Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Supercar Hibrid Konvertibel, Ferrari 296 GTS (2022) Kini di Malaysia, Harga RM1.4 Juta!
Roda4

Supercar Hibrid Konvertibel, Ferrari 296 GTS (2022) Kini di Malaysia, Harga RM1.4 Juta!

Han OthmanBy Han Othman07/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGIMPORT dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia, Naza Italia melancarkan model hibrid 296 GTS (2022), juga pertama di Asia Tenggara, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hanya beberapa bulan selepas debut April tahun ini.

Model elektrik ini dijual pada harga RM1,448,000, tidak termasuk duti, opsyen kustom, cukai dan insurans.

BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Polis Kenal Pasti, Buru Pemilik Ferrari Samseng Belasah Pemandu X70

296 GTS (2022) ialah evolusi terbaharu model dua kerusi dengan enjin tengah belakang (mid-rear engine) Berlinetta Spider, bersama 296 GTB dalam menetapkan konsep keseronokan yang tidak hanya pada kelajuan, tetapi juga pemanduan harian.

Berikut perincian mengenai  296 GTS (2022):

  • Dijana enjin 663hp, 120° pV6 dengan motor elektrik dan output kuasa lebih 122kW (163hp) yang kali pertama diperkenalkan pada 296 GTB.
  • Inilah enjin 6-silinder pertama yang dipasangkan pada model Spider dengan output kuasa penuh 830hp untuk tahap prestasi luar biasa dengan inovasi, pecutan dan bunyi unik.

Pengarah Urusan Ferrari Malaysia, Naza Italia, Damien Woo berkata;

Versi konvertibel kereta jalanan 6-silinder pertama Ferrari memberikan keseronokan ke satu tahap lebih tinggi.

“Digayakan semula secara halus untuk model bumbung buka, 296 GTS menambah sensasi kebebasan kepada keseronokan setiap perjalanan. Dengan 296 GTS, kita dapat menikmatik hasil penerokaan Ferrari dalam teknologi elektrik, dan juga ada kemampuan untuk memanfaatkan sepenuhnya cuaca dan mood, termasuk memaksimumkan keseronokan memandu.”

Presiden Ferrari Timur Jauh dan Hab Timur Tengah , Dieter Knechtel berkata;

Ini jelas menunjukkan kuasa hibrid dan elektrik ialah jalan ke depan, dan Ferrari sudah banyak melabur dalam memacu jenama berkenaan.

“Pertimbangan utama adalah menggabungkan teknologi generasi masa depan tanpa berkompromi dengan kuasa dan mengekalkan penglibatan pemandu. 296 GTS dihasilkan untuk prestasi menngujakan dengan konsep ‘fun-to-drive’ dalam rekabentuk ditampilkan.”

  • Nama kereta menggabungkan sesaran kereta 2992cc, dan nombor silinder (6) dengan akronim ‘GTS’ untuk ‘Gran Turismo Spider’.
  • Trenkuasa digunakan menandakan era pembuatan enjin V6 baharu  dalam sejarah 75 tahun Ferrari.
  • Ferrari pertama enjin V6 dengan arkitektur 65º melakukan debut pada model kerusi tunggal 1957 1500cc Dino 156 F2 (1957).
  • Ia kemudian disusuli model 1958 dengan enjin depan dalam versi sesaran lebih besar, iaitu 196 S dan 296 S, serta model Formula Satu (F1) 246 F1 yang dikuasakan Mike Hawthorn untuk pelumba merebut gelaran juara F1 pada tahun sama.
  • Sistem hibrid plug-in (PHEV) 296 GTS menjamin praktikaliti dan memintas masa respons pedal kepada sifar, serta jarak pemanduan 25km dalam mod elektrik penuh, e-Drive.
  • Dimensi kompak, pengenalan sistem kawalan dinamik inovatif, dan ciri aero dipertingkat memastikan pemandu kagum dengan ketangkasan dan tahap responsif luar biasa.
  • Rekabentuk sporty dan berlekuk dengan dimensi sangat kompak turut memberikan gaya moden unik. Ia mengingatkan kepada 250 LM (1963) yang cukup sempurna dalam menggabungkan kesederhanaan dan fungsionaliti.

  • Bumbung RHT (retractable hard top) memberikan keselesaan terbaik dengan rekabentuk slik dan sporty. Ia mengambil masa 14 saat untuk dibuka pada kelajuan 45kmj.
  • Juga terdapat dalam pakej Assetto Fiorano, yang termasuk ciri ringan dan modifikasi aero.
  • 296 GTS ialah Ferrari Spider jalanan pertama dipasangkan enjin V6 Turbo  dengan sudut bank silinder 120º dan digandingkan bersama motor elektrik plug-in.

  • Transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan dan E-Diff. Klac MGU-K terletak antara enjin dan kotak gear yang disetkan antara enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik yang akan dipisahkan ketika menggunakan mo eDrive.
  • Motor elektrik dikuasakan bateri voltan tinggi dan inverter.
  • Setiap pembelian diberikan pakej Program Penyenggaraan Tulen 7 Tahun dengan servis berkala setiap 20,000km, atau setahun sekali, tanpa had perbatuan. Pakej waranti ini sah seluruh dunia.
SPESIFIKASI 296 GTS (2022)

ENJIN: 2,992cc V6 Turbo 120°
KUASA ENJIN ICE*: 663hp
KUASA SISTEM HIBRID**: 610kW (830hp) @ 8,000rpm
TORK: 740Nm @ 6250rpm
TRANSMISI: F1 DCT 8-kelajuan
REV MAKSIMUM: 8,500rpm
NISBAH MAMPATAN: 9.4:1
KAPASITI BATERI VOLTAN TINGGI: 7.45kWh
DIMENSIONS: panjang 4,565mm, lebar 1,958 mm, tinggi 1,191 mm
JARAK RODA: 2,600 mm
BERAT KERING*** 1,540kg
KAPASITI TANGKI MINYAK: 65 liter
RODA: 245/35 ZR 20 J9.0 (depan), 305/35 ZR 20 J11.0 (belakang)
KAWALAN ELEKTRONIK: eSSC: eTC, eDiff, SCM, FDE2.0, EPS, ABS Evo, 6w-CDS; ABS/EBD prestasi tinggi dengan pemulihan energi
KELAJUAN MAKSIMUM: 330kmj; 0-100kmj – 2.9 saat; 0-200kmj – 7.6 saat

* dengan petrol RON98
** dengan eManettino dalam mod Qualify
*** dengan konten pilihan ringan

 

Auto Terkini Ferrari 296 GTS (2022) Ferrari Naza Italia Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.