• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Imej Yamaha MT-09 (2021), Sesaran Enjin Dipertingkat?

Bocor Imej Yamaha MT-09 (2021), Sesaran Enjin Dipertingkat?

October 27, 2020 By AI Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU lalu Yamaha Motor Europe (Yamaha EU) menyiarkann video acah naked bike MT-09 (2021), tetapi tidak banyak maklumat didedahkan kecuali klip video rawak selama 25 saat yang diakhiri perkataan 'Coming Soon' (Akan Datang).

Sebelum pendedahan rasmi dibuat, kini bocor pula foto MT-09 atas talian. Dari depan, MT-09 generasi baharu itu menampilkan lampu depan baharu dengan lampu siang (DRL) kiri dan kanan. Bentuk tangki minyak juga direka berbeza yang dipadankan ambilan udara di sisi.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

Ciri baharu lain dapat dilihat ialah skrin TFT baharu yang memaparkan maklumat digital penuh seperti spidometer, takometer, indikator petrol, posisi gear, odometer, purata penggunaan bahan api dan jam.

Khabarnya trenkuasa MT-09 dipertingkat daripada 847cc kepada 890cc yang bakal menawarkan tambahan kuasa hingga 120hp, dan semestinya patuh regulasi Euro5.

MT-09 baharu ini juga kekal menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan kaliper radial seperti model sedia ada. Casis baharu pula menyumbang kepada pengurangan berat yang mana model sedia ada seberat 193kg. Difahamkan, Yamaha EU bakal memperkenalkan dua model MT-09, termasuk versi SP.

MT-09 sedia ada dijana enjin 847cc berkuasa 115hp @ 10,000rpm dan tork 87.5Nm @ 8,500rpm. Di Malaysia, naked bike ini dijual pada harga RM48,920.

BACA >>> Yamaha Bakal Kembalikan FZ 750?
BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR

GALERI
Yamaha MT-09 (2021) bocor_4
Yamaha MT-09 (2021) bocor_5
Yamaha MT-09 (2021) bocor_2
Yamaha MT-09 (2021) bocor_3
Yamaha MT-09 (2021) bocor_1

Artikel Berkaitan

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Bocor, naked bike, roda2, Video Acah, Yamaha, Yamaha Motor Eropah, yamaha mt-09, Yamaha MT-09 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my