• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SuperKIP Kembali Asah Trek, Sertai MSBK 2021 Hujung Minggu Ini

SuperKIP Kembali Asah Trek, Sertai MSBK 2021 Hujung Minggu Ini

October 13, 2021 By Aryon Leave a Comment

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHAIRUL Idham Pawi atau 'SuperKIP' bakal berlumba lagi, tetapi kali ini bersama pasukan TKKR Racing Team dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021.

Ketua pasukan TKKR Racing Team, Datuk Bobie Farid Shamsuddin berkata, pihaknya enggan memberi sebarang tekanan terhadap Khairul, 23, sebaliknya mahu mantan pelumba Moto3 itu mencari semula ‘perasaannya’ di trek.

BACA >>> Juara Moto3 di Jerman, Khairul Idham Buktikan Diri 'Raja Trek Basah'!

Khairul mengakui rindu mahu kembali beraksi di litar lumba dan bersetuju mewakili pasukan TKKR Racing untuk aksi MSBK 2021 dalam kategori 600cc di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 15 hingga 17 Oktober ini.

Bobie Farid berkata;

Sebenarnya amat segan untuk menawarkan tempat kepada Khairul kerana kami pasukan persendirian dan mempunyai banyak kekurangan berban­ding pasukan pengeluar sekitar Asia.

“Namun saya gagahkan diri dengan rasa amat kerdil menawarkan KIP kembali berlumba pada Kejuaraan MSBK minggu ini. Saya suruh staf saya hubungi KIP. Ayahnya pun me­nyatakan hasrat supaya anaknya berlumba bersama kami.

“KIP ambil masa dua hari untuk beri jawapan setuju. Ayat saya mudah, kita cuba dulu dan anggap sebagai track day kerana kami amat faham bagaimana tempoh menenangkan diri daripada apa yg berlaku kadang-kadang besar impaknya.

“KIP sudah lama tidak me­nunggang dan perlu mengambil masa untuk mendapatkan keyakinan. Namun disebabkan KIP lahir daripada industri tempatan dan antara pelumba yang mempunyai disiplin dan motivasi tinggi, maka saya amat yakin dia akan kembali."

Pada masa sama, Bobie Farid tidak menolak hasrat membawa pelumba  itu ke peringkat lebih tinggi seperti Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) jika ada rezeki.

BACA >>> Perjalanan Karier Khairul Idham Pawi - Siapakah Anak Muda Ini?
BACA >>> Khairul Idham Jalani Pembedahan Kedua untuk Pulihkan Jari Kelingking yang Dipotong

SUMBER: Kosmo

Artikel Berkaitan

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Bobie Farid Shamsuddin, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021, Khairul Idham Pawi, MSBK 2021, sukan permotoran, SuperKIP, TKKR Racing Team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my