Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Across (2021) – Model Jenama Semula daripada RAV4 Prime PHEV untuk Eropah
Roda4

Suzuki Across (2021) – Model Jenama Semula daripada RAV4 Prime PHEV untuk Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata04/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI melancarkan SUV baharu, Across (2021) di Eropah yang dibekalkan trenkuasa hibrid-plug-in (PHEV) canggih dan sistem pacuan 4×4 elektronik, E-Four.

Pelancaran itu membuktikan penjenamaan semula sudah menjadi norma dalam kalangan pengeluar automotif apabila ACROSS (2021) dibekalkan Toyota Motor Corporation. Inilah model pertama dibekalkan di bawah perjanjian kerjasama perniagaan antara Toyota dan Suzuki.

BACA >>> Suzuki Swift Extreme Concept – Hatchback Standard Versi Crossover

Dari segi rekabentuk, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diambil dari RAV-4 Prime PHEV itu ditampilkan semula dengan wajah tersendiri seperti lampu utama LED bentuk tirus dan corak gril lebih sederhana. Rekabentuk tersebut selari model Suzuki lain dan berjaya dipadankan dengan gaya keseluruhan RAV-4 yang ranggi dan bersegi.

Dari tepi, Across (2021) nampak sama seperti RAV-4 Prime PHEV termasuk rim aloi 19 inci dan begitu juga bahagian belakang. Mengenai warna, ada enam warna ditawarkan, iaitu White Pearl Crystal Shine (putih), Silver Metallic (perak), Attitude Black Mica (hitam), Sensual Red Mica (merah), Grey Metallic (kelabu) dan Dark Blue Mica (Biru).

BACA >>> Toyota RAV4 Prime – SUV Hibrid Berkuasa 302hp!

Bahagian dalaman dikekalkan seperti model asal. Jelas kelihatan unit infotainment skrin sentuh 9 inci yang boleh disambungkan dengan iPhone, Android Auto dan MirrorLink. Muatan kargo belakang mempunyai kapasiti 490 liter dan turut dilengkapi outlet elektrikal dan soket aksesori.

Satu aspek yang penting tentang Across (2021) ialah trenkuasa PHEV yang penting bagi mengimbangi kadar emisi keseluruhan produk Suzuki Eropah. Dek kadar emisi lebih ketat juga menyebabkan jualan Jimny dihadkan, manakala model Swift Sport baharu dilengkapi teknologi hibrid ringan (mild-hybrid).

Across (2021) pula sudah siap mempunyai teknologi mesra alam dengan kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) hanya 22g/km.

BACA >>> Ford Ranger (2022) Akan Dilengkapkan Enjin Hibrid Plug-in (PHEV)

Kuasa maksimum enjin ialah 134kW (180hp) dan tork 270Nm, manakala motor elektrik mendapat kuasa daripada bateri litium-ion 18.1kWh (50.9hp) yang dipasangkan bawah lantai. Enjin 2.5L A25A-FXS Dynamic Force turut berfungsi sebagai pengecas bateri untuk membekalkan bantuan kuasa kepada motor elektrik dalam pemanduan berkelajuan tinggi apabila diperlukan.

Sistem PHEV menawarkan empat jenis mod pemanduan: EV (mod asal), Auto EV/HV, HV dan pengecasan bateri.

Dalam mod EV, Across (2021) digerakkan sepenuhnya motor elektrik walaupun dalam pecutan penuh. Mod Auto EV/HV dan HV pula enjin membekalkan kuasa apabila diperlukan seperti ketika pedal minyak diinjak keras. Mod pengecasan bateri aktif apabila tenaga pengecasan lemah dan enjin berfungsi untuk mengecas bateri.

Selain integrasi enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik, sistem pacuan Across (2021) juga canggih dengan sistem E-Four yang menggunakan motor independen berkuasa 40kW di belakang dan beroperasi dengan motor depan bagi membekalkan tenaga tork depan-belakang dalam nisbah 100:00 atau 20:80.

BACA >>> Mercedes-Benz Malaysia Previu Sedan PHEV, C 300 e dan SUV Elektrik Penuh, EQC

Paksi utama sistem E-Four ialah Pengurusan Bersepadu AWD (AIM) yang bukan saja mengawal pembahagian kuasa pemanduan tetapi juga kawalan terotel enjin, penjadualan tukaran transmisi, bantuan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dan pembrekan.

Antara ciri keselamatan dibekalkan ialah Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) yang menggunakan gelombang radar tahap milimeter dan kamera monokular.

Across (2021) dijadualkan mula dijual pada musim luruh ini, iaitu pada September-November 2020 di Eropah. Tiada lagi makluman mengenai penawaran model itu di pasaran lain seperti Asean.

BACA >>> Tidak Lepas Emisi Eropah Punca Suzuki Jimny Dijual dalam Unit Terhad di UK

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) PHEV Roda4 SUV Suzuki Suzuki Across Suzuki Across (2021) Toyota RAV4 Prime
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.