Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Han OthmanBy Han Othman06/02/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWALAN Traksi atau Kawalan Daya Kilas, atau Traction Control (TRC), atau disebut juga Sistem Kawalan Traksi (TCS) ialah ciri keselamatan aktif yang dibangunkan untuk membantu kenderaan bergerak dengan cekap dalam sebarang traksi atas jalan ketika memecut  atas permukaan jalan bergeseran rendah (low friction).

Apabila kenderaan tanpa kawalan traksi cuba memecut atas permukaan licin seperti ais, salji atau permukaan berkerikil, roda akan menggelincir. Kesan akibat gelinciran itu, tayar akan berpusing pantas atas permukaan jalan tanpa ada cengkaman dan membuatkan kenderaan tidak dapat memecut.

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

Apabila situasi di atas terjadi pada kenderaan yang ada ciri TRC, sensor akan diaktifkan sebaik saja mengesan gelinciran pada roda dan membantu pemandu mendapatkan traksi yang ada pada permukaan jalan.

Fakta yang perlu anda ingat, TRC tidak menghasilkan traksi tetapi membantu mendapatkan cengkaman dengan mengawal pusingan roda. Dalam situasi permukaan jalan teruk, misalnya atas permukaan ais, TRC sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa kelebihan melainkan kenderaan itu menggunakan tayar stad yang dikhaskan untuk jalan ais.

BILAKAH TRC JADI SANGAT BERGUNA?

SIMBOL KAWALAN TRAKSI (TRC)

TRC digunakan untuk membantu pemandu memecut atas kondisi permukaan licin atau geseran rendah. Kondisi tersebut termasuk ketika jalan basah, bersalji, tidak rata, rosak atau tidak disenggara. Antara contoh manfaat TRC adalah seperti berikut:

  • Apabila memecut untuk mendaki bukit dengan permukaan jalan berkerikil atau tidak berturap
  • Bergerak atas jalan lecak yang menyebabkan kenderaan perlahan akibat roda hilang traksi.
  • Memecut ketika lampu hijau atas jalan berais dengan situasi trafik dari belakang sedang menghampiri.

BAGAIMANAKAN TRC BEKERJA?

Cara TRC bekerja sama seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kerap dianggap sebagai suplemen kepada tetapan ABS sedia ada. Faktanya, TRC menggunakan komponen yang sama seperti ABS, iaitu:

  • Sensor kelajuan roda yang memantau putaran kelajuan roda depan atau keempat-empat roda.
  • Modulator hidraulik yang mengepam brek
  • Unit kawalan elektronik (ECU) yang menerima maklumat daripada sensor kelajuan roda dan apabila diperlukan akan memberikan arahan kepada modulator hidraulik untuk mengepam brek.

Sistem ABS dan TRC moden ditetapkan dengan ECU yang dipasangkan bersama modulator hidraulik. Jadi, dua ciri itu melakukan fungsi berbeza yang masing-masing beroperasi dalam satu unit fizikal.

ECU akan berterusan memeriksa sama ada satu-satu roda berputar lebih laju berbanding roda lain (petanda yang menunjukkan roda kehilangan traksi). Sebaik saja gelinciran roda dikesan, ECU akan mengarahkan modulator hidraulik untuk mencengkam dan melepaskan brek secara berturutan (dipanggil mengepam brek) ke atas roda bermasalah untuk mengurangkan kelajuan putaran.

BACA >>> Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Yang Perlu Anda Tahu

Sesetengah sistem TRC turut mengurangkan kuasa enjin ke atas roda yang menggelincir. Sebaik saja roda mendapat semula traksi, sistem akan kembali semula memantau kelajuan roda dan membandingkan dengan kelajuan putaran roda kenderaan tersebut.

Bagi kenderaan dengan ciri pengurangan kuasa enjin untuk mengawal putaran roda yang menggelincir, pemandu mungkin dapat merasai kesan denyutan atau getaran pada pedal minyak apabila TRC diaktifkan. Lihat video di bawah untuk lebih faham (durasi 1:13 minit):

SEJAUH MANAKAH KECEKAPAN TRC?

Ujian menunjukkan TRC berkesan dalam mengurangkan gelinciran roda apabila kenderaan dipecut dalam kondisi kurang geseran (Jeonghoon Song dan Kwangsuck Boo). Bagaimanapun kesan tersebut lebih terasa pada kenderaan pacuan 4-roda (4WD) berbanding roda depan (FWD).

Kajian sama turut mendapati sistem TRC yang digabungkan bersama ciri kuasa enjin ke atas roda yang menggelincir mampu memberikan lebih kestabilan. Tetapi, sistem yang bergantung kepada brek semata-mata adalah sesuai untuk menambah baik prestasi pecutan sesebuah kenderaan itu.

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

Keseluruhannya, keberkesanan TRC dalam mengurangkan atau menghalang perlanggaran dan kecederaan tidak banyak didokumentasikan dengan baik. Namun, disebabkan ciri itu dipakejkan bersama ABS dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), adalah munasabah mengatakan kenderaan yang dilengkapkan dengan trio teknologi keselamatan itu berupaya mengurangkan risiko perlanggaran maut hingga 50 peratus.

APAKAH TRC ADA BATASAN TERTENTU?

Ya. Sama seperti ciri keselamatan lain, manfaat penuh TRC adalah bergantung kepada tindak balas pemandu. Ini bermakna, pemandu perlu sentiasa memandu secara cermat dan dalam situasi yang dirasakan selamat.

Sikap seperti memecut laju, mengekori rapat kenderaan hadapan dan memandu agresif secara tidak menentu adalah bertentangan dengan manfaat TRC. Misalnya, memandu terlampau laju dalam kondisi jalan raya yang tidak elok, semestinya berisiko tinggi menyebabkan kemalangan walaupun kenderaan anda memiliki TRC.

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

Sebabnya, TRC tidak direka untuk mengurangkan jarak berhenti. Dalam situasi lain, kenderaan tanpa TRC masih dapat merasai kesan pengurangan kelajuan atas jalan licin, tetapi perkara sama tidak berlaku pada kenderaan yang ada TRC. Misalnya, TRC membolehkan kenderaan mencapai kelajuan tinggi tanpa mengambil kira kondisi selamat jalan berkenaan. Jadi, pemandu TRC mesti mengambil berat dalam memantau kelajuan kenderaan mereka.

Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk kekal berhati-hati dan fokus terhadap tugasan memandu tidak kira berapa banyak ciri keselamatan yang kereta anda miliki. Sekali lagi diingatkan, TRC tidak membantu anda berhenti dengan cepat dalam kondisi jalan licin. Anda sendiri yang perlu kawal cara dan sikap memandu supaya ada masa reaksi yang cukup untuk bertindak balas. Masa reaksi pula dipengaruhi gangguan ke atas pemandu, keletihan, dan pengaruh alkohol.

Berita baiknya, TRC mampu memberikan manfaat optimum selagi anda berterusan memandu secara cermat dan selamat dengan pertimbangan yang baik.

SEJAK BILA TRC MULA JADI CIRI KESELAMATAN KENDERAAN MASA KINI?

Sisten TRC pertama kali diperkenalkan pada kenderaan premium pada 1987. Bagaimanapun beberapa model kenderaan pacuan roda belakang (RWD) sudah pun dibekalkan ciri basis TRC sejak awal 1970-an. TRC biasanya dipakejkan bersama kereta yang memiliki fungsi ABS kerana ciri itu dibangunkan berasaskan teknologi ABS.

SUMBER: Brain on Board

autotainment daya kilas Kawalan Daya Kilas Kawalan Traksi (TRC) Kawasak Traksi (TRC) TahukahAnda Traction Control (TRC) traksi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026

2 Comments

  1. aimanbener on 30/09/2019 22:40

    apa kelebihan dan kekurangan trc ni ye?

    Reply
    • AO on 02/10/2019 00:00

      Kelebihan macam apa yang tulis dalam artikel. Kelemahan, tak syok kalau memandu dalam trek.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.