Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Kelebihan Miliki GWM Haval H6 HEV?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Kelebihan Miliki GWM Haval H6 HEV?

Han OthmanBy Han Othman28/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM Haval H6 HEV baru saja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM139,800 yang meletakkan model itu sebagai pilihan menarik dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan trenkuasa hibrid.

Selain rekabentuk moden, Haval H6 HEV juga menawarkan kombinasi kuasa, kecekapan bahan api, dan teknologi canggih, sekali gus menjadikan model ini pesaing utama dalam kelas sama. Antara pesaing dalam kelas sama dengan enjin hibrid ialah Honda CR-V 2.0L e:HEV RS, Jaecoo J7 PHEV (hibrid plug-in, perlu dicas), dan Toyota Corolla Cross Hybrid Electric.

Apakah kelebihan utama memiliki GWM Haval H6 HEV?

1. Enjin Hibrid Berkuasa dan Efisien

GWM Haval H6 HEV dijana enjin 4-silinder 16-injap 1.5L DOHC Turbo Hibrid dalam sistem pacuan dua roda (2WD) yang dipadankan bateri prestasi tinggi 1.6kW untuk output gabungan kuasa 243ps dan tork 530Nm, manakala kotak gear jenis transmisi hibrid khas (DHT) 2-kelajuan yang dibangunkan untuk pemanduan jarak jauh dan pada masa sama mampu memberikan kelancaran di jalan raya biasa dan lebuh raya.

Pecutan 0-100kmj sepantas 7.7 saat dan kelajuan maksimum 175kmj menjadikan Haval H6 HEV antara SUV hibrid prestasi terbaik dalam kelasnya.

SUV ini menawarkan penggunaan bahan api efisien, iaitu sekitar 5.8 liter per 100km yang membolehkan pemandu menikmati perjalanan sejauh 1,000km dengan setangki petrol penuh. Teknologi hibrid digunakan pula memastikan prestasi enjin lebih lancar selain mengurangkan pelepasan emisi karbon.

2. Rekabentuk Luaran Menawan

Dari segi estetika, GWM Haval H6 HEV hadir dalam rekabentuk elegan dan futuristik menerusi lampu utama LED ultra-cerah untuk tahap pencahayaan lebih baik ketika memandu malam serta memastikan penglihatan lebih jelas untuk pemandu.

Gril ‘Star Matrix’ corak geometri sofistikated dan lampu brek belakang ala dwi-spoiler memberikan sentuhan moden dan agresif, manakala rim aloi 19 inci menambah elemen sporty dan maskulin pada keseluruhan rekabentuk SUV hibrid ini.

Garisan badan aerodinamik bukan saja meningkatkan estetika, tetapi juga membantu aspek kecekapan bahan api dengan mengurangkan daya seretan udara ketika pemanduan.

3. Ruang Dalaman Luas, Selesa

Ruang kabin GWM Haval H6 HEV direka dengan menumpukan kepada keselesaan pemandu dan penumpang. Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan dengan fungsi ventilasi dan sokongan lumbar memberikan keselesaan terbaik ketika memandu.

Ciri suis bos (Boss Switch) membolehkan penumpang belakang melaras tempat duduk depan untuk mendapatkan ruang kaki lebih luas. Dengan bumbung suria panoramik, SUV hibrid ini mampu memberikan fiil kabin yang lebih lapang. Kapasiti but juga praktikal dengan ruang seluas 560 liter, dan boleh ditambah hingga 1,485 liter jika melipat 60:40 tempat duduk belakang.

Material berkualiti tinggi dan kemasan premium menambahkan lagi keselesaan dan kemewahan kepada pengalaman pemanduan model ini.

4. Teknologi Infotainmen Terkini

SUV hibrid ini dilengkapi unit infotainmen terkini dengan skrin sentuh 12.3 inci yang menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta turut menawarkan pengecas wayarles.

Kluster instrumen digital 10.25 inci memberikan paparan maklumat pemanduan yang jelas, manakala paparan dongak (HUD) W-HUD memastikan maklumat penting dapat diakses tanpa perlu mengalihkan pandangan dari jalan raya. Sistem bunyi berkualiti tinggi dengan lapan pembesar suara pula memberikan pengalaman audio lebih baik ketika dalam perjalanan jauh.

5. Ciri Keselamatan Canggih

Keselamatan menjadi antara keutamaan dalam GWM Haval H6 HEV yang mana SUV hibrid ini dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap Dua (ADAS 2.0), terdiri daripada ciri keselamatan seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Keluar Lorong (LKA), Pengecam Tanda Jalan (TSR), Bantuan Tukar Lorong (LCA) dengan Pengesan  Titik Buta (BSD) dan Sistem Elak Pintar (WDS) dengan fungsi menjarakkan diri dari kenderaan bersaiz besar di depan yang berada di laluan sama.

Ciri Bantuan Undur Automatik (ARA) membolehkan kenderaan mengundur dalam laluan sama hingga 50 meter jika diperlukan. Ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) ada keupayaan mengesan kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal, manakala ciri kamera pandang keliling 360 memiliki fungsi casis lut sinar yang membantu pemandu melihat posisi tayar. Juga ada Sistem Parkir Automatik!

Selain itu, dengan tambahan enam beg udara dan frem badan dibuat daripada 71.61 peratus keluli tegangan tinggi, SUV ini memberikan perlindungan maksimum kepada penumpang.

6. Waranti Istimewa

GWM Malaysia menawarkan pakej waranti menarik kepada pembeli Haval H6 HEV seperti berikut:

  • Waranti enjin 10 tahun atau hingga 1,000,000km.
  • Waranti sistem hibrid lapan tahun atau 1,000,000km.
  • Waranti kenderaan penuh tujuh tahun atau 200,000km.

7. Harga Berbaloi

Dengan semua ciri istimewa di atas, GWM Haval H6 HEV cuma dijual pada harga RM139,800 yang boleh dianggap cukup kompetitif di pasaran jika dibandingkan pesaing lain.

Toyota Corolla Hybrid Electric misalnya ditawarkan pada harga bermula RM140,800, Honda CR-V 2.0L e:HEV RS (bermula RM195,900) dan Jaecoo J7 PHEV (RM158,800).

KESIMPULAN

Dengan kombinasi prestasi berkuasa, rekabentuk menawan, teknologi terkini, dan pelbagai ciri keselamatan berserta waranti menarik, GWM Haval H6 HEV adalah pilihan ideal buat mereka yang mencari SUV hibrid moden. Pada harga RM139,800, ini nilai yang sangat kompetitif dalam pasaran automotif Malaysia.

Jika anda mahukan sebuah kenderaan yang bukan saja mesra alam, tetapi juga penuh dengan inovasi dan keselesaan, serta nilai untuk wang, Haval H6 HEV adalah jawapannya!

Selain itu, dengan pakej jaminan komprehensif dan penjimatan bahan api tinggi, ini jelas pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang. Justeru jika anda sedang mencari SUV hibrid terbaik di pasaran, pastikan GWM Haval H6 HEV berada dalam senarai pendek anda!

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

10/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.