Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Enjin V6 ‘Paling Jahat’ Pernah Dihasilkan
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Enjin V6 ‘Paling Jahat’ Pernah Dihasilkan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENJIN V6 boleh dianggap kompromi antara jenis trenkuasa empat sebaris yang mesra bajet dan V8 yang lebih besar dan berkuasa.

V6 memiliki rekabentuk terhad disebabkan ketidakseimbangan dan gegaran melampau kerana jumlah silinder adalah ganjil pada setiap miring (bank). Bagaimanapun, V6 ada banyak potensi kerana memiliki julat output kuasa yang pendek dan menakjubkan.

Di bawah ini senarai 10 enjin V6 paling jahat mengikut portal HotCars.com

1. BUICK LD5 TURBO

Walaupun legenda dan Buick nampaknya tidak seiringan. Tetapi LD5 Turbo dikecualikan bagi hal ini. Janakusa 3.8L V6 merupakan enjin yang menggerakkan kereta terpantas era 80-an iaitu Buick Regal GNX. Anda tidak akan menemui model lain lebih jahat berbanding GNX.

Apabila pengeluar kereta Amerika berusaha mengurangkan kuasa dari V8,  Buick melakukan sesuatu yang berbeza. Mereka menggunakan enjin 3.8L V6 LD5  biasa dan memasangkannya dengan pengecas turbo seramik, intercooler Garrett high glow dan sistem ekzos sekatan rendah.

Hasilnya kuasa 300hp yang lebih cepat setiap suku kilometer daripada Ferrari F40 dan Porsche 930 Turbo. Sehingga hari ini, Regal GNX dan turbo cas LD5 kekal antara produk terbaik yang pernah dibuat oleh Buick.

2. HONDA C30A VTEC

Ini bukan sekadar Honda V6 namun satu karya kejuruteraan terpintar dihasilkan oleh kereta sport Jepun- Acura NSX. Walaupun enjin 2.0L (270hp) ini direka pada 80-an namun dianggap termaju ketika itu. C30A didatangkan dengan dual overhead cam, rod piston titanium dan empat injap per silinder serta merupakan enjin pertama dilengkapi sistem VTEC terkenal milik Honda.

3. VOLKSWAGEN 2.9 V6 TFSI

Enjin TFSI 2.9L V6 adalah versi Volkswagen dari Ford Ecoboost V6 – kejahatannya terletak pada keupayaannya. Pada masa ini, ia lebih kecil namun enjin berkuasa itu menggerakkan semua jenis kereta di bawah Syarikat Volkswagen bermula dari Porsche Panamera hinggalah Volkswagen Touareg serta pelbagai model Audi. Output kuasa berbeza dari 326hp hingga 444hp, bergantung pada kenderaan dan berkat set turbo geometri pemboleh ubah berkembar dan pemasaan injap berubah.

4. ALFA ROMEO/FERRARI F154

Walaupun Alfa Romeo sudah lama vakum di pasaran Malaysia tetapi enjin 2.9L V6 turbo dibangunkan oleh Ferrari buat jenama berkenaan. Jadi Ferrari menggunakan enjin F154 V8  dari model 488 GTB dan menanggalkan dua silinder. Maka terhasillah model prestasi Giulia GTA dan Giulia GTAm dengan kuasa 533hp dan tork tinggi.  Bunyi yang dihasilkan sangat mengancam.

5. VOLKSWAGEN VR6

Volkswagen sudah menghentikan enjin VR6. Apa yang dilakukan oleh Volkswagen dengan VR6 adalah menggabungkan reka bentuk mesin sebaris dan enjin V (VR6) mempunyai enam silinder dengan sudut yang sangat sempit antara lorong silinder dan kepala silinder tunggal.

Ia adalah reka bentuk yang berani dan inovatif yang tidak dapat digunakan, walaupun kemudian digunakan pada enjin Volkswagen W8, W12, dan W16. Sekiranya anda bertanya kepada kami, menjadi pendahulu enjin Bugatti adalah cukup jahat!.

6. FORD ECOBOOST V6

Ford Ecoboost V6 salah satu enjin yang mantap kerana versatilinya. Enjin pengecas turbo ini boleh ditemui pada model trak F150 hinggalah ke versi supercar Ford GT. Bagi GT, Ford berupaya mendapatkan 647hp dari enjin bersaiz 3.5L. Bahkan lebih gila,  enjin berkenaan turut menggerakkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) lebih besar Ford Expedition.

7. JAGUAR AJ126

Jaguar AJ126 V6 bukanlah model legenda berbanding senarai yang lain namun masih boleh dipertimbangkan sebagai salah satu enjin V6 yang jahat. Dengar saja bunyi ekzos V6 Jaguar F-Type dan anda akan faham. Walaupun rekaannya sedikit old skool namun kuasa yang dihasilkan cukup besar terima kasih kepada pemasaan camshaft boleh ubah dan supercas.

8. ALFA ROMEO BUSSO V6

Busso V6 yang terkenal mungkin bukan enjin yang paling kuat di luar sana, tetapi ia adalah yang paling cantik. Bahkan bunyi ekzos yang dihasilkan juga mantap. Enjin 60 darjah hasil Guiseppe Busso itu dikeluarkan 1979 hingga 2005. Busso V6 boleh ditemui pada banyak model Alfa Romeo dari 164 sedan eksekutif hinggalah kereta sport Zagato SZ. Walau kuasa dihasilkan hanya 250hp tetapi model itu dihasilkan dengan keghairahan dan gaya orang Itali.

9. JAGUAR/TWR JV6

Dibangunkan oleh Jaguar dengan kerjasama Tom Walkinshaw Racing, V6 turbo berkembar itu seharusnya menjadi enjin V12. Ya, kita bercakap mengenai supercar Jaguar XJ220 yang agak dilupakan. Walaupun V12 yang dijanjikan tidak pernah ditemui di bawah hud XJ220, JV6 ternyata menjadi pengganti. Jaguar menyesuaikan unit aluminium 3.5L ini untuk menghasilkan 542hp, yang membolehkan XJ220 mencecah 100kmj dalam masa 4.6 saat.

10. NISSAN VR38DETT

Nissan VR38DETT 3.8L V6 adalah karya enjin yang memberi kuasa kepada kereta sport GT-R. Janakuasa yang dipasang dengan tangan itu adalah sebahagian daripada sebab mengapa GT-R menjadi terkenal sebagai pemusnahan supercar. Dengan sedikit bantuan dari sekumpulan turbocas berkembar, injap pemasaan berubah ini mengeluarkan dari 480hp hingga 710hp.

BACA>>>Volkswagen Touareg R – SUV Prestasi Tinggi dengan Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid!
BACA>>>Proton Perdana V6 – Ringkas Tapi Padat!

SUMBER: Hotcar

Auto Terkini autotainment enjin Enjin V6 Enjin V6 Paling Jahat tahukah anda V6
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.