Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sumber JPJ Jawab: No Plat BRC Memang Ada dalam Rekod, Dapat Secara ‘Advance’
Auto Terkini

Sumber JPJ Jawab: No Plat BRC Memang Ada dalam Rekod, Dapat Secara ‘Advance’

FarahBy Farah18/02/20225 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TULAR di media sosial gambar Proton X70 dengan nombor pendaftaran BRC yang masih belum dibuka kepada orang awam. Isu tersebut mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan netizen menyangka itu kereta curi atau menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menjawab isu tersebut, sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan nombor pendaftaran itu sah dan ada dalam rekod agensi Kerajaan tersebut.

Ya, ia bukan pun kereta curi yang dilaporkan hilang atau pun nombor plat palsu konon digunakan pihak ter­tentu tetapi BRC itu memang dia dapat secara advance,” katanya kepada Utusan.

Namun sumber berkenaan enggan mengulas bagaimana pemilik tersebut dapat mendaftarkan nombor pendaftaran itu lebih awal, atau secara advance. Ini kerana nombor pendaftaran kenderaan awal diperoleh adalah tertakluk kepada pertimbangan khas JPJ dengan mengambil kira pelbagai sebab.

Hasil semakan JPJ, kenderaan itu dimiliki lelaki warga tempatan dari Melaka dengan cukai jalan tamat awal tahun depan.

Terdahulu, tular di media sosial pengguna merakam kenderaan nombor pendaftaran BRC di ibu kota hingga mencetuskan persoalan mengenaisiri plat negeri Selangor itu yang baru saja melepasi huruf BQU. Malah, awal Februari lalu tular mengenai kontroversi nombor pendaftaran BRA, yang dikatakan berbunyi seksis, dan dijangka mula dibida awal Mei nanti.

BACA>>> Mana Ada Seksis! JPJ Kekal Teruskan Bidaan Nombor Pendaftaran BRA
BACA>>> JPJ Beri Izin Lapor Jika Nampak Ada Kenderaan Guna Nombor Plat ‘Fancy’

SUMBER: Mykmu.net

BRC Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ nombor pendaftaran Nombor Pendaftaran 'Advance' Nombor Plat BRC Proton X70
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026

    5 Comments

    1. Ambo on 20/02/2022 10:27

      Biaselah boleh nombor advance ni terutama kalau X70 ni kereta jawatan JUSA dalam perkhidmatan awam.

      Kena pulak contact baik dgn JPJ..biasenya Pengarah JPJ negeri boleh buat keputusan..

      Reply
    2. Prince Pork on 20/02/2022 20:54

      Atok dia dpt secara advance..ada cable kuat..boleh la dpt..double standard punya jpjamban..lahanat dier..

      Reply
    3. Yaya on 21/02/2022 06:30

      Ada duit suma boleh beli termasuk undang2 😌

      Reply
    4. Fadli on 21/02/2022 13:03

      Korang pernah dengar tak tentang bidaan no plate secara dlm talian??? Atau dlm apps korang punya handphone tu di panggil
      ‘JPJ-ebid’!!! Kat situ lah diorang beli secara bidaan.. Tak perlu tggu running number.. Dia akan keluar plate yg advance ke depan.. Paham!!!!

      Reply
    5. Halim on 21/02/2022 18:19

      Ko pg bukak JPJ ebid skrg. Apa no plate yg diorg bukak skrg? Dh smpi BRC ke? Klu ko boleh dpt, belikn aku satu

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.