Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Supersport Lebih Mampu Milik, Yamaha YZF-R9 Akan Muncul Tahun Ini?
Auto Terkini

Supersport Lebih Mampu Milik, Yamaha YZF-R9 Akan Muncul Tahun Ini?

WahidBy Wahid17/08/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lama khabar angin menular mengenai Yamaha kini sedang sibuk membangunkan YZF-R9 yang bakal dilancarkan tahun ini. Khabar angin itu nampak seperti menjadi realiti menerusi berita penemuan permohonan daftar tanda dagang di Eropah, Amerika Selatan dan negara Oseanik.

Model ‘R9’ baharu itu, jika benar dihasilkan, akan mengisi kekosongan model supersport antara YZF-R7 dan R1.

BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!
BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)

Yamaha sudah menghasilkan YZF-R6 sejak 1999 hingga November 2020. Model itu akhirnya dihentikan kerana kurang mendapat permintaan bagi model supersport 600cc. Antara punca model supersport 600cc kurang popular adalah faktor harga dan kos insurans yang tidak jauh berbeza dengan model supersport 1000cc (di luar negara).

Justeru, Yamaha beralih kepada pembuatan model YZF-R7 (foto atas) dengan enjin CP2 daripada MT-07. Walaupun tiada kuasa sehebat R6, tetapi tetap disambut baik yang mana semua unit pratempahan habis dijual. Ini kerana harga ditawarkan lebih berpatutan.

Kemudian, ramai peminat mula ghairah menggesa Yamaha mengeluarkan supersport dengan CP3 889cc  yang dipasangkan pada MT-09 (foto atas) dengan kuasa dan tork lebih memuaskan, 119hp dan 87.5Nm. Selain itu, MT-09 juga sudah sedia laris kerana menawarkan harga berpatutan yang diharapkan turut mempengaruhi harga R9 nanti berbanding R1 yang lebih ‘kayangan’.

Jika terlaksana, ia akan menggembirakan ramai peminat motosikal yang pastinya membayangkan sebuah supersport ringan dan laju dengan pengendalian tangkas pada harga yang lebih mahal sedikit daripada MT-09!

Walaupun berita permohonan tanda dagang atau hak cipta tidak semestinya berakhir dengan model pengeluaran, sekurang-kurangnya ia berikan petanda baik.

Yamaha pasti akan bersedia dengan barisan model menarik untuk ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) kela. Pasti ramai peminat Yamaha mengharapkan pengeluar itu melancarkan model tersebut di sana nanti. Apapun, kita hayati gambar-gambar lakaran konsep ini.

Tak salah kalau nak berangan sekarang!

BACA >>> Jepun Lancar Yamaha MT-09 ABS, SP ABS (2022), Harga Mula RM41.2k
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k

SUMBER: Motokandi.com

Auto Terkini Lakaran Bayangan Lakaran Konsep supersport Supersport 900cc Yamaha Yamaha YZF-R9
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026

    2 Comments

    1. SydAbManan(SAM) on 18/08/2021 17:15

      Im believed remember your products Yamaha my favourite.

      Reply
    2. Jan on 18/08/2021 20:54

      Design overall ok, tapi lampu tengah dekat Ram air tu tak boleh hadam la

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.