Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Supercar Paling Berkuasa, McLaren 765LT Kini di Malaysia, 10 Unit Sahaja, Harga RM1.5j
Roda4

Supercar Paling Berkuasa, McLaren 765LT Kini di Malaysia, 10 Unit Sahaja, Harga RM1.5j

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAH pandu atau lihat McLaren 720S? Itu ialah supercar balistik pantas di jalanan. Mencipta kereta laju bukan masalah buat McLaren dan kerana itulah pengeluar Britain itu menghasilkan satu lagi model buas.

Kini model itu sudah pun tiba ke pasaran Malaysia. McLaren Kuala Lumpur mempersembahkan karya agung  McLaren765LT yang boleh dianggap sebagai saudara 720S. Supercar baharu ini mampu membuatkan kelajuan Ferrari 488 Pista ibarat kura-kura.

Akaun bank anda perlu ada banyak wang kerana 765LT ini berharga RM1.5 juta (tidak termasuk cukai), dan walaupun 765 unit dihasilkan secara global, tetapi hanya 10 unit saja dibawa masuk ke Malaysia. Berikut 5 fakta yang anda perlu anda tahu mengesai 765LT!

1. ENJIN V8 JANA KUASA BUAS

Di belakang, enjin 4.0L V8 turbo kembar Twin-Scroll berkuasa 755hp dan tork 800Nm. Padanan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan membolehkan supercar ini memecut 0-100kmj sepantas 2.8 saat.

Antara modifikasi yang dilakukan 765LT ialah piston aluminium tempa, pam bahan api aliran tinggi, sistem pengurusan enjin yang dikalibrasi semula dan nisbah kelajuan transmisi dikemas kini.

2. BERKONGSI ASAS DENGAN 720S

765LT ialah versi tertinggi dalam barisan famili Super Series yang menjadikan 720S sebagai asas. Ini ialah model tribut kepada jentera lumba McLaren F1 GTR Longtail. Dengan berkongsi banyak komponen 720S, apa yang spesial dengan 765LT ialah pakej aero lebih agresif dengan komponen gentian karbon, ruang kabin fokus lumbadan enjin lebih berkuasa.

BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

3. GUNA GENTIAN KARBON UNTUK BERAT LEBIH RINGAN

Semua bahagian badan menggunakan bahan gentian karbon untuk mengurangkan berat badan yang dapat dilihat pada spliter depan, bampar, dan skirt sisi. Bahagian belakang boleh dilihat pada difuser yang diperluas hingga seluruh bampar, winglet sisi dan sayap.

Malah McLaren merekabentuk semula gril atas bersama sistem ekzos baharu daripada titanium dengan empat paip di tengah. Sayap belakang Longtail aktif berfungsi menyalur keluar udara panas dari ruang enjin, manakala brek udara mengoptimumkan daya seretan.

4. PENGENDALIAN DINAMIK

Kuasa tinggi mesti dipadankan bahagian roda terbaik. Justeru, McLaren memilih set rim aloi ultra-ringan 20 inci 10 jejari dengan tayar Pirelli P Zero Trofeo R. Sistem brek menggunakan cakera seramik dan kaliper brek McLaren Senna.

Sistem suspensi ditala semula dengan penggunaan spring dan absorber serba baharu untuk merendah bahagian depan dan bunga tayar dilebarkan. Sistem Proactive Chassis Control II memantapkan pengendalian dan kawalan, manakala nisbah sistem stereng ditala supaya lepas tangkas, dan bar torsi lebih keras.

BACA >>> Atuk 78 Tahun Lenjan McLaren 720S Spider Penuh Skil

5. KABIN ALA KERETA LUMBA

 765LT membuktikan supercar mampu dipandu dengan selamat di jalan raya awam. Bentangan kabin mirip 720S dengan susun atur kelengkapan diubah suai, tetapi masih identik dengan model saudara itu. Kemasan gentian karbon boleh dilihat pada papan pemuka, stereng, panel pintu, kerusi, pilar-A dan bumbung.

Kerusi buket juga nampak sama seperti  jentera lumba 720S GT3 yang berentap di peringkat antarabangsa. Malah bahagian lantai menggunakan elemen gentian karbon. Bagaimanapun, model ini tiada kawalan penyaman udara.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
BACA >>> #Videotomotif: Siapa Tapau Siapa? Honda CBR1000RR vs Supercar vs Kereta F1

GALERI
autoterkini McLaren McLaren 720S McLaren 765LT McLaren Kuala Lumpur Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.