 10,000 peso (RM842) dan tidak lebih 20,000 peso (RM1,683).

Aplikasi Imbas dan Pengesahan ICC

Imbas Kod QR Topi Keledar Filipina - 0
Imbas Kod QR Topi Keledar Filipina - 2
Imbas Kod QR Topi Keledar Filipina - 1

Satu aplikasi peranti pintar disediakan untuk penunggang motosikal membuat imbasan Kod QR bagi ICC yang ditampal pada helmet. Nama aplikasi itu ialah ICC Verification Mobile App dan boleh dimuat turun menerusi Google Play atau App Store.

  • Jika ada paparan maklumat seperti nama pengeluar, nombor siri dan maklumat lain, produk itu ialah tulen.
  • Jika skrin menunjukkan mesej 'Tiada Rekod Ditemui' (No Record Found), itu produk tiruan, cetak rompak atau seludup.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?
BACA >>> Penunggang Mengamuk Hentak Helmet Rupanya 'Mental'

SUMBER: MotoPinas | SenateGovPH

Related

567
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Republik 10054, Akta Topi Keledar Motosikal 2009 Filipina, Auto Global, Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI), Pelepasan Komoditi Import (ICC), Philippine Standard

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev