Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
Auto Terkini

Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN India antara pasaran terbesar dunia untuk motosikal, tidak ramai mampu memiliki motosikal kuasa tinggi kerana cukai import di sana sangat tinggi. Ini memaksa sesetengah pihak cuba membawa masuk sesuatu model secara haram.

Bagaimanapun, kerja jahat itu masih dapat dikesan pihak berkuasa yang menyebabkan banyak motosikal kuasa tinggi dirampas dan tersadai di balai polis. Itulah nasib menimpa dua motosikal ini, Suzuki Hayabusa dan Yamaha YZF-R6. 

BACA >>> Ducati 1098 S Tricolore Edisi Terhad Ini Dikesan Tersadai di India

Dua motosikal kuasa tinggi ikonik itu kini hanya mengumpul habuk di sebuah balai polis di bandar Thane, Mumbai, India. Gambar tersebut dimuat naik di laman Instagram @rip_car, yang menghimpukan pelbagai koleksi kenderaan mewah terabai seluruh India. 

YZF-R6 (foto atas) tidak pernah dijual secara rasmi di India, tetapi mempunyai ramai peminat tempatan. Model supersport itu dikuasakan enjin 4-silinder 600cc berkuasa 117hp dan tork 61Nm sertta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.

Berat cuma 190kg menjadikan motosikal ini sangat pantas atas jalan dan terkenal di trek. Kini, YZF-R6 sudah digantikan dengan model baharu YZF-R7, yang dibina berasaskan naked bike MT-07 yang baru saja dilancarkan beberapa bulan lalu.

BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!

Satu lagi motosikal ditunjukkan dalam gambar ialah Suzuki Hayabusa merah yang menjadi terkenal di India selepas ditunggang aktor Bollywood,  John Abraham (foto atas) dalam filem aksi Bollywood terkenal, Dhoom.

Terkenal sebagai antara motosikal terpantas dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 300kmj, memang menyedihkan apabila melihat model tersebut hanya dibiar mereput dan tidak digunakan. 

Suzuki Hayabusa (2021)

Suzuki Hayabusa (2021) baharu juga sudah dilancarkan di India pada April lalu dengan rekabentuk hampir sama dan dilengkapkan teknologi dikemas kini. Model itu dikuasakan enjin 1,340cc berkuasa 187hp dan tork 150Nm. 

BACA >>> Suzuki GSX-R1000 Katana Ini Dibina Berasaskan Jentera WorldSBK 2008!
BACA >>> Suzuki Hayabusa (2021) Lancar di India, Harga Mula RM90k!

SUMBER: Cartoq.com

Auto Terkini India John Abraham Motosikal Besar Tersadai Mumbai roda2 sport bike superbike Suzuki Suzuki Hayabusa Yamaha Yamaha R6 Yamaha R7
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.