Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jepun Lancar Yamaha MT-09 ABS, SP ABS (2022), Harga Mula RM41.2k
Roda2

Jepun Lancar Yamaha MT-09 ABS, SP ABS (2022), Harga Mula RM41.2k

AryonBy Aryon27/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA melancarkan MT-09 ABS dan MT-09 SP ABS (2022) untuk pasaran Jepun yang dikemas kini dari segi kosmetik dan mekanikal melibatkan enjin, frem, rim baharu dan unit unjuran inersia (IMU), manakala deruman bunyi dan gaya turut diperbaharui.

Yamaha merancang menjual 1,400 unit roadster naked itu dalam setahun untuk pasaran domestik.

Berikut perincian mengenai MT-09 ABS dan MT-09 SP ABS (2022):

  • Tampil dengan rupa tajam, maskular dan agresif yang dapat dilihat pada kowl tangki minyak dengan grafik baharu, kowl bawah ekzos, pelana tungga, seksyen belakang slik, tangki minyak 14 liter tajam dan rekaan lampu utama  futuristik.

  • Juga ditawarkan dengan ciri seperti lampu utama LED dwi-fungsi, lampu posisi LED, panel meter TFT digital berwarna 3.5 inci, empat mod tunggangan (D-Mode), kawalan jelajah, Quick Shifter, Kawalan Traksi (TCS), klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), unit unjuran inersia (IMU) baharu.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 118hp @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm, dengan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi diuruskan unit fork terbalik (USD) 41mm KYB di depan dan monoshock Öhlins boleh laras penuh di belakang. MT-09 SP ABS mendapat fork USD warna emas.
  • Sistem brek jenis dwi-brek cakera jenis radial di depan dan cakera kembar di belakang.
  • Tangki minyak 14 liter, berat 189kg, tinggi pelana 825mm, jarak lega bumi 140mm.
  • Tayar jenis tiubles saiz 120/70Z R17 M/C (depan) dan 180/55Z R17 M/C.
  • MT-09 SP ABS akan memasuki pasaran Jepun pada 28 Julai ini, sebelum disusuli MT-09 ABS pada 26 Ogos 2021.
  • Ada tiga pilihan warna untuk MT-09 ABS, iaitu Pastel Dark Gray (kelabu), Deep Purplish Blue Metallic C (biru) dan Matte Dark Gray Metallic 6 (kelabu).

  • MT-09 SP ABS pula cuma menawarkan satu warna, iaitu Black Metallic X (hitam).
  • Harga jualan MT-09 SP ABS ialah 1,265,000 yen (RM47,450), manakala MT-09 ABS berharga 1,100,000 yen (RM41,260).

Di pasaran Malaysia sekarang ini, MT-09 mula diperkenalkan pada Januari 2018 dan dijual pada harga RM47,388. Jangkaan kami, model edisi baharu itu dijangka menjengah pasaran tempatan tahun depan pada harga tidak jauh berbeza dengan model sekarang.

 

naked bike Roadster Naked roda2 Yamaha Yamaha Jepun Yamaha MT-09 ABS (2022) Yamaha MT-09 SP ABS (2022)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.