• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Touareg R - SUV Prestasi Tinggi dengan Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid!

Volkswagen Touareg R - SUV Prestasi Tinggi dengan Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid!

March 2, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN memang jenama istimewa dengan menawarkan produk pelbagai segmen, daripada kereta kecil seperti Up! hingga kenderaan utiliti sukan (SUV) besar seperti Touareg.

Volkswagen juga sedang mempersiapkan siri model elektrik jenama itu, dikenali sebagai I.D., dan juga tidak melupakan segmen prestasi. Lihat saja kekuatan dan reputasi Golf R.

BACA >>> Pembeli UK Boleh Pandu Uji Dua Hari untuk Volkswagen Touareg

Terbaharu, muncul satu lagi model prestasi Volkswagen, iaitu Touareg R, dipacukan enjin petrol 2,995cc V6 Turbo yang digabungkan bersama motor elektrik dan bateri litium-ion berkapasiti 14.1 kWh. SUV ini menggunakan sistem transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan automatik dengan Tiptronic dan pacuan semua roda (AWD) 4MOTION.

Sebagai SUV saiz penuh, keputusan Volkswagen mengeluarkan siri R untuk model ini memang mengujakan. Buat masa sekarang, varian paling berkuasa ialah Touareg V8 TDI 421 dan model terbaharu ini akan menjadi varian paling premium.

Saiz besar dengan kuasa juga besar, motor elektrik Touareg R menawarkan kuasa 134hp, manakala enjin turbo V6 mampu menghamburkan kuasa 338hp. Gabungan kedua-dua trenkuasa itu berupaya meledakkan kuasa setinggi 460hp dan tork 700Nm!

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k

Bersama ciri pacuan 4MOTION, Touareg R dibangunkan engan keupayaan menunda hingga 3.5 tan! Ia juga dibangunkan sebagai model mesra alam. Apabila dihidupkan, enjin hanya menggunakan motor elektrik asalkan mempunyai tenaga cas mencukupi.

Ciri itu dihasilkan supaya Touareg R dapat dipandu kepada hampir sifar emisi atau tanpa perlu menggunakan bahan api terutama sekali dalam jarak pemanduan singkat. SUV ini boleh dipandu dalam mod elektrik dengan kelajuan hingga 140kmj dan selepas itu enjin V6 TSI pula mengambil alih secara automatik.

Seperti model Volkswagen lain, luaran Touareg R tampil sederhana, tetapi masih kekal elegan dengan lampu LED gelap, bampar khas R dan logo pada gril radiator, pintu but dan pintu. Melengkapi penampilan SUV ini ialah rim aloi Braga 20 inci.

BACA >>> Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Tapir Malaya

Volkswagen turut menawarkan dua lagi pilihan rim, iaitu Suzuka 21 inci dan Estoril 22 inci. Bahagian dalaman ditambah seri dengan kemasan aluminium Silver Wave, High Gloss Black dan Silver Look.  Kerusi kulit Vienna disulam logo, termasuk pelbagai komponen lain seperti stereng dan sil pintu.

Satu ciri canggih dan baharu Touareg R ialah Bantuan Travel (Travel Assist) yang boleh dipesan ketika pembelian. Keupayaan sistem ini ditingkatkan daripada 210kmj kepada 250 kmj untuk dipandu di lebuh raya Jerman. Ciri ini juga berfungsi mengikut sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk panduan longitud dan Bantuan Jejak (Lane Assist) untuk panduan lateral.

Walaupun canggih dan ibarat pemanduan automatik, pemandu tetap perlu sentiasa mengawasi kondisi pemanduan semasa dan sekurang-kurangnya meletakkan satu tangan pada stereng. Dengan stereng dilengkapkan teknologi pengesan kapasitif, pemandu hanya perlu sentuh saja tanpa terlalu memegang dengan kuat.

BACA >>> Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

GALERI
Volksgawen Touareg R.01
Volksgawen Touareg R.02
Volksgawen Touareg R.03
Volksgawen Touareg R.04
Volksgawen Touareg R.05
Volksgawen Touareg R.06

 

Artikel Berkaitan

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Volkswagen, Volkswagen Touareg R, vw, VW Touareg, VW Touareg R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
    Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
  • Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
    Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
  • 10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
    10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
  • Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol
    Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my