Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?

ZYBy ZY10/02/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAHUKAH anda, hampir semua kenderaan berenjin ada klac, termasuk motosikal automatik (seperti skuter) dan separa manual tanpa klac tangan, atau dipanggil semi-auto, atau klac hidup (seperti Honda EX-5)?

Ya, walaupun tiada tuil atau pedal klac seperti mana motosikal klac manual, itu tidak bermakna tiada klac digunakan pada motosikal tersebut. Kepada anda yang belum maklum, istilah ‘klac’ diambil guna daripada Bahasa Inggeris, ‘clutch‘, bermaksud mencengkam atau memegang erat.

APAKAH YANG INGIN DICENGKAM?

Pertama sekali, anda harus tahu kenapa klac perlu ada. Tidak seperti kereta mainan Dash Yonkuro yang anda pernah main, kenderaan sebenar perlu ada kebolehan menghidupkan enjin tanpa menggerakkan roda. Kenapa? Mudah saja, pastinya anda tidak mahu roda motosikal anda terus bergerak sebaik saja kunci penghidup ditekan.

Jadi, satu mekanisme diperlukan untuk memisah dan menghubungkan kuasa daripada enjin kepada roda belakang. Mekanisme penghubung ini dipanggil transmisi @ transmission, juga diambil daripada istilah Inggeris, transmit atau menghantar. Apa yang dihantar? Kuasa semestinya, daripada enjin kepada roda penggerak melalui komponen-komponen transmisi seperti gear dan pemacu (rantai, syaf dan lain-lain).

BACA >>> Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu

Namun, kuasa enjin tidak boleh sewenang-wenangnya terus dihantar kepada roda penggerak. Bayangkan anda guna gerudi bermotor dengan kelajuan rendah untuk menebuk kayu, dan terus tekan mata gerudi pada permukaan simen konkrit yang lebih keras, mata gerudi akan perlahan atau terus berhenti berputar. Situasi sama akan berlaku sekiranya anda terus menukar gear tanpa menarik tuil klac pada motosikal dengan transmisi manual, motosikal akan tersentak atau enjin terus mati.

Jadi, anda perlukan mekanisme pemisah. Jadi, klac digunakan sebagai perantara bagi melancarkan hantaran dan juga pemisahan kuasa antara enjin dan transmisi.

Klac digunakan bagi menghubung, atau memisahkan putaran gear daripada engkol enjin, dengan bertindak mengapit (engaged) atau melepaskan (disengaged) apitan klac-klac plat dalam mekanisme klac, yang seterusnya dihubungkan kepada putaran gear yang menggerakan transmisi dan roda belakang.

BAGAIMANAKAH KLAC BERFUNGSI?

Susunan asas klac dan unit penyerap hentak

Ada pelbagai metod dan mekanisme klac berbeza untuk motosikal, bergantung kepada kos dan aplikasi seperti penggunaan klac sentrifugal atau klac auto untuk motosikal kapcai bersesaran bawah 150cc. Bagaimanapun, asasnya tetap sama iaitu geseran atau nyah-geseran setiap plat klac (lihat cakera-cakera pada sebelah kanan gambarajah di atas 👆🏼).

Sebagai contoh, motosikal dengan transmisi manual penuh (klac tangan), apabila tuil klac ditarik, sebenarnya anda menolak spring-spring (gambarajah atas, hujung sekali sebelah kanan) sehingga termampat (compressed), melepaskan apitan dan menyah-geseran plat-plat klac, lantas memisahkan sambungan kuasa antara enjin dan transmisi.

Pada masa ini, anda boleh menukar gear sesuka hati tanpa memberi efek kepada enjin. Tapi ingat, anda perlu lepaskan tuil untuk membenarkan kuasa dihubungkan semula.

Apabila tuil klac dilepaskan (gambarajah atas, kiri), apa yang berlaku ialah spring-spring dalam mekanisme klac akan menolak kuat plat-plat itu supaya bergeser satu sama lain hingga putaran gear engkol beransur-ansur dapat disesuaikan kepada putaran gear transmisi, seterusnya menggerakkan roda belakang.

Sekiranya ada jurang besar antara kelajuan putaran enjin dan putaran transmisi, akan menyukarkan plat-plat klac ini untuk menyesuaikan kelajuan lantas penukaran gear menjadi tidak lancar dan situasi slip-klac (clutch-slip), iaitu putaran enjin lebih tinggi daripada putaran transmisi (enjin meraung, tetapi kelajuan masih perlahan) boleh berlaku, atau enjin terus segera mati.

Inilah sebab kenapa apabila menunggang motosikal dengan transmisi manual atau berklac, jika dalam gear 1, kita perlu melepaskan tuil klac beransur-ansur lebih perlahan berbanding gear-gear seterusnya. Sebabnya, pada peringkat awal, kuasa putaran enjin (tork) perlu mengatasi rintangan daripada roda belakang yang pegun, apabila roda mula berpusing dan menambah kelajuan barulah kelajuan engkol dan transmisi dapat disesuaikan yang seterusnya membawa kepada penukaran gear lancar.

Masih susah hendak faham? Boleh cuba tonton video penjelasan di bawah.

MASALAH UMUM MELIBATKAN KLAC

Kebiasaannya, masalah melibatkan klac sukar dikesan peringkat awal dan kerosakan yang berlaku akan mengambil masa. Bagaimanapun, petanda seperti enjin mudah mati apabila tuil klac ditarik, sukar untuk menarik tuil klac atau kehilangan pikap atau kelajuan walaupun pada rev tinggi (clutch-slip), bermakna klac anda perlu diperiksa segera.

Kebiasaannya masalah klac datang berpunca daripada haus dan lusuh (wear & tear) pada komponen. Ini termasuklah kabel klac yang semakin meregang atau plat klac yang semakin menipis hingga hilang upaya untuk mencengkam. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada pemilik sendiri seperti tetapan kelegaan atau freeplay kabel klac yang terlalu panjang hingga plat klac tidak terpisah sepenuhnya apabila tuil ditarik.

Boleh jadi juga terlebih isi minyak enjin melebihi isipadu maksimum dibenarkan, atau menggunakan minyak enjin yang tidak sesuai dengan klac motosikal (misalnya guna minyak enjin kereta).

Memandangkan klac motosikal dibina mengikut spesifikasi asal jentera tersebut, modifikasi peningkatan kuasa enjin yang terlalu tinggi juga akan menyebabkan masalah clutch-slip berlaku. Ini sering kali terjadi apabila pemilik ada bajet terhad dan naik taraf ke atas sistem klac wajib diambil kira jika mahu modifikasi membuahkan hasil yang sepatutnya.

BACA >>> Jangan Tahu Tuang Sahaja, Ketahui Fakta Penting Minyak Pelincir Motosikal Anda

autotainment bagaimana klac berfungsi how clutch works jenis klac klac auto klac manual maksud klac motosikal tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026

5 Comments

  1. Ariel on 24/05/2021 23:48

    Salam sejahtera….
    Sy ariel…sy ada soalan dan soalan ini mungkin boleh ditertawakan bagi yang sudah tahu….
    Soalan sy…
    Sy ada motor ber klac tangan (motocross 125cc) tapi sy nak tukar…bermaksud sy tak nak pakai klac tangan lagi..sy nak pakai klac kaki seperti motor ex5…boleh ke?dan apa yg perlu digantikan jika kita mahu menukar klac tangan kepada semi auto seperti ex5…

    Maaf sy betul² ingin tahu dan menukarnya…

    Reply
    • Abang GYL on 25/05/2021 14:52

      Ini subjektif. Ikut skill kedai modi
      Sebab melibatkan bahagian utama crankshaft & tambahan item (auto clutch components)
      Setahu kami tiada lagi komponen PNP untuk modifikasi ini

      Reply
  2. shah on 01/06/2021 12:05

    maaf bertanya…kenapa gear 1 kita msti tekan..dan gear seterusnya kita kena cungkil?????

    Reply
  3. Lol on 09/10/2021 01:14

    Kau tnya kompeni mna yg buat

    Reply
  4. FisZa on 01/11/2021 20:26

    Assalamualaikum.. Bos.. Sy Ad mody lagenda z 110 buat cubcross Ada tukar sikit barang spt block 60mm head 23-27 carb cranshalf jet 2.05mm n clutch plate skli spring. Pakai tak lama jd slip loose starter kick.. Hampir semua sy tukar brg sebelah clutch pun ttp loose starter.. Hantar 3 kedai Pomen cuma buang duit je masalah tak setel.. Pening…
    Mohon bantu.. T. Kasih

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.