Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Ciri Bantuan Mula-Daki atau HSA (Hill-Start Assist)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Ciri Bantuan Mula-Daki atau HSA (Hill-Start Assist)?

Han OthmanBy Han Othman11/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANTUAN Mula-Daki atau Hill-Start Assist (HSA) ialah teknologi automotif yang direka untuk mengelak kenderaan terundur ke belakang ketika pemandu mahu mengalihkan kaki dari pedal brek ke pedal minyak dalam posisi berhenti atas permukaan cerun menaik seperti jalan berbukit, dan parkir bertingkat. Sesetengah kenderaan menawarkan HSA versi cerun menurun yang mampu kereta daripada melungsur ke hadapan.

TEKNOLOGI DI SEBALIK HSA


Ringkasnya, HSA menggunakan sensor yang berfungsi mengesan kedudukan sesebuah kenderaan berhenti dalam posisi condong. HSA kemudian akan bertindak mengekalkan tekanan brek dalam set masa tertentu (sekitar 4-7 saat) ketika pemandu sedang menganjakkan kaki dari pedal brek ke pedal minyak. Apabila pemandu menekan pendikit, sistem HSA secara automatik akan melepaskan semula tekanan brek.

HSA bukan hanya terhad kepada kenderaan transmisi automatik, tetapi juga manual yang mana ciri itu turut melakukan fungsi sama. Apa yang berbeza, tekanan brek dipegang sehingga pemandu selesai melepaskan klac selepas memasukkan gear dan menekan minyak.

APA PERLU ANDA BUAT DENGAN HSA?


Sebenarnya, ciri HSA tidaklah memerlukan anda melakukan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan memandu. Anda cuma perlu memandu seperti biasa. Jika perlu berhenti atas jalan bercerun – kebiasaannya kerana ada lampu isyarat – terus saja menekan brek seperti mana dilakukan dalam pemanduan normal lain.

Ciri HSA akan dapat dirasai apabila anda mengalihkan kaki dari pedal brek ke pedal minyak yang mana kereta akan kekal pegun dalam beberapa saat. Kereta tanpa HSA biasanya akan terundur atau tersentak sedikit ke belakang sebelum ke hadapan semula apabila pemandu mula menekan minyak.

TIP BERGUNA


HSA sama sekali tidak meningkatkan traksi, sebaliknya cuma menghalang kenderaan anda daripada terundur atau tayar bergolek ke belakang. Memiliki ciri HSA bukanlah bermaksud anda boleh terus melepaskan brek begitu saja apabila berhenti d cerun. Ingat, HSA cuma berhenti sekejap dalam masa sekitar 5-8 saat sahaja.

Sila bezakan, anda boleh melepaskan brek ketika berhenti di cerun seandainya kereta anda memiliki ciri Brek Parkir Elektronik atau Electronic Parking Brake (EPB). Sesetengah pengeluar menggelarkan ciri itu sebagai Brek Pegun Auto atau Auto-Hold Brake (AHB).

Berbeza berbanding HSA, fungsi EPB atau AHB adalah seakan sistem brek tangan dan beroperasi tanpa tuil, cuma punat khas. Namun, tidak semua kenderaan yang memiliki HSA turut menawarkan ciri EPB/AHB.

SUMBER: MyCarDoesWhat

autotainment Bantuan Mula-Daki (HSA) Hill-Start Assist (HSA) HSA Roda4 teknologi automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.