Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?

ZYBy ZY15/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MELAINKAN peminat dunia permotoran, satu-satunya maksud stroke yang anda tahu pastinya jenis penyakit yang menyebabkan badan menjadi lumpuh atau hilang upaya anggota tubuh tertentu. Sebutan  lejang pula, mungkin hanya pernah digunakan dalam Pendidikan Jasmani, itupun jika guru anda pengguna tegar Bahasa Melayu. 😛

Jadi, walaupun kata nama stroke kerap kali ditulis dan disebut bagi menggambarkan gerak kerja enjin, masih ramai tidak tahu kenapa enjin 4-lejang (stroke) berbeza dengan 2-lejang.

Menurut kamus Cambridge, stroke ada lebih 10 maksud, salah satunya ialah pergerakan yang sangat cepat dan berkuasa (dalam satu garisan). Maksud sama turut dikongsi lejang mengikut istilah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkataan lejang ini turut boleh digunakan untuk menggambarkan pergerakan menendang bola. Tetapi penulis yakin, belum ada lagi kita dengar mana-mana pengulas sukan tempatan kita menyebut “melejang bola”.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang Enjin Pembakaran Dalaman yang Perlu Anda Tahu

Jadi, bagaimanakah perkataan yang kedengaran asing ini boleh dikaitkan dengan enjin?

KONSEP ENJIN PEMBAKARAN


Mana-mana enjin kenderaan yang menggunakan bahan api dipanggil enjin pembakaran (combustion engine). Tidak seperti motor elektrik (seperti kereta Tamiya, atau Tesla) yang boleh menghasilkan gerakan putaran sejurus menerima tenaga elektrik, enjin pembakaran kebiasaannya menggunakan letusan tenaga bahan bakar untuk menggerakkan piston dalam gerakan linear sebelum gerakan itu diterjemahkan aci engkol (crankshaft) kepada gerakan putaran (rotational) yang menggerakkan transmisi dan roda.

Analogi paling mudah untuk membayangkan situasi ini ialah kayuhan basikal. Bagaimanakah mengayuh basikal? Caranya,  menolak pedal kayuh secara lurus ke bawah menggunakan kaki. Situasi sama juga berlaku dalam enjin pembakaran, cuma kaki-kaki itu digantikan dengan piston dan pergerakan atas-bawah (atau sebaliknya) dipanggil lejang.

Tetapi… pasti ada yang masih tertanya, apakah pula perbezaan antara enjin 4-lejang dan 2-lejang?

ASAS GERAK KERJA 4-LEJANG

Asasnya, kedua-dua jenis enjin ini menggunakan pergerakan lejang piston bagi menghasilkan kuasa. Perbezaannya, berapa banyak lejang atau gerakan omboh yang diperlukan sebelum enjin mampu menjana kuasa.

Enjin pembakaran 4-lejang memerlukan kitaran lengkap empat langkah seperti berikut:

1. Lejang Masukan (Intake Stroke)

Pada peringkat ini, piston akan ‘melejang’ (stroke) ke bawah, bagi membenarkan port injap masukan terbuka supaya campuran bahan api dan udara bersih dapat masuk ke dalam kebuk pembakaran. Pada masa sama, gerakan ini akan memutarkan aci engkol separuh pusingan ke atas.

Dari mana datang daya menolak piston ke bawah jika enjin belum dihidupkan? Itulah gunanya kita menendang penghidup tendang aka kickstarter, atau cuma tekan punat start supaya motor elektrik melakukan tugasnya.

2. Lejang Mampatan (Compression Stroke)

Sama ada inersia atau tolakan piston lain (jika lebih satu silinder), aci engkol akan meneruskan separuh putaran dan pada masa sama melejang piston ke atas untuk memampatkan campuran bahan api dan udara tadi. Bahan api dan udara perlu dimampatkan bagi menghasilkan pembakaran efisien, seterusnya menghasilkan kuasa dan injap masukan ditarik semula lantas membentuk satu kebuk kedap udara.

3. Lejang Kuasa (Power Stroke)

Pada peringkat ini, palam pencucuh dinyalakan seterusnya membakar mampatan campuran bahan api dan udara tadi. Letupan kuat yang terhasil akan melejang piston ke bawah dengan pantas dan pada masa sama memutar aci engkol separuh putaran ke atas.

4. Lejang Keluaran (Exhaust Stroke)

Seperti lejang mampatan tadi, putaran aci engkol akan menolak omboh ke atas bagi mengeluarkan sisa pembakaran melalui liang injap ekzos yang dibuka. Kitaran enjin lengkap dan akan memulakan proses kitaran lejang seterusnya.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu


ASAS GERAK KERJA 2-STROKE

 

Bagi enjin 2-lejang, setiap kitaran masih memerlukan proses yang hampir sama. Bagaimanapun semua proses itu disekalikan dalam dua lejang saja.

1. Masukan

Dalam proses ini, gerakan omboh ke atas hingga TDC (top dead center, poin teratas dalam silinder, iaitu permukaan piston paling hampir dengan poin pembakaran/palam pencucuh) menghasilkan vakum dalam kebuk engkol aka crankcase. Daya penyedut daripada vakum ini seterusnya membuka injap reed (terletak bawah piston) yang membenarkan aliran bahan api, udara dan minyak pelincir 2T masuk ke dalam crankcase.

Sebaik saja piston tiba ke TDC, berlakulah pembakaran atas permukaan piston.

2. Pindahan / Mampatan Crankcase

Pembakaran ketika proses 1 tadi menolak piston ke bawah hingga BTC (bottom dead center, poin paling bawah), memampatkan campuran bahan api, udara dan pelincir 2T dalam crankcase.

Campuran termampat itu seterusnya dipindahkan secara deras ke kebuk pembakaran melalui port pindah (transfer port), sekali gus memaksa gas ekzos hasil pembakaran sebelum ini keluar dari kebuk pembakaran.

3. Mampatan

Momentum aci engkol seterusnya menolak piston ke atas semula hingga mencapai titik TDC, memampatkan campuran bahan api yang dipindahkan melalui port pindah tadi. Pada masa sama, masukan (langkah 1 tadi) bermula di bawah piston.

4. Kuasa

Palam pencucuh dinyalakan, mencetuskan letupan yang seterusnya menolak piston ke bawah semula. Pada masa sama, mampatan crankcase dan pindahan (langkah 2) turut berlaku. Jika dibahagikan mengikut gerakan piston dan putaran engkol:

  1. Lejang piston ke atas (up stroke), putaran engkol 180° ke bawah – Masukan, Mampatan
  2. Lejang piston ke bawah (down stroke), putaran engkol 180° ke atas – Pindahan, Keluaran

APAKAH PENGETAHUAN YANG ANDA DAPAT?

1. Lejang atau Stroke merujuk kepada pergerakan omboh yang diperlukan bagi menghasilkan kuasa enjin 4-lejang dan 2-lejang. Enjin pembakaran yang tiada piston, seperti enjin rotari berkongsi kitaran yang sama dengan enjin 4-lejang, tetapi tidak digelar rotari 4-lejang kerana tiada sebarang pergerakan piston yang melejang (atas-bawah).

2. Enjin 2-lejang menghasilkan kuasa dua kali lebih kerap berbanding enjin 4-lejang. Jadi, pada sesaran dan rev enjin sama, serta dalam situasi ideal, enjin 2-lejang mampu menghasilkan hingga dua kali ganda kuasa berbanding enjin 4-lejang.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Enjin Pembakaran Dalaman Bekerja – Gerak Perlahan 4,000fps!

Contohnya, Yamaha RXZ dengan enjin 2-lejang 135cc mampu mencapai 20hp, hampir dua kali ganda kuasa yang mampu dihasilkan Yamaha 135LC dengan enjin 4-lejang 135cc yang cuma 11.9hp.

Bagaimanapun, tidak semua enjin ada kadar kecekapan yang sama. Contohnya, Yamaha 125Z dengan enjin 2-lejang 125cc cuma menghasilkan 17.26hp, sedikit sahaja berbeza dengan KTM RC125 yang mampu mencapai 15hp dengan enjin 4-lejang bersesaran sama.

2 lejang 4-lejang autotainment Combustion Enjin Enjin Pembakaran enjin pembakaran dalaman Lejang motosikal roda2 Stroke tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

15/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.