• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k

Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k

November 4, 2020 By AO 1 Comment

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA melakukan pelancaran digital MT-09 menerusi laman YouTube, Yamaha USA secara tidak sengaja tersiar video klip 'Find yout Darkness: 2021 Yamaha MT-07' yang secara tidak langsung membocorkan maklumat awal mengenai model baharu seterusnya.

Hanya beberapa jam kemudian, Yamaha melancarkan pula MT-07 (2021) serba baharu, tidak seperti MT-09 yang ditayangkan video acah seminggu sebelum dilancarkan, iaitu pada 27 Oktober lalu.

BACA >>> Bocor Imej Yamaha MT-09 (2021), Sesaran Enjin Dipertingkat?

Sama seperti abang besar, MT-07 (2021) serba baharu juga mendapat kemas kini signifikan, terdiri daripada lampu utama projektor siklopik seperti MT-03 dan terkini MT-09 yang diapit dua elemen LED, termasuk lampu signal belok LED. Antara kemas kini spesifik MT-07 ialah brek depan dinaik taraf, tayar Michelin, LCD baharu dan bar hendal aluminium tirus.

Jika MT-09 mendapat output dan enjin dipertingkat, MT-07 (2021) serba baharu pula mengekalkan sesaran enjin sama, jenis 689cc Parallel-Twin dengan hamburan kuasa 75hp dan tork 67.8Nm.

Bagaimanapun, untuk model baharu ini Yamaha mengubah suai salur udara yang kini disepadukan rapi pada rekaan tangki minyak, termasuk menaik taraf unit kawalan elektronik (ECU), mengoptimumkan tetapan suntikan bahan api, dan menambah sistem ekzos 2-into-1 baharu.

BACA >>> Yamaha MT-25 di Malaysia, Harga RM21.5k! MT-15 Cuma Previu, Lancar November Ini

yamaha-mt07-2021-15
yamaha-mt07-2021-18
yamaha-mt07-2021-14
yamaha-mt07-2021-16
yamaha-mt07-2021-17
yamaha-mt07-2021-13

Menurut Yamaha, perubahan berkenaan memberikan hantaran kuasa lebih linear dan lancar.

Frem naked bike ini dipasangkan fork telekopik 41mm di depan dan monoshock boleh laras di belakang dengan sepasang rim 17 inci. Sistem henti menggunakan brek dwi-cakera 298mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper piston tunggal di belakang yang dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Berat keseluruhan model ini ialah 184kg.

MT-07 (2021) serba baharu akan berada di pasaran pada Januari tahun depan pada harga AS$7,699 (RM32,ooo), iaitu AS$100 (RM415) lebih mahal daripada model 2020.

BACA >>> UK Perkenal Ducati Streetfighter V4 S (2021) 'Dark Stealth', Harga RM110k

yamaha-mt07-2021-1
yamaha-mt07-2021-2
yamaha-mt07-2021-3
yamaha-mt07-2021-8
yamaha-mt07-2021-7
yamaha-mt07-2021-9
yamaha-mt07-2021-10
yamaha-mt07-2021-11
yamaha-mt07-2021-12
yamaha-mt07-2021-13
yamaha-mt07-2021-14
yamaha-mt07-2021-15
yamaha-mt07-2021-16
yamaha-mt07-2021-17
yamaha-mt07-2021-18
yamaha-mt07-2021-5
yamaha-mt07-2021-19
yamaha-mt07-2021-20
yamaha-mt07-2021-6
yamaha-mt07-2021-23
yamaha-mt07-2021-24
yamaha-mt07-2021-4
yamaha-mt07-2021-21
yamaha-mt07-2021-22

Artikel Berkaitan

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, Ya, Yamaha, Yamaha MT-07 (2021), Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu, Yamaha USA

Comments

  1. Jan says

    November 9, 2020 at 12:46 PM

    Rasanya saya ada komen kat sni sebelum ni, kenapa komen jadi hilang?

    HP figure tu macam salah, kalau x silap, horsepower dia turun sebab euro 5. dalam 72-73hp cmtu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Pemandu Myvi Sondol Belakang Van Negatif Dadah, Kini Direman
    #Tular: Pemandu Myvi Sondol Belakang Van Negatif Dadah, Kini Direman
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
  • #Tular: Polis Akan Siasat Pemandu Saga Himpit Pelajar Sekolah  Memandu
    #Tular: Polis Akan Siasat Pemandu Saga Himpit Pelajar Sekolah Memandu
  • Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?
    Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my