Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB
Auto Terkini

#TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 4 Mei ini, Kerajaan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan beberapa sektor ekonomi dalam negara beroperasi secara menyeluruh yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan aspek kesihatan dan persekitaran tempat kerja dan premis awam selamat.

Langkah itu juga dibuat bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung. Malah, kegagalan sesebuah premis perniagaan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan undang-undang, dan ditarik balik kebenaran operasi atau yang berkenaan.

Kerajaan menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan badan penguat kuasa akan terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang dalam memastikan SOP dipatuhi pihak majikan.

APAKAH SOP ASAS PERLU DILAKUKAN MAJIKAN, PEKERJA?

Berikut langkah keselamatan atau  SOP asas yang perlu dilakukan majikan dan dipatuhi pekerja.

  1. Pekerja perlu pakai pelitup muka.
  2. Pekerja tidak dibenarkan masuk ruang pejabat/premis jika suhu badan lebih 37.5ºC.
  3. Penjarakan sosial 1 meter untuk segala urusan dan operasi.
  4. Wajibkan penggunaan sanitasi tangan, atau ada kawasan mencuci tangan.
  5. Proses sanitasi sebelum dan selepas operasi.

Sekali lagi diingatkan, maklumat di atas ini adalah SOP asas yang wajib dilakukan majikan dan pekerja. Namun, cara pelaksanaan berbeza mengikut sektor ekonomi masing-masing. Perincian SOP boleh rujuk pautan PDF di bawah ini:

  • Sektor Makanan
  • Sektor Sosial
  • Sektor Pengangkutan
  • Sektor Minyak dan Gas
  • Sektor Pembuatan
  • Sektor Pelbagai dan Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Ikhtisas dan Profesional
  • Sektor Peruncitan
  • Sektor Ar Rahnu Koperasi, dan Kredit Koperasi

APAKAH NORMA BAHARU SEPANJANG PKPB?

1. Amal Langkah Kesihatan
  • Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan.
  • Memakai pelitup muka (digalakkan setiap masa), diwajibkan dalam keadaan tertentu.
2. Galakan Amalan Kebersihan Tinggi
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pembasmi kuman.
  • Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan.
  • Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya dua kali sehari.

BACA >>> Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!

3. Amal Langkah Cegah Jangkitan
  • Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan.
  • Semua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenal pasti simptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan.
  • Bagi lokasi yang tidak dapat mengamalkan  penjarakan sosial, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
  • Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.
  • Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes disyaki timbul.
4. Elak Sebarang Bentuk Perhimpunan
  • Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai adalah tidak dibenarkan, seperti panggung wayang, stadium bola sepak dan kelab malam.
  • Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan tidak dibenarkan.
  • Majlis kenduri-kendara, rumah terbuka, aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan, atau dihadkan dengan ketat.

BACA >>> Mahu Lawan Suzuki Satria Indonesia, Honda Vietnam Perkenal ‘Sonic Ferrari’
BACA >>> Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

 

Auto Terkini balik KL covid Covid-19 Operasi Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PKP Fasa Kedua Prosedur Operasi Standard (SOP) SOP Tan Sri Muhyiddin Yassin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.