Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru WRX & WRX STI (2018) – Prestasi Dipertingkat, Rupa Lebih Segar
Roda4

Subaru WRX & WRX STI (2018) – Prestasi Dipertingkat, Rupa Lebih Segar

Han OthmanBy Han Othman07/01/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

subaru-wrx-dan-wrx-sti-bg
SUBARU WRX dan WRX STI 2018 muncul dengan rupa luaran baharu yang lebih segar dan lembut, serta ditambah beberapa pembaharuan prestasi. Bermula luaran, bukaan gril bawah kedua-dua model diperbesarkan dengan ekstra trim hitam untuk rupa lebih agresif.

Trim hitam pada gril tengah bawah yang memanjang sepanjang bawah bampar sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang Mitsubishi Evo. Varian WRX Limited dan semua model STI diserikan dengan ciri lampu depan LED, manakala STI dikemaskan dengan rim 19-inci yang lebih sporty.

Ruang dalaman juga menampilkan perubahan halus menerusi skrin besar pada panel instrumen bagi semua model, termasuk kaca pintu tipis dan busa pada turus cermin depan untuk membuatkan kereta lebih senyap. Kedua-dua model – Subaru WRX dan WRX STI – turut didatangkan dengan braket cagak rak bumbung (roof rack mounting bracket), alas tangan baru (arm rest) dengan pemegang cawan.

PAKEJ OPSYEN IKUT CITA RASA

Material dalaman turut dipertingkatkan. Subaru WRX and STI juga menawarkan kerusi boleh laras Recaro 8-tetapan. Sebagai makluman, Recaro ialah ciri standard bagi trim STI paling premium dan opsyen bagi varian standard, serta terdapat dalam pakej khas prestasi WRX Performance.

Selain tambahan kerusi Recaro pada WRX Performance, Subaru turut menaik taraf pad brek dengan kaliper merah. Namun, tiada lagi kehadiran bumbung bulan (moonroof).

BACA >>> Sunroof VS Moonroof – Kenali Perbezaan dan Fungsi Kedua-duanya

Brek pada model STI juga mendapat penambahbaikan menerusi penggunaan brek Brembo dengan kaliper 6-piston di depan dan 2-piston (belakang) berwarna kuning terang yang bekerjasama dengan rotor berlohong bersaiz besar dan pad brek yang juga besar.

Subaru turut menala semula Diferensial Pusat Kawalan Pemandu (DCCD), termasuk sistem suspensi bagi kedua-dua model. Subaru WRX dan WRX STI dijangka menjengah pasaran dunia pada musim bunga, iaitu sekitar Mac tahun ini.

GALERI

SUMBER: Autoblog

Recaro Roda4 Subaru Subaru WRX 2017 Subaru WRX STI 2017
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.