Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Yaris Cross Masuk Australia, Harga Mula RM82.5k!
Auto Terkini

Toyota Yaris Cross Masuk Australia, Harga Mula RM82.5k!

Abang HirataBy Abang Hirata15/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu Perodua D55L kini sedang hangat diperkatakan yang khabarnya ada kaitan dengan Toyota Raize.

Toyota sebenarnya menawarkan satu lagi SUV subkompak, iaitu Yaris Cross. Soalannya, kenapa pula ada dua model SUV dalam segmen sama? Sama seperti Yaris Eropah dan Yaris Asean, kedua-dua model mempunyai perbezaan. Apatah lagi Toyota sememangnya memiliki kepakaran untuk membangunkan dua model berbeza mengikut pasaran dunia.

Jadi pasaran mana ditawarkan Yaris Cross? Selain Jepun, dan Eropah, model SUV itu turut dijual di Australia bermula bulan lalu.

Toyota sememangnya pasaran penting buat Australia dan ini dapat dilihat melalui penawaran model seperti van Granvia, sport Supra dan hot-hatch prestasi GR Yaris. Malah, pasaran Eropah pun masih belum menerima Yaris Cross.

Bagi pasaran Australia, Yaris Cross ialah model SUV ringan pertama Toyota yang ditawarkan dalam dua varian enjin, iaitu petrol dan hibrid. Varian ditawarkan pula cukup meriah, iaitu sembilan pilihan iaitu kombinasi petrol 2WD, hibrid 2WD dan AWD elektrik, serta dibahagikan kepada GX (aras mula), GXL (pertengahan) dan Urban (premium).

Berikut ciri Yaris Cross mengikut varian:

Yaris Cross 2WD Petrol
  • Enjin Dynamic Force 1.5 liter tiga silinder.
  • Kuasa 118hp dan tork 145Nm.
  • Transmisi Direct Shift CVT dengan ciri mekanikal untuk gear pertama dan 10 kelajuan manual sequential.
Yaris Cross 2WD Hibrid

  • 1.5 liter tiga silinder, kitaran Atkinson.
  • Dua motor elektrik.
  • Kuasa maksimum 114h.
  • Penggunaan minyak 3.8l/100km (kitaran gabungan).
Yaris Cross AWD Hibrid
  • Tambahan motor elektrik atau ketiga yang dipasangkan pada roda belakang untuk ekstra cengkaman apabila diperlukan.
  • Konfigurasi pacuan 100 peratus roda depan, iaitu 40 peratus kepada roda depan/60 peratus pacuan belakang.
Yaris Cross GXL dan Urban
  • Navigasi satelit.
  • Lampu depan LED.
  • Pemantau Titik Buta.
  • Kamera pandangan belakang panoramik.
Yaris Cross Urban (Tambahan)
  • Rim 18 inci (16 inci untuk GX/GXL).
  • Kerusi pemandu berkuasa.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas.
  • But berkuasa dengan sensor kaki.

Ciri standard lain ialah kawalan suhu, entri pintar dan menghidupkan enjin, kawalan jelajah adaptif, kamera undur dan sistem multimedia dengan konektiviti Apple CarPlayยฎ dan Android Autoโ„ข.

Dari segi keselamatan, semua varian dilengkapi ciri bantuan pemandu Toyota Safety Sense, terdiri daripada Sistem Prapelanggaran (PCS) dengan bantuan simpang siang hari (daytime intersection assistance) dan bantuan kecemasan stereng (ESA).

SUV ini turut dilengkapi pakej Toyota Connected Services (TCS) denganย fungsi canggih Notifikasi Perlanggaran Automatik (ACN). Fungsi ini akan menghantar lokasi kenderaan secara automatik kepada pusat panggilan kecemasan Toyota melalui input dari sensor kenderaan termasuk sensor beg udara.

Mengenai harga, Yaris Cross dijual pada harga A$26,990 (RM82,510) untuk varian asas petrol GX 2WD, dan A$37,990 (RM116,136) untuk AWD Hibrid.

BACA >>>ย Toyota Australia Bangunkan GR Yaris AP4, Khas untuk Rali Sahaja!

SUV Toyota Toyota Yaris Cross
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.