Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Streetfighter Edisi Khas, Ducati Diavel for Bentley Ini Ada 500 + 50 Unit Sahaja, Harga RM340k
Roda2

Streetfighter Edisi Khas, Ducati Diavel for Bentley Ini Ada 500 + 50 Unit Sahaja, Harga RM340k

Abang HirataBy Abang Hirata02/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBIASAANNYA Ducati dan Lamborghini saling bekerjasama dalam mengeluarkan model khas. Kali ini Ducati dan Bentley pula menawarkan 500 unit edisi terhad Ducati Diavel for Bentley.

Ducati, Bentley, Audi dan Lamborghini berada dalam Progressive Brand Group bawah Volkswagen Group.

Motosikal edisi terhad itu dibina berasaskan Diavel V4 dengan membawa karakter Bentley Batur (foto atas) yang dibuat 18 unit sahaja. Selain 500 unit, ada 50 unit tambahan yang lebih istimewa yang dikhaskan kepada pelanggan Bentley.

Batur ialah kereta pengeluaran Bentley paling berkuasa setakat ini dengan enjin W12 6.0L turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 738hp (740ps).

Rekabentuk Batur membayangkan gaya baharu Bentley yang mana 18 unit model itu mendapat sentuhan tangan Mulliner, iaitu pengeluar koc paling lama dunia dan juga divisyen tempahan khas Bentley.

Pusat Penggayaan Ducati bekerjasama dengan pasukan pereka Bentley bagi menghasilkan rekabentuk baharu Diavel V4 yang diilhamkan daripada Batur.

Nampak sama, tetapi edisi khas tersebut berbeza daripada Diavel V4 yang dapat dilihat menerusi rekabentuk melintang pada bahagian sisi diilhamkan daripada Batur berbanding gaya melengkung motosikal asal (foto atas kanan).

Warna Scarab Green (hijau) menaikkan seri dan sisi berbeza Diavel V4. Tidak hanya permainan warna, banyak ciri Diavel seperti rim dibuat seperti Batur dalam warna Dark Titanium Satin dan kemasan mesin.

Saluran kemasukan udara sisi dibuat seperti gril depan yang menjadi ciri paling menonjol Batur. Madgad depan, reraut dan pandangan atas dari tangki mengingatkan kepada tulang tengah tukup enjin.

Ekor motosikal yang boleh diganti, manakala pelana pembonceng mengambil gaya belakang Batur. Ciri badan dibuat daripada gentian karbon kualiti tinggi seperti dapra, panel sisi, pelindung lampu depan dan ekzos dan kekisi radiator.

Pelana dibalut Alcantara hitam diilhamkan daripada kabin kereta dalam fabrik merah seperti kerusi Batur dan sulaman logo Bentley.

Paip ekzos kembar dan penutup direka semula supaya sepadan garis badan motosikal. Tiada lagi muncung ekzos seperti empat laras senapang keluar dari sisi.

Ducati Diavel for Bentley kekal dengan enjin 1,158cc V4 Granturismo yang menghasilkan kuasa 168hp.

Diavel for Bentley Mulliner yang dibuat 50 unit untuk pelanggan Mulliner pula boleh dikustom warna pelana, kaliper brek depan, perkakasan gentian karbon dan rim.

Pelanggan juga boleh memesan warna sama seperti Bentley dimiliki untuk set badan, atau satu daripada warna khas dalam koleksi pereka Mulliner.

Selain perkakasan istimewa disebutkan, sama seperti model khas Ducati, pemilik Diavel for Bentley akan menerima sijil ketulenan, pelana pembonceng dan penutup motosikal.

Nama model dan nombor pengeluaran dicetak pada plat dan dipasang pada panel sisi motosikal. Panel meter dan lampu LED matriks belakang memainkan animasi khas apabila kunci dipulas.

Setiap motosikal Diavel for Bentley akan dihantar dalam kotak kayu buatan khas. Seperkara istimewa, kerjasama sesama dua pengeluar itu melahirkan koleksi khas Capsule Collection untuk pemilik seperti helmet dan jaket dalam jumlah terhad dengan skema warna seperti motosikal.

Harga Ducati Diavel for Bentley bermula £58,000 (RM340,550).

Ducati Diavel for Bentley
Ducati Diavel
Auto Terkini Bentley Ducati Ducati Diavel Ducati Diavel for Bentley roda2 streetfighter Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.