Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV EV Coupe smart #3 Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM175k
Auto Terkini

SUV EV Coupe smart #3 Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM175k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRO-Net meluaskan tawaran kenderaan elektrik (EV) penuh jenama smart menerusi pengenalan model #3 yang hadir dalam tiga varian untuk pasaran Malaysia, iaitu Pro, Premium dan BRABUS.

Model smart #3 pernah membuat kemunculan di pameran Malaysia Autoshow 2024 dan menjadi model kedua memasuki pasaran domestik selepas smart #1., dan juga negara Asean pertama membuka tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe EV ini.

smart #3 – CHASE THE THRILL

smart #3 dibina bertemakan ‘Chase the Thrill’ yang bertujuan membangkitkan keterujaan orang ramai terhadap Premium Dynamic Urban Companion dengan kombinasi gaya dan keunggulan meningkatkan prestasi di jalan raya.

smart #3 turut mendapat penghargaan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Rekabentuk iF dan Anugerah Rekabentuk Red Dot yang menjadi bukti kepada kualiti rekabentuk luar biasa dan inovasi canggih dibangunkan pasukan rekabentuk global Mercedes-Benz.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) smart Malaysia, Zhang Qiang berkata;

Saya sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 dalam portfolio kami yang ada tiga varian menarik.

“Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini memberi ganjaran kepada pelanggan untuk mengambil peluang menjadi antara pemilik terawal smart #3.

“Sebagai persediaan  penghantaran suku ketiga tahun ini, 13 pengedar rasmi smart bersedia sepenuhnya menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan ini, smart menjemput orang ramai bersama mengalami perjalanan menuju mobiliti lestari.”

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai hingga RM1,500 yang terhad kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 (boleh dikembalikan).

HARGA

  • Pro – RM175,000
  • Premium – RM215,000
  • BRABUS –  RM255,000

TRENKUASA

  • Varian Pro dan Premium menggunakan unit motor elektrik tunggal untuk output kuasa 268hp (200kW), dan tork 343Nm dalam sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Pecutan 0 hingga 100kmj mengambil masa 5.8 saat manakala kelajuan maksimum adalah 180kmj.
  • Varian BRABUS dilengkapi dwi-motor dalam sistem pacuan semua roda (AWD) dengan output kuasa 422hp (315kW) dan tork 543Nm.
  • Varian BRABUS mencatatkan pecutan 0-100kmj pantas dengan mod Rocket Launch yang menganmbil masa 3.7 saat, manakala kelajuan maksimum kekal 180kmj.

BATERI & PENGECASAN

  • Varian Pro menggunakan bateri  litium-besi fosfat (LFP) 49kWh dengan jarak pemanduan 325km berdasarkan kitaran WLTP, dan menyokong pengecasan standard (AC) 7.4kW dan pengecasan pantas (DC) 130kW.
  • Varian Premium didatangkan dengan pek bateri nikel mangan kobalt (NMC) 66kWh dengan jarak pemanduan 455km (kitaran WLTP), dan pengecasan pek bateri boleh melalui AC 22kW (10-80 peratus) dalam tempoh tiga jam atau pengecasan DC 150kW (10 peratus hingga 80 peratus) dalam 30 minit.
  • Varian BRABUS pula menggunakan jenis bateri NMC, sama seperti Premium, tetapi jarak pemanduan lebih rendah iaitu 415km (kitaran WLTP), manakala kadar dan tempoh pengecasan juga sama seperti Premium.

CIRI KESELAMATAN

smart #3 turut menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Varian Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif (AHA), Gril Depan Bercahaya, dan bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

smart #3 boleh ditempah sekarang menerusi pengedar rasmi smart terdekat atau melalui aplikasi Hello smart. Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun aplikasi Hello smart daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan.

Maklumat lanjut boleh layari https://my.smart.com/#.

smart #3 PRO
smart #3 BRABUS
pro-net Roda4 smart #3 SUV Coupe EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.