Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru STI S209 (2019) – Model Siri Legenda, Eksklusif untuk Pasaran Amerika
Roda4

Subaru STI S209 (2019) – Model Siri Legenda, Eksklusif untuk Pasaran Amerika

Abang HirataBy Abang Hirata30/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU dan Mitsubishi ialah pengeluar terkenal dalam dunia rali suatu masa lalu yang berentap sengit dengan dua model hebat, Impreza dan Lancer Evolution.

Antara dua model itu, Impreza masih dikeluarkan yang mana peminat jentera prestasi ditawarkan varian WRX atau WRX STI.  Istimewa untuk pengguna Amerika Syarikat (AS), STI S209 ditawarkan khas untuk pasaran negara itu dalam edisi terhad, 209 unit sahaja.

STI S209 dilancarkan subsidiari penuh Subaru Corporation, Subaru Tecnica International (STI) pada September 2019. Model ini ialah S-Line STI pertama dihasilkan eksklusif untuk pasaran AS.

Sebagai siri S-Line, model ini dipertingkat dari segi kuasa, pengendalian, aerodinamik dan penglibatan pemandu dengan pemasangan terakhir di Kiryu, Jepun. Proses modifikasi enjin dan badan STI S209 dibuat di sana yang perlu melepasi homologasi pasaran AS, sekali gus menjadikan model itu sebagai produk STI pertama dijual di negara itu.

S209 membawa tradisi prestasi tinggi model STI terdahulu, khas untuk pasaran Jepun, bermula S201 (2000) hingga S208 (2018). Berikut ciri STI S209 (2019):

BACA >>> Subaru STI Rai Ulang Tahun ke-30 – Antara Divisyen Prestasi Paling Digeruni

PRESTASI TRENKUASA

  • Enjin boxer EJ25 2.5L Turbo berkuasa 341hp @ 6,400rpm dengan turbin dan kompresor lebih besar.
  • Tekanan pendesak (boost) maksimum dipertingkat kepada 18.9psi (16.2 psi untuk WRX STI).
  • Peningkatan tork pada julat sederhana, 447Nm @ 3,600 rpm. Lebih pantas ketika keluar selekoh apabila memandu di trek.
  • Sistem ambilan (intake) aliran tinggi dengan salur masukan baharu, kotak induksi dengan penapis udara kon, salur inlet turbo silikon.
  • Sistem semburan air untuk intercooler kawalan manual melalui pedal stereng.
  • Lebih udara bermakna lebih bahan api. Mengunakan pam minyak (fuel pump) aliran tinggi, injektor minyak lebih besar dan modul kawalan enjin talaan STI.
  • Peredam ekzos prestasi tinggi dengan 17 peratus kurang rintangan aliran udara. Paip ekzos diameter 101mm.
  • Transmisi 6-kelajuan nisbah pendek (short ratio).
  • Sistem pacuan empat roda Subaru Symmetrical All-Wheel Drive sepenuh masa dengan diferensial gelincir terhad (LSD) depan/belakang.
  • Diferensial Pusat Kawalan Pemandu (Driver Controlled Center Differential, DCCD), Pemvektoran Tork Aktif (Active Torque Vectoring, ATV) dan Kawalan Dinamik Kenderaan Multi-Mod (Multi-Mode Vehicle Dynamics Control, MMVDC).
  • Sistem SI-Drive dipertingkat dengan tiga mod pemanduan: Intelligent (I), Sport (S) dan Sport Sharp (S#).

PENGENDALIAN

  • Suspensi khas Bilstein®, spring koil lebih keras, stabiliser 20mm.
  • Sesendal (bushing) jenis pillow untuk pautan lateral (lateral links) depan dan belakang.
  • Crossmember dan subfrem diperkuat.
  • Bar tower depan fleksibel dan draw stiffenerfleksibel (depan, belakang).
  • Bar tower depan dipisahkan dan disambung menggunakan bebola pillow di tengah.
  • Tayar 265/35 Dunlop® SP Sport Maxx GT600A untuk musim panas sahaja.
  • Tayar baharu Dunlop dibangunkan khas untuk S209.
  • Rim aloi BBS 19×9.
  • Brek cakera tebuk-silang (cross-drilled) Brembo. Kaliper brek 6-piston monoblok di depan dan 2-piston monoblok di belakang.
  • Pad brek geseran tinggi.

KIT BADAN

  • Spoiler bawah depan, belakang dan tepi.
  • Sirip (canard) bampar depan dan panel bumbung gentian karbon.
  • Sayap belakang.
  • Kit lebar badan dengan tambahan ukuran baharu 72.4 inci, 1.7 inci lebih lebar daripada WRX standard.
  • Fender lebar sepadan dengan tayar depan belakang atau tambahan 0.6 inci.

BAHAGIAN DALAMAN

  • Stereng bentuk D dengan balutan Ultrasuede dan sulaman warna perak.
  • Kerusi buket Recaro.
  • Logo S209 pada perehat lengan dan kerusi.
  • Nombor siri konsol tengah.

BACA >>> Subaru Levorg Prototype STI Sport Sambung Legasi Wagon Boxer Prestasi Tinggi

GALERI
STI Subaru Subaru STI S209 Subaru STI S209 (2019) Subaru Technica International (STI)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.