Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat
Auto Terkini

Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CASEY Stoner berpendapat keputusan Valentino Rossi untuk pergi ke pasukan Petronas Yamaha SRT akan memberi kesan ke atas karier pelumba itu.

Menurutnya, Rossi akan meninggalkan legasi besar jika komited mengundurkan diri dan bukan merelakan diri diturunkan pangkat ke pasukan satelit Yamaha. Difahamkan Rossi akan mengesahkan status mengenai masa depannya dalam MotoGP secara rasmi sebelum aksi pusingan pertama kelas premier MotoGP 2020 bermula di Jerez.

Jika ke Petronas Yamaha SRT, itu adalah kali pertama Rossi melakukannya sepanjang karier beliau sebagai pelumba kelas premier.

BACA >>> Rossi: Dulu Ramai Cakap Menang Sebab Honda, Jadi Aku Pindah ke Yamaha

Namun menariknya, itu juga kali pertama pelumba pasukan satelit diberikan jentera dan kru yang sama seperti pasukan pengilang. Rossi masih akan menerima jentera yang setanding pelumba utama Yamaha, Maverick Vinales dan penggantinya, Fabio Quartararo. Semua spesifikasi adalah sama kecuali skema warna.

Namun bagi Stoner, perpindahan Rossi ke Petronas SRT tetap seperti ‘turun pangkat’ kerana ia berlaku daripada tindakan Yamaha dan bukan Rossi sendiri yang membuat keputusan dan menetapkan syarat.

Stoner berkata;

Aku percaya jika dia tinggalkan sukan awal sikit, dia akan tinggalkan legasi. Namun, dia sekarang menunjukkan dirinya dikalahkan dan sangat kecewa melihat seorang yang sebelum ini jadi rebutan pasukan dan sangat bertuah memilikinya, tapi kini turun ke pasukan satelit.”

Kemerosotan penampilan Rossi seiring dengan aksi di luar jangkaan ditunjukkan Quartararo ketika melakukan debut MotoGP 2019. Dengan enam grid depan dan tujuh podium, status pelumba Perancis itu sebagai calon juara dunia masa depan memaksa Yamaha bertindak pantas merekrutnya sebagai pelumba pasukanpengilang.

Namun,  Stoner tetap masih percaya bahawa Rossi adalah antara elit MotoGP kerana berpeluang besar untuk mencatat kejayaan bersama pasukan muda Malaysia.

“Aku rasa Valentino masih ada potensi untuk dapat beberapa keputusan hebat dan mungkin dapat beberapa kemenangan pada masa depan, tak ragu-ragu lagi. Kau tidak hanya kehilangannya. Sangat sedih bila tengok dia tak lagi bagi ancaman untuk podium macam dulu-dulu.”

BACA >>> Yamaha Bersedia Pasangkan Enjin Turbo untuk Barisan Motosikal Baharu?
BACA >>> Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Casey Stoner MotoGP roda2 sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Hs Vinales on 17/07/2020 07:26

      Lagi malu bersara awal. Tak boleh fight sampai umur 40.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.