Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Pertama Lamborghini, LM002 Guna Enjin V12 Countach, Mampu Redah Off-Road
Roda4

SUV Pertama Lamborghini, LM002 Guna Enjin V12 Countach, Mampu Redah Off-Road

Abang HirataBy Abang Hirata13/10/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMA dahulu, kenderaan utiliti sukan (SUV) bukanlan segmen digemari ramai. SUV cuma popular di kalangan mereka yang terbabit dalam pekerjaan lasak, dan juga sinonim sebagai kereta Kerajaan. Teringat stereotaip orang tua dulu-dulu, belajar pandai-pandai, kerja elok-elok dan nanti boleh beli kereta besar. Kenapa kereta besar? Kenapa tidak SUV (pun besar juga)?

Sedikit demi sedikit segmen SUV mula dimajukan banyak pengeluar automotif antarabangsa dengan proses pembuatan menggabungkan aspek perubahan gaya hidup pengguna masa kini. Hasilnya, kita hari ini dapat melihat begitu banyak SUV  bergerak atas jalan raya. Usahkan pengeluar massa, syarikat jenama eksotik dan premium juga semakin terbuka terhadap SUV.

BACA >>> DLA 35 – Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia

Terkini, bos Ferrari, Sergio Marchionne menyatakan pengeluar jenama supercar dari Itali itu memang serius dalam membangunkan SUV seperti dilaporkan Bloomberg. Namun, Ferrari masih tidak mempunyai sebarang keputusan mengenai pengeluaran SUV jenama tersebut, setidak-tidaknya dalam tempoh 30 bulan lagi.

Terpulang kepada Ferrari, tetapi pesaingnya pula, Lamborghini pula bersedia melancarkan SUV pada 4 Disember ini di Sant’Agata Bolognese, Itali. Malah, Lotus pun sudah ada model SUV sendiri, cuma sumber kewangan menjadi penghalang.

PEMBUAT TRAKTOR

Jika Ferrari tidak pernah menghasilkan SUV atau apa-apa yang serupa dengan kenderaan itu, berbeza pula Lamborghini. Asal usul pengeluar yang juga dari Itali itu adalah sebagai pembuat traktor. Kini, Lamborghini Urus adalah SUV kedua selepas LM002 (gambar atas) yang ditamatkan pengeluaran, 25 tahun lalu.

Sempena pengenalan Urus, Lamborghini mengimbau kembali legasi SUV pertama menerusi model bernombor casis 12231 yang dipamerkan di Muzium Lamborghini, di mana SUV berkenaan sudah siap dibaik pulih jabatan klasik Lamborghini Polo Storico.

Lamborghini memang cukup berbangga dengan LM002, yang dianggap sebagai bapa kepada SUV mewah. LM002 bukan saja dibangunkan untuk kegunaan jalan raya atau diparkir di hadapan premis niaga mewah, tetapi memang boleh digunakan sebagai kenderaan lasak atas permukaan jalan bersalji, kerikil dan berlumpur.

Sejarah Penting Lamborghini LM002

  • LM002 mula dibangunkan sebagai projek kenderaan off-road berprestasi tinggi untuk kegunaan tentera pada penghujung 1970-an dengan nama Cheetah.
  • Jurutera Lamborghini, Giulio Alfieri memperkenalkan projek tersebut pada 1981 dengan nama LM001.
  • Konsep LM001 ialah kenderaan enjin belakang (RWD), kemudian disusuli prototaip yang kali ini berenjin  depan (FWD).
  • Model pengeluaran LM002 melakukan debut sempena Pameran Motor Brussels 1986. Versi tersebut menggunakan enjin V12 daripada Countach Quattrovalvole 5.0L, berkuasa 450hp pada 6,800rpm.

Spesifikasi

  • Menggunakan badan diperbuat daripada alumnium dan gentian karbon.
  • Sistem pacuan 4WD dengan kotak pindah (transfer case) dan diferensial tiga kuncian (three self-locking).
  • SUV ini mampu beraksi pada cerunan hingga 120 peratus.
  • Kelajuan maksimum melebihi 200kmj.
  • Menggunakan tayar khas Pirelli Scorpion, dan mampu ‘terapung’ atas permukaan lembut seperti pasir dan mampu bertahan dalam keadaan cuaca panas.

Pengeluaran

  • Badan LM002 dibuat di sebuah syarikat terletak di Bilbao, Sepanyol.
  • Unit separa siap itu kemudian dibawa ke Sant’Agata Bolognese untuk dipasangkan enjin, komponen mekanikal, kemasan, ujian dan penghantaran.
  • Unit dengan kemasan dalaman mewah pula dibuat mengikut tempahan pelanggan.

Ketika pelancaran LM002, SUV itu mendapat perhatian hangat kerana dihasilkan pengeluar supercar terkenal yang turut menawarkan keupayaan off-road bersama rekabentuk cukup mempesona. Namun, respon diterima kurang memberangsangkan apabila hanya 300 unit dikeluarkan sepanjang 1986 hingga 1992.

Kini, Lamborghini bakal menghasilkan SUV kedua dengan mengambil falsafah sama, iaitu berkuasa, dengan rekabentuk menyerlah yang melayakkannya menerima gelaran Super SUV. Malah, Lamborghini Urus  mampu dipandu dalam kondisi jalan off-road termasuk atas pasir.

GALERI

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lamborghini LM002 Lamborghini Urus Lamborgini Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.