Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin sudah tahu tayar ganti yang dibekalkan pengeluar tidak sama saiz dengan empat tayar lain. Tayar ganti itu, yang juga dipanggil tayar donat, lazimnya menggunakan rim kuning atau hitam dan bersaiz lebih kecil atau kurang lebar. Namun, ia tetap bergantung kepada model kereta anda.

Kenapa tidak berikan saja tayar bersaiz asal? Bukankah mudah gantikan terus jika berlaku insiden tayar pancit? Ada 3 sebab kenapa kereta anda diberikan tayar ganti bersaiz kecil:

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

1. JIMAT RUANG

Faktor paling utama kenapa tayar donat memiliki diameter kecil dan kurang lebar adalah untuk menjimatkan ruang. Ini memudahkan tayar ganti itu disimpan. Ini penting supaya ruang but dapat dimaksimumkan. Tambahan lagi untuk kereta jenis hatchback yang memiliki luas but terhad.

2. KURANGKAN BERAT KERETA


Tayar donat lazimnya dihasilkan menggunakan material ringan dan ini membantu mengurangkan berat kasar kereta. Saiz rim dan tayar sebenar boleh menambah berat keseluruhan jentera walaupun tidak begitu ketara.

Bagaimanapun, ia tetap memberikan kesan langsung ke atas penggunaan bahan api, termasuk mengurangkan jarak perbatuan. Lebih berat, maknanya kereta akan menggunakan lebih banyak bahan api.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

3. KURANGKAN HARGA KERETA

Setiap tambahan material untuk pembuatan komponen kereta akan melibatkan kos dan menyebabkan penambahan harga. Jadi, tayar yang kecil dan rim ringan adalah lebih murah dan sedikit sebanyak mengurangkan kos kereta.

Namun, pemilik harus faham tujuan sebenar tayar donat. Ia cuma tayar ganti dan bukan dibuat untuk dipandu jauh dalam masa lama. Ini kerana saiz tayar berbeza boleh menjejaskan pengendalian dan jajaran roda. Asasnya, tayar donat cuma berfungsi sebayar tayar sementara supaya anda dapat memandu ke kedai tayar untuk menukar atau menampal tayar asal.

SUMBER: Carmudi

autotainment tahukah anda Tayar tayar donat tayar ganti Tayar Rizab tip kereta tip tukar tayar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    8 Comments

    1. isba on 09/05/2020 11:20

      kat malaysia ni honda saja kot yang bagi tayar donat ni yang lain semua tayar bersaiz penuh.kedekut la honda ni.tayar jenis ni saya panggil tayar kereta sorong….

      Reply
    2. budroy on 18/07/2020 03:52

      Boleh ke ganti sebelah tayar je? Biasa kedai tayar suruh tukar sepasang sebab masalah alignment.

      Reply
      • AO on 18/07/2020 06:46

        Tak disarankan

        Reply
    3. Ajamain Salupin on 20/07/2020 21:56

      Oh begitu rupanya…

      Reply
    4. Lucas on 20/07/2020 23:11

      Spare tyre almera sama size dgn asal.. beza dia rim besi je

      Reply
    5. Mahmet on 22/07/2020 12:12

      Bullshit to car manufacturer. I really don’t like this donot spare tyre. Not good for long distance journey.

      Reply
    6. Pak Ulong on 15/12/2022 08:27

      Stupid reason. It endangers safety especially long distance,far from town and at night. It makes driving unbalanced

      Reply
      • Azhan O on 19/12/2022 19:34

        Maybe, but you aren’t engineer

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.