• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-R1000 Katana Ini Dibina Berasaskan Jentera WorldSBK 2008!

Suzuki GSX-R1000 Katana Ini Dibina Berasaskan Jentera WorldSBK 2008!

June 9, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIVISYEN sukan permotoran bersejarah Suzuki, Team Classic Suzuki mengambil kesempatan sempena berkurung untuk menghasilkan model Suzuki GSX-R1000 Katana berasaskan jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2008. 

Walaupun sudah tidak aktif lebih setahun akibat pandemik Covid-19, tetapi pasukan berpangkalan di Britain itu masih tekad menjayakan projek khas tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Suzuki Katana yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Suzuki Katana Icon - Edisi Khas Perancis, Terhad 10 Unit Sahaja

Berikut ciri menarik Suzuki GSX-R1000 Katana edisi WorldSBK 2008:

  • Dibina berasaskan enjin jentera lumba Alstare GSX-R1000 (2008), trenkuasa ini diperbaharui Nathan Combi daripada Team Classic Suzuki yang kini mampu meledakkan kuasa hampir 200hp.
  • Kepala silinder daripada jentera Alstare dan dipadankan ekzos Racefit. Sistem penyejukan menggunakan radiator dan penyejuk minyak buatan kilang dengan paip minyak dan air aluminium. Sistem elektronik menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) Yoshimura EM Pro.

  • Bahagian depan menampilkan rekaan lampu depan sama seperti Katana, tetapi kini menggunakan mentol LED yang dipasangkan dalam perumah gentian karbon. 
  • Pelana baharu Race Seats dengan kemasan logo Katana. Logo tradisional Suzuki berwarna merah juga dilekatkan pada tangki minyak.

  • Frem jentera Alstare WSBK masih dikekalkan dengan dimensi sama seperti GSX-R1000 K8 versi pengeluaran. Bahagian swingarm dan subfrem dikustomkan daripada Alpha Performance Fabrication , direka untuk membantu sokongan absorber kembar yang digunakan pada Katana asal. 
  • Menggunakan suspensi Öhlins, iaitu fork terbalik (USD) di depan dan absorber kembar dengan subtangki di belakang. 

  • Rim Dymag CH3 tiga batang digunakan untuk mengekalkan rupa klasik, dan dipadankan brek cakera dan kaliper Brembo. 

BACA >>> Suzuki Katana Limited Edition (2021) dengan Warna Baharu Lancar, Dijual 100 Unit Sahaja
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Katana Brand New Jack dengan Konsep Gundam, Robotech

SUMBER: VisorDown.com

Artikel Berkaitan

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: classic superbike, motosikal klasik, Suzuki, suzuki gsx-r1000 katana, suzuki katana, team suzuki classic

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my