• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / UK Perkenal Ducati Streetfighter V4 S (2021) ‘Dark Stealth’, Harga RM110k

UK Perkenal Ducati Streetfighter V4 S (2021) 'Dark Stealth', Harga RM110k

October 26, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S baru saja dilancarkan di Malaysia pada 21 Oktober lalu pada harga masing-masing RM115,900 dan RM145,900.

Di Britain pula, pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan Streetfighter V4 S (2021) dalam warna serba hitam dengan nama 'Dark Stealth' baharu sebagai alternatif kepada warna ikonik Ducati Red.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!

Model Streetfighter ialah hasil daripada Fight Formula, iaitu versi Panigale V4 yang ditanggalkan fairing dengan bar hendal lebar dan tinggi. Warna hitam kusam Dark Stealth tampak garang untuk Streetfighter dan pastinya menjadi sesuatu yang berbeza dalam lautan warna merah model-model Ducati.

Streetfighter dijana enjin 1100cc Desmosedici Stradale dengan winglet biplane untuk fungsi aerodinamik dan turut dilengkapi sistem elektronik untuk membantu tunggangan dan pengendalian.

Ducati memperbaharui Streetfighter V4 (2021) dengan menghasilkan trenkuasa patuh regulasi Euro5 yang mengekalkan kuasa dan tork maksimum, tetapi memiliki halaju berbeza.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda

Streetfighter V4 edisi Euro5 mempunyai output kuasa 208hp @ 13,000rpm, iaitu 250rpm lebih tinggi daripada model Euro4. Tork pula 123Nm @ 9,500 rpm atau 2,000 rpm lebih rendah daripada model Euro4. Angka tersebut dicapai daripada kalibrasi dan ekzos baharu yang menjadikan model itu lebih seronok ditunggang melewati jalan-jalan berliku.

Ducati melakukan pelbagai pengubahsuaian pada sistem ekzos dan kalibrasi enjin dalam usaha mematuhi piawaian baharu Eropah untuk alam sekitar. Silenser ekzos masih sama dari segi rupa, tetapi dipasangkan pemangkin (catalysts) lebih besar, iaitu penambahan 10mm panjang.

Selain itu, manifold belakang ekzos (rear bank) dipendekkan 100mm dengan diameter dikurangkan daripada 42mm kepada 38mm. Komponen baharu itu membolehkan penggunaan pelindung haba (heat shield) belakang yang lebih kompak dan dipasangkan pada badan motosikal.

Ducati turut memasang brek depan dan pam klac baharu jenis penjujuhan sendiri (self-bleeding) yang sebelum ini digunakan pada Superleggera V4.

Tempahan Ducati Streetfighter V4 dan V4 S (2021) untuk pasaran Britain ini sudah dibuka dengan model Dark Stealth ini boleh didapati sebelum penghujung tahun ini pada harga £20,295 (RM110,070).

BACA >>> Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!

GALERI
91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Streetfighter V4, Ducati Streetfighter V4 2021, Ducati Streetfighter V4 S, Ducati UK, naked bike, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
  • #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?
    #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my