Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SYM Super Moped VF3i Kini Di Malaysia, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’ – Bermula RM7,988!
Roda2

SYM Super Moped VF3i Kini Di Malaysia, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’ – Bermula RM7,988!

Abang GYLBy Abang GYL15/04/20188 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYM Super Moped VF3i SETELAH sekian lama menanti, akhirnya MForce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan SYM Super Moped VF3i, sekaligus menjadikan ia moped pertama di dunia yang menggunakan enjin 185cc.

Secara tidak langsung, ia mendahului segmen moped di Malaysia yang sekian lama dimonopoli oleh Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i.

SYM Super Moped VF3i hadir dalam dua varian iaitu standard dan SE. Beza antara kedua-dua varian ini ialah warna dan SE juga didatangkan dengan aksesori tambahan. Paling penting, harga ditawarkan sedikit ‘tidak masuk akal’.

Harga SYM Super Moped VF3i

HARGA

  • SYM Super Moped VF3i – RM7,988
  • SYM Super Moped VF3i SE – RM8,288

* Harga tidak termasuk GST dan insurans

3 PILIHAN WARNA

  • Biru
  • Merah
  • Hitam (SE)
SYM VF3i Malaysia
SYM VF3i Malaysia
SYM VF3i Malaysia

ENJIN 185CC – TERBESAR DALAM SEGMEN MOPED DUNIA

Dari segi prestasi, SYM Super Moped VF3i menggunakan enjin SOHC 4-silinder Liquid cool bersesaran 185cc, yang juga kapasiti enjin terbesar dalam segmen moped setakat ini.

Dengan bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 17.7hp pada 8,500rpm dan tork 15.3Nm (7,500rpm). Ia juga memiliki kapasiti tangki agak besar iaitu 7L. Berdasarkan ujian dalam dijalankan oleh MForce, isian tangki penuh boleh bergerak dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis.

Berapa top speed? Walaupun memiliki berat 124kg, menurut MForce, SYM Super Moped VF3i mampu memecut sehingga 155kmj tanpa sebarang masalah. Manakala jentera ini akan berada di pasaran mulai Mei 2018.

Fork hadapan SYM Super Moped VF3i menggunakan jenis telescopic manakala belakang pula Telescopic coil spring. Ruangan roda hadapan menggunakan tayar 90/80 R17 dan 120/70 R17 untuk belakang.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

PESAING

  • Yamaha Y15ZR – 15hp, 13.8Nm, 5-kelajuan, RM7,999
  • Honda RS150R – 15.4hp, 13.5Nm, 6-kelajuan, 123kg, RM8,213
  • Benelli RFS150i – 15.5hp, 13Nm, 6-kelajuam, 126kg, RM7,338
SYM Super Moped VF3i
SYM Super Moped VF3i
SYM Super Moped VF3i
SYM Super Moped VF3i
SYM Super Moped VF3i

APAKAH IA PIKAT HATI ANDA?

Lihat pada harga ditawarkan, sememangnya ia murah dan boleh dianggap ‘tidak masuk akal’ jika mahu dibandingkan pesaing moped lain. Persoalannya, mampukah SYM Super Moped VF3i memikat hati rakyat Malaysia? Apakah kapcai berkuasa tinggi itu mampu memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R?

Jika diberikan pilihan, mana satu model moped yang anda akan pilih? Mahu jenama Jepun atau Itali? Tepuk dada tanya selera!

BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i

GALERI

SYM Super Moped VF3i SYM Super Moped VF3i

harga super moped sym Harga SYM Super Moped VF3i kapcai SYM moped sym super moped SYM Malaysia SYM Super Moped VF3i SYM Super Moped VF3i Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026

    8 Comments

    1. Syed on 15/04/2018 20:21

      Abam n hakak admin, mohon banyakkan lagi gambar, tak cukup ni, terima kasih hihi

      Reply
    2. Burn on 16/04/2018 00:13

      Agak2 mei brape hri blan yek??? Slpas rye ke sblum rye

      Reply
    3. Amran on 25/04/2018 20:58

      Abam.. nak 1..

      Reply
    4. Jackaon Bin Jaibi on 30/06/2018 08:08

      Moto dah dapat,,, 1st servis dah lepas,,, minya enjin pakai yg terbaik,,, tapi top 140km pun tak sampai yoooohh,,,,

      Reply
      • zud2kin on 17/10/2018 17:04

        so mmg ‘out’ la motor ni?

        Reply
      • charles on 04/06/2019 21:09

        kna tngok brat juga.. keadaan jalan.. angin dn sbagainya

        Reply
    5. charles on 04/06/2019 21:11

      moto ni kencang.. laju .. rs dan ysuku bye2.. ketinggalan jauh.. sda try smua.. handling memng siok.. pickup n top memng cun melecun. sy pakai sendiri..

      Reply
    6. Hafza on 05/01/2020 16:10

      Enjin boleh tahan lama tak? Macam honda atau yamaha?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.