Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Lancar Swift Sport Katana Sempena Motosikal Ikonik, Terhad 30 Unit Sahaja
Roda4

Suzuki Lancar Swift Sport Katana Sempena Motosikal Ikonik, Terhad 30 Unit Sahaja

AryonBy Aryon10/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak cara pengeluar automotif cuba menarik perhatian pembeli. Salah satunya ialah melancarkan model dipertingkat (facelift), edisi khas atau edisi terhad dengan membawa pelbagai tema unik pada rekaan luaran dan dalaman.

Uniknya Suzuki memilih memperkenalkan hatchback Swift Sport dengan bertemakan model motosikal jenama itu, Katana.

Katana ialah model yang mendapat perhatian ramai sejak dilancarkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA), tahun lalu. Jadi, menumpang populariti dikecapi Katana, Suzuki memutuskan menghasilkan Swift Sport Katana. Pelik tapi benar.

BACA >>> Suzuki Akan Keluarkan Katana Versi Kustom dengan Tangki Lebih Besar, Mufler Akrapovic

Swift Sport Katana ini bukan hanya dihasilkan dalam unit terhad, tetapi juga untuk lokasi tertentu sahaja, iaitu hanya 30 unit untuk pasaran Beland sahaja. Sangat spesifikkan?

Hatchback inspirasi Katana ini menumpukan kepada ciri estetika yang mana 15 unit ditawarkan dalam seragam perak, sama seperti warna Katana, manakala baki selebihnya berwarna hitam.

Semua model menampilkan aksen merah pada gril depan sempena logo retro Suzuki, perincian strip lumba pada bonet dan pintu, rim hitam OZ Racing 17 inci dengan opsyen 18 inci, logo tulisan ‘pedang Katana’ pada sisi pintu. Ruang kabin diserlahkan dengan tema hitam dan merah yang dikemas rapi mengikut skema warna Katana.

Swift Sport Katana dijana enjin 4-silinder 1.4L turbo, sama seperti trenkuasa model seda ada, atau fakta menariknya, 400cc lebih besar daripada Katana sebenar (999cc) dengan enjin empat sebaris. Setiap model edisi terhad ini diberikan nombor siri khas dan dijual pada harga €28,999 (RM135,300), iaitu €4,000 (RM18,700) lebih mahal daripada Swift Sport varian premium di Belanda.

BACA >>> Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?

Tidak diketahui kenapa Belanda pula jadi negara untuk Swift Sport edisi khas ini. Adakah kerana ramai pemilik Katana di sana?

GALERI

SUMBER: RideApart

Belanda edisi khas Edisi Terhad roda2 Roda4 Suzuki suzuki katana Suzuki Swift Sport Katana
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.