Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?
Roda2

#TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

ZYBy ZY30/06/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SECARA kasar, semua motosikal di bawah ini nampak serupa, tetapi bagi mereka yang mengikuti rapat rekabentuk custom dari Barat, setiap  gelaran motosikal tersebut memang menampilkan ciri modifikasi berbeza. Kadangkala boleh dibawa bergaduh pula apabila masing-masing ada idea dan definisi berbeza bagi setiap gaya berkenaan.

Apakah anda masih tertanya-tanya apakah perbezaannya antara cafè racer, brat, tracker dan scrambler? Kami ada huraian ringkasnya di bawah:

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal ‘Cafe Racer’?

1. CAFE RACER


Seperti pernah kami jelaskan dalam artikel sebelum ini, cafè racer ialah motosikal biasa yang di’bogel’kan untuk tujuan perlumbaan. Alasannya, mengurangkan berat motosikal. Karakteristik profil cafè racer paling utama ialah penggunaan hendal jenis clip-on lebih rendah dan pelana rata dengan bonggol di hujung.

2. BRAT


Brat ialah cafè racer versi Jepun. Panggilan Brat berasal daripada nama kedai Brat Style milik Go Takamine yang menjadi pelopor gaya tersebut. Karakteristik utama Brat adalah kebanyakan komponen tidak disadur dengan krom, sebaliknya warna hitam kusam atau matte digunakan, manakala ekzos disalut material fiber tahan panas. Pelana gaya Brat juga menampilkan rekabentuk unik dan rata tanpa bonggol, dipanggil ‘kerusi pisang’ (banana seat).

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Disumpah Jadi Cafe Racer, Memang Sungguh Menggoda Jiwa

3. TRACKER


Rekabentuk tracker diilhamkan daripada motosikal lumba flat-track, di mana perlumbaan berlangsung atas trek tanah rata berbentuk oval. Bezanya, motosikal asal trek itu diubah suai menjadi jentera yang sah ditunggang atas jalan raya. Walaupun nampak hampir sama dengan cafè racer, ciri utama tracker ialah tayar flat-track dengan alur bunga tayar lebar untuk cengkaman atas permukaan tanah rata.

4. SCRAMBLER


Scrambler dan tracker berkongsi rekabentuk hampir serupa, cuma scrambler lebih menumpukan kepada tunggangan atas permukaan tanah tidak rata. Jadi, selain penggunaan tayar knobbies untuk lebih cengkaman, scrambler turut dilengkapi fender dan ekzos lebih tinggi yang sesuai untuk tunggangan lasak.


GAYA TUNGGANGAN BERBEZA

Tidak dapat dinafikan gaya-gaya custom itu kelihatan begitu mirip, cafè racer bagi anda mungkin kelihatan seperti tracker pada pandangan mata orang lain. Namun, perkara yang harus dipersetujui dalam membezakan rekaan custom tersebut ialah gaya tunggangan setiap kategori motosikal berkenaan.

Cafè racer seperti ‘racer’ pada namanya, menampilkan tunggangan ala perlumbaan sebenar dengan posisi tubuh rapat ke tangki dan kedudukan kaki lebih ke belakang. Brat pula memerlukan tubuh dicondongkan ke hadapan dengan kedudukan kaki di bahagian tengah. Gaya tunggangan tracker dan scrambler lebih tegak, sesuai dengan kegunaan motosikal tersebut atas permukaan jalan tidak rata.

Bagaimana, sudah dapat buat perbezaan?

autotainment brat Cafe racer motosikal roda2 scrambler tahukah anda tracker
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

3 Comments

  1. Jambujagus on 10/09/2018 12:16

    Antara ke 4-4 jenis cafe racer,brat,tracker n scrambler kalau untuk long distance siapakah yang selesai dan type apa yg berbaloi untuk di beli misalnya kg dijohor kerja di kl

    Reply
    • AO on 16/11/2018 22:37

      Scrambler. Kalau perasan, banyak pengeluar memilih untuk popularkan scrambler sebagai model massa sebab ergonomik motor ni paling selesa. Tapi dah bukan lagi scrambler tulen sebab dipasangkan tayar biasa. Macam Ducati Scrambler, dan Triumph Scrambler

      Reply
  2. lee on 15/06/2020 22:31

    i am looking to buy brats motorcycle im selangor ,

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.