Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?
Aksesori

#TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/09/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TUNGGANGAN ratusan kilometer pasti terasa sangat jauh sekiranya kita memakai set menunggang yang salah, termasuk helmet. Ya, helmet ialah topik utama kita kali ini, terutama kepada mereka yang setiap hari menunggang jauh. Ataupun sekadar bersuka ria pada hujung minggu.

Berikut ialah 5 tip dikongsikan Shark Helmet mengenai cara memastikan helmet kita sesuai dan tepat dengan gaya tunggangan jarak jauh. Sila ambil perhatian OK!

1. CARI TOPI KELEDAR SESUAI

Tajuk tip ini nampak biasa saja kalau dibaca, tetapi sebenarnya ramai penunggang di luar sana yang tersalah beli saiz helmet. Jika helmet itu menyebabkan kita sakit kepala, mungkin sebab terlalu ketat. Jika teranjak atau terangkat, atau berbunyi agak bising ketika menunggang, mungkin helmet itu terlalu longgar dan menyebabkan topi keledar itu tidak mampu memberikan perlindungan optimum kepada si pemakai.

Cara terbaik mencuba, memilih dan membeli helmet ialah pergi ke kedai helmet dan cuba pakai beberapa jenis model. Penjual terlatih akan menasihati anda tentang fiil yang betul apabila memakai helmet – sama ada terlalu ketat atau tidak. Ada juga banyak cara menetapkan padanan helmet. Contohnya helmet Shark yang menawarkan dua saiz cengkerang atau shell berbeza dan pad pipi lebar yang juga berbeza berbanding model lain. Jadi, pilihlah sendiri helmet dengan cita rasa peribadi.

2. JANGAN HANYA PENTINGKAN RUPA

Sebenarnya, membeli helmet bukan segala tentang rupa saja yang perlu diberikan perhatian. Tetapi juga tentang apa yang mampu diberikan helmet tersebut. Fikirkan tentang bila, di mana dan bagaimana kita menunggang. Carilah helmet yang memenuhi keperluan diri.

Helmet Shark dilengkapi ciri khas yang mampu memudahkan tunggangan. Model seperti Spartan dan Evo-One 2 misalnya mempunyai visor matahari bersepadu yang boleh diturunkan apabila menunggang dalam cuaca panas terik atau silau. Jika merancang menunggang malam, Skwal 2 pula dilengkapi lampu LED untuk pandangan lebih baik di jalan raya, manakala Explore-R dilengkapi visor dan kaca mata.

Jadi semua itu bergantung kepada pilihan sendiri. Istimewanya, semua helmet Shark sudah siap disediakan dengan sistem Bluetooth supaya penunggang dapat mendengar muzik atau berbual dengan orang lain, atau menggunakan fungsi GPS dengan mudah.

3. BERI PERHATIAN KEPADA PENGUDARAAN

Kita semua pernah mengalami situasi yang mana sebaik saja menanggalkan helmet, rambut berpeluh. Fikirkan juga tentang pengudaraan apabila memilih helmet bagi memastikan kepala kita kekal dalam suhu selesa. Bunyinya mengada-ngada, tetapi penting.

Helmet Race-R Pro misalnya menawarkan pengudaraan optimum yang dibina menggunakan perkomputeran dinamik bendalir (computational fluid dynamics – CFD). Jadi, asasnya, Shark menemui cara terbaik untuk mendapatkan udara sejuk dan membebaskan udara panas, sekali gus menjaga kepala supaya bebas berpeluh.

Semua helmet Shark juga dilengkapkan pelapik mudah tanggal dan boleh dibasuh, supaya dapat sentiasa disegarkan dengan mudah dan cepat.

4. SELESA DAN TIADA SEKATAN

Bukan pasal gaya tunggangan, tetapi tentang cermin mata. Bagi penunggang bercermin mata atau suka memakai kaca mata hitam, sudah tentu tidak mahu frem cermin mata tertolak ke sisi kepala yang membuatkan kita rasa tidak selesa. Sesetengah helmet seperti Shark sudah siap menyediakan ruangan khas, digelar ‘Easy Fit’, yang mampu memuatkan kaca mata, sekali gus mengelak ketidakselesaan.

5. PERTIMBANGKAN BERAT

Jangan lupa beri perhatian kepada berat. Helmet yang ringan dapat membantu mengelak rasa tegang di leher, terutama ketika menunggang jauh. Berat kepala manusia ialah sekitar 5kg (secara purata). Jadi, setiap kilogram di atas kepala sangat penting. Carilah helmet daripada material ringan. Kalau berduit, bolehlah dapatkan helmet gentian karbon seperti Race-R PRO, Spartan dan S-DRAK.

SUMBER: MCN

aksesori helmet motosikal Pilih Helmet tip tip pilih helmet topi keledar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Nubis Rider on 04/07/2018 10:16

      boleh tak cadangkan utk publish artikel cara pegang trotel yang betul.??
      nampak kelakar tapi tak semua orang tau haha

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.