Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Perkenal GSX-S750 (2021) dengan Seragam Baharu Lebih Agresif
Roda2

Suzuki Perkenal GSX-S750 (2021) dengan Seragam Baharu Lebih Agresif

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI mengemas kini portfolio produk untuk 2021 dengan memperkenalkan naked bike GSX-S750 (2021). Model 2021 masih menggunakan spesifikasi Euro4 yang mana perubahan hanya melibatkan aspek estetika.

GSX-S750 (2021) menerima warna baharu iaitu Pearl Brilliant White/Champion Yellow No 2 untuk varian ABS, manakala varian tanpa ABS didatangkan dengan warna badan Metallic Oort Gray No. 3/Glass Sparkle Black, dan Metallic Triton Blue/Glass Sparkle Black.

Harga jualan varian ABS ialah AS$8,899 (RM36,045), manakala tanpa ABS, AS$8,499 (RM34,425).

Ciri GSX-S750 (2021) masih sama seperti model lama, iaitu lampu utama dengan lampu siang (DRL) bentuk taring, panel instrumen LCD, gaya badan maskular dan pelana terpisah. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) KYB di depan dan monoshock (belakang).

Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera kembar Nissan dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal Nissin dengan kaliper piston tunggal di belakang. Tayar depan jenis tiubles bersaiz 120/70ZR17M/C (58W) di depan dan tiubles 180/55ZR17M/C (73W) di belakang.

Ciri lain dimiliki naked bike ini ialah Sistem Traksi Termaju Suzuki (SATC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kapasiti tangki mampu mengisi petrol 16 liter, manakala berat kerb 213kg. Tinggi pelana ialah 820mm.

Sistem SATC didatangkan dengan tiga mod tunggangan, iaitu:

  • Mod 1: Tahap sensitiviti paling rendah, sesuai untuk penunggang paling mahir atau atas permukaan jalan dengan cengkaman baik.
  • Mod 2: Tahap sensitiviti sederhana, sesuai untuk majoriti penunggang, atau kondisi jalan jalan raya yang pelbagai.
  • Mod 3: Tahap sensitiviti paling tinggi, sesuai untuk kondisi jalan raya yang kurang cengkaman (basah atau sejuk).
  • OFF: Ciri dibatalkan

Trenkuasa GSX-S750 dijana enjin 4-silinder 4-lejang 749cc DOHC penyejukan cecair bersama teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dengan SDTV berkuasa 113bhp dan tork 81Nm, manakala transmisi jenis klac basah multiplat manual 6-kelajuan.

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 12 bulan tanpa had perbatuan.

BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan
BACA >>> 10 Model Naked Bike Middleweight Terbaik 2020

SUMBER: Suzuki.ca

naked bike roda2 sportbike Suzuki Canada Suzuki GSX-S750 (2021) Suzuki USA
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.