Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?

Han OthmanBy Han Othman28/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDUAN jauh pastinya meletihkan, dan pemandu berdepan risiko mengantuk dan hilang fokus, sekali gus mendedahkan diri kepada kemalangan. Namun, teknologi baharu seperti keselamatan jelajah (cruise safety) yang menjadi sebahagian sistem keselamatan kereta moden hari ini mampu membantu mengurangkan risiko bahaya tersebut.

Semua teknologi di bawah ini berfungsi sebagai pembantu peribadi ketika memandu bagi mengawal perilaku pemanduan anda supaya kekal memandu dalam keadaan selamat dan terkawal.

BACA >>> Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

1. KAWALAN JELAJAH ADAPTIF (ADAPTIVE CRUISE CONTROL)

kawalan-jelajah-adaptif

Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) mampu mengurangkan beban mengawal halaju kereta ketika memandu, terutama perjalanan jauh.

Sebaik saja pemandu menetapkan had kelajuan tertentu, sistem ACC akan mengekalkan halaju tersebut. Sekiranya sensor sistem, termasuk kamera dan radar mengesan kenderaan lain dalam laluan anda, sistem akan melaraskan halaju untuk mengekalkan jarak selamat.

Sistem ini sangat berguna dalam situasi kesesakan lalulintas teruk, di mana anda tidak perlu lagi terlalu fokus kepada gerak-henti sepanjang kesesakan.

BACA >>> Apakah Itu ‘Honda Sensing’ pada Honda CR-V (2017) – Power Sangat Ke?

2. AMARAN LENCONG (LANE DEPARTURE WARNING, LDW)

amaran-lencongan-lorongan

Dengan menggunakan kamera untuk mengimbas jalan raya di depan kenderaan, sistem Amaran Lencong (Lane Departure Warning, LDW) akan memberi amaran kepada pemandu apabila ada risiko ketika mahu menukar lorong.

Sistem ini membantu pemandu mengekalkan laluan pemanduan ketika mengantuk, dan mampu berfungsi lebih baik dengan Sistem Elak Rempuhan (Collision Avoidance System). Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) mendapati ramai pemandu cenderung mengabaikan sistem ini selepas memandu beberapa ketika. Jadi, sistem pengesanan tambahan dapat memastikan amaran tersebut tidak diabaikan apabila berlaku situasi yang benar-benar memerlukan.

3. SISTEM PEMUSATAN LORONG (LANE CENTERING SYSTEM, LCS)

sistem-pemusatan-lorong

Sistem Pemusatan Lorong (Lane Centering System, LCS) ialah versi termaju bagi sistem Amaran Lencong (LDW). Sebagai tambahan untuk memantau kedudukan anda dalam laluan, sistem ini mampu mengambil alih sistem stereng bagi mengekalkan posisi anda di lorong tengah.

Sistem ini dapat membantu mengelak kemalangan disebabkan terkeluar lorong secara tiba-tiba, terutama ketika mengantuk atau keletihan.

4. LAMPU UTAMA ADAPTIF (ADAPTIVE HEADLIGHT)

lampu-depan-adaptif

Lampu Utama Adaptif (Adaptive Headlights), menggunakan motor kecil yang disambungkan kepada roda stereng untuk melaraskan sudut lampu depan anda.

Dengan mengubah trajektori lampu utama, sistem ini membantu anda melihat kawasan sekeliling, termasuk sudut jalan yang tidak dapat disuluh lampu biasa. Ini memberikan anda amaran awal mengenai objek yang mungkin anda tidak nampak. Bersama tambahan Bantuan Brek (BA), lampu depan adaptif sangat berkesan mengurangkan risiko kemalangan.

Sesetengah kenderaan dilengkapi ciri Lampu Suluh Tinggi Automatik (Automatic High Beam, AHB) yang secara automatik akan merendahkan suluhan lampu apabila mengesan kehadiran kenderaan depan.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu


KESELESAAN FUTURISTIK: MASA DEPAN KESELAMATAN JELAJAH DIPERTINGKAT

Ketika kemunculan pelbagai teknologi yang semakin hari semakin biasa diketahui pengguna, pada masa sama industri automobil mula menyaksikan peningkatan sistem futuristik keselamatan kereta. Semua sistem tersebut menggunakan teknologo termaju untuk menjadikan pemanduan lebih mudah dan selamat berbanding sebelumnya.

1. PAPARAN DONGAK (HEAD-UP DISPLAY, HUD)

paparan-dongak

Diilhamkan berasaskan paparan daripada jet pejuang Paparan Dongak (Head-Up Display, HUD) menggunakan projektor kecil untuk memaparkan maklumat relevan atas cermin depan pada ruang pandangan pemandu.

Maklumat dipaparkan terdiri daripada halaju, halatuju, arah navigasi dan banyak lagi. Dengan memaparkan maklumat pada lokasi mudah lihat, HUD membolehkan pemandu memberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduan.

2. PANDANGAN MALAM (NIGHT VISION)

kereta-night-vision

Sistem Pandang Malam (Night Vision) menggunakan kamera inframerah untuk membantu anda melihat dalam gelap. Kamera ini membolehkan anda melihat objek yang mungkin terlindung daripada suluhan lampu depan seperti haiwan, objek tepi jalan dan pejalan kaki. Biasanya, maklumat akan ditunjukkan pada paparan resolusi tinggi yang berasingan.

3. KENDERAAN SEMI-AUTONOMI

kenderaan-semi-autonomi

Dengan menggabungkan beberapa sistem kawalan berbeza, pengeluar boleh menghasilkan Kenderaan Semi-Autonomi (Semi-Autonomous Vehicle).Walaupun kenderaan masih memerlukan input pemandu, sistem ini mampu membantu pemandu mengetepikan hal-hal rumit ketika memandu.

Pemandu Kenderaan Semi-Autonomi boleh memandu dengan tenang tanpa terlalu menumpukan perhatian kepada ancaman atau cubaan mengelak kemalangan. Sistem ini menggunakan pelbagai teknologi, termasuk ACC, LCS, Pembrekan Proaktif dan Elak Rempuhan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?

amaran lencongan lorong autotainment cruise safty head-up display kawalan jelajah adaptif kenderaan semi-autonomi keselamatan suai pandu lampu depan adaptif night vision padangan malam paparan dongak Roda4 sistem keselamatan kereta sistem pemusatan lorong
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.