Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Super KIP Dah Tak Super, Datuk Razlan Kecewa Prestasi Hambar
Auto Terkini

Super KIP Dah Tak Super, Datuk Razlan Kecewa Prestasi Hambar

AryonBy Aryon07/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRESTASI hambar ditunjukkan pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi dalam aksi Kejuaraan MotoGP 2020 nyata mengecewakan prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali.

Beliau dipetik Astro Awani berkata;

“Ini satu topik sensitif. Saya akan dikecam sekali lagi tetapi secara jujurnya, pelumba kita jika dibandingkan dengan pelumba di Eropah daripada segi latihan dan sikap memang ada perbezaannya.

“Kalau saya berbual contohnya dengan Khairul Idham, dia pastinya akan cakap dia bersemangat tinggi, tidak mungkin dia akan cakap tidak tinggi.

“Di litar, menerusi kajian data sebelum dan selepas perlumbaan, catatan Xavi Vierge misalnya sememangnya membuktikan bahawa dia giat menjalani latihan.”

Razlan juga kecewa kerana Khairul Idham memilih untuk mengikuti latihan berbasikal bersama pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah sedangkan pasukannya sudah menyediakan program latihan di bawah kendalian Aleix Santacreu.

Sebaliknya, pelumba asal Perak itu memilih untuk tidak menyertai  latihan motosikal bersama pelumba seperti Fabio Quartararo, Vierge dan John McPhee.

Apa yang membimbangkan, prestasi hambar ditunjukkan Khairul Idham hanya akan menyukarkan masa depannya bersama SRT ketika perlumbaan cuma berbaki enam pusingan lagi.

Razlan berkata lagi;

Dalam pusingan pertama dan kedua di litar sama, kami beri ‘potongan harga’ (beri muka), (apatah lagi) dia cakap tiada masalah langsung. Jadi kami mengharapkan kebangkitannya dalam pusingan kedua, juga kami tidak nampak.

“Begitu juga di litar kegemarannya di Sepanyol (dua minggu lalu), jadi tidak tahu berapa lama kami akan gunakan alasan keadaan jarinya.

“Saya sudah di tahap kecewa kerana dia menamatkan perlumbaan di tempat terakhir. Dia mengadu menghadapi masalah dengan jentera tetapi kenapa dalam sesi pemanas badan dan kelayakan.

“Sebab itulah saya agak keliru kerana kenapa dia tidak bertindak mengatasinya sebelum perlumbaan sebenar.”

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Hafizh Syahrin Abdullah Khairul Idham Pawi Moto3 MotoGP Petronas Yamaha SRT Super KIP
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Protected: iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.