Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!
Auto Terkini

Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!

Han OthmanBy Han Othman22/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH syarikat pemula (start-up) yang berpangkalan di Israel, StoreDot menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik (EV) yang boleh dicas sepantas lima minit!

Sampel kejuruteraan buatan syarikat itu menggunakan bahan nanopartikel metaloid untuk menggantikan grafit dalam anod bagi sel bateri tradisional. Dihasilkan EVE Energy di China, bateri baharu tersebut dikatakan mampu menangani isu berkaitan keselamatan, kitaran hayat dan masalah pembekakan.

BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) StoreDot, Dr Doron Myersdorf (foto atas) berkata, pasukan saintis syarikatnya berjaya mengatasi cabaran XFC seperti keselamatan, kitaran hayat dan pembengkakan dengan memanfaatkan material inovatif dan rekabentuk sel.

Pengumuman hari ini ialah batu tanda penting yang menggerakkan XFC buat kali pertama di luar inovasi dalam makmal kepada produk  boleh komersial untuk pengeluaran massa. Ini akan membuka jalan kepada pelancaran prototaip bateri anod dominan-silikon generasi kedua untuk EV, tahun ini.”

StoreDot turut menunjukkan demonstrasi bateri cas pantas yang dihasilkan syarikat itu pada motosikal dengan hitungan masa lima minit sahaja. Bagaimanapun, proses mengecas kereta EV sepantas itu memerlukan pengecas kuasa tinggi berbanding arus elektrik biasa.

Berdasarkan infrastruktur pengecasan sedia ada, syarikat itu merancang menambah jarak perbatuan 160km lagi untuk pengecasan lima minit menjelang 2025 untuk jarak keseluruhan hingga 300km!

Myersdorf berkata;

Cas bateri litium-ion selama 5 minit dianggap sebagai mustahil. Tetapi kami tidak mendedahkan prototaip makmal, kami mengeluarkan sampel kejuruteraan daripada barisan pengeluaran massa. Ini menunjukkan ia boleh dilaksanakan dan sedia dikomersialkan.

Nanopartikel yang digunakan bateri StoreDot mampu menyokong pergerakan ion lebih efisien berbanding grafit. Bahan nanopertikel berasaskan germanium itu juga mudah diuruskan dalam pembuatan. Matlamat StoreDot kini adalah menggunakan bahan silikon yang lebih murah dan sepatutnya lebih menjimatkan berbanding bateri lithium-ion sedia ada.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: CarScoops

aksesori Bateri Cas 5 Minit Bateri Cas Pantas Bateri Lithium-Ion Bateri Silikon Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 StoreDot
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

07/07/2026
Roda4

Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

07/07/2026
Auto Terkini

Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

By Syafie07/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.