Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SST Sah Dilaksana 1 September 2018 – Adakah Harga Kereta Akan Naik?
Auto Terkini

SST Sah Dilaksana 1 September 2018 – Adakah Harga Kereta Akan Naik?

Abang GYLBy Abang GYL31/05/201832 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji proton persona 2016
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media menyatakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 September 2018.

Pengenalan semula SST itu ialah bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan daripada 6 peratus kepada sifar peratus bermula 1 Jun ini (esok).

BACA >>> Inilah Masa Terbaik Anda Beli Proton – Tiada GST, Diskaun RM15k, 3 Bulan Ansuran Percuma!

SST 10 PERATUS

Kadar SST yang bakal diperkenalkan semula akan kekal pada 10 peratus. Secara logiknya, pengenalan semula SST mungkin akan membuat harga kenderaan meningkat berbanding GST 6 peratus yang dikenakan sebelum ini.

Ya, mengikut perkiraan secara kasar harga kenderaan pasti akan naik. Lagipun kenderaan termasuk dalam klasifikasi barangan mewah.

Namun, pengiraannya tidaklah semudah 10 tolak 6. Jika mahu memastikan harga kenderaan terus murah, Kerajaan perlu memastikan SST lebih rendah berbanding kadar GST. Dalam erti lain, kadar SST perlu di bawah 6 peratus.

BACA >>> Inilah Harga Baharu Honda Tanpa GST Bermula 1 Jun – Turun Hingga RM18k

Harga Nissan Tanpa GST
Harga Kia Tanpa GST
Harga Baharu Yamaha Tanpa GST

PENGELUAR MULA TURUN HARGA SELEPAS SIFAR GST

Sejak Kerajaan mengumumkan kadar GST diturunkan kepada sifar, majoriti pengeluar kereta dan motosikal mengeluarkan harga baharu bagi produk masing-masing. Serentak itu, harga jualan sama ada kereta atau motosikal menunjukkan penurunan.

Walaupun hanya 6 peratus, tetapi jumlah penurunan agak ketara. Bermula serendah ratusan ringgit, hingga puluhan ribu ringgi. Jadi sementara masih berbaki tiga bulan lagi sebelum pelaksanaan SST, inilah masa terbaik anda memiliki kereta idaman pada harga terendah.

Tunggu apa lagi, serbulah ke mana-mana bilik pameran kereta sekarang. Kami turut difahamkan pengeluar kereta kini sedang giat melancarkan kempen sempena Hari Raya Aidilfitri.

BACA >>> Harga Baharu Yamaha Tanpa GST Diumumkan – Turun Hingga RM3k

10 peratus SST beza GST dan SST cukai GST cukai SST GST harga kereta harga motosikal sifar gst SST Tun M Tun Mahathir Mohamad
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026

    32 Comments

    1. prabudheva on 21/07/2018 04:42

      saya book kereta pada may 2018 dan loan dah approved (zero GST ),bagaimana sekiranya kereta dpat pada bulan September ,adakah saya kena bayar lebih untuk cukai SST ?

      Reply
      • ABG GYL on 27/07/2018 21:24

        Tidak perlu.

        Reply
    2. Azry on 24/08/2018 11:15

      Loan saya dah approve pada bulan ogos dan kereta dijangka dapat pada bulan September..adakah saya perlu menambah bayaran untuk Sst??

      Reply
      • AO on 25/08/2018 09:24

        Tak perlu sebab daftar dan perjanjian bulan September

        Reply
        • man on 12/11/2018 23:17

          siapa kata tak perlu? Skg terkena jugak harga SST. tambah lagi rm1500

          Reply
    3. Puteri Norsyahida on 26/08/2018 12:54

      Loan kereta dah approved tapi belum sign apa2 sbb salesman suruh sign lepas kereta dah ada. Kalau saya nak ikut harga sebelum sst, saya kena sign agreement before 1 sept ke?

      Reply
      • ABG GYL on 26/08/2018 23:50

        Ya, lebih selamat. tapi minta advise salesman juga.

        Reply
      • Ucu84 on 27/08/2018 12:36

        Syahida, kes saya mcm kes awk juga loan approve ogos tp salesman kata sign agreement jika kereta dah ada. Awk dah sign agreement ke belum? Mohon emel saya nk share info.
        salasiaharip@yahoo.com

        Reply
    4. EL on 27/08/2018 07:39

      Loan dengan bank dah tanda tangan, hire purchase dengan dealer pun dah tanda tangan, cuma kereta dijangka akan dapat pada awal bulan september. Tiada sebarang penambahan Sst yang akan dikenakan bukan ? memandangkan hire purchase dan depo telah dibuat sebelum september. Adakah betul?

      Reply
      • ABG GYL on 27/08/2018 12:48

        Betul sebetul betulnya

        Reply
    5. Saiful on 27/08/2018 11:12

      Saya sign agreement dgn bank pada 23 ogos.​ Jika kereta keluar bulan 9, agreement yg tu tadi dikira batal (kne ikut sst) x?

      Reply
      • ABG GYL on 27/08/2018 12:47

        Tidak. akan dikira loan yang telah disign

        Reply
        • abdul rahman on 12/11/2018 23:20

          sekarang dah bulan 11 masih menunggu kereta. Bank telefon suruh sign new LOU. Harga baharu .kena tambah lagi RM1500 SST. Apecer?

          Reply
    6. anim on 28/08/2018 12:27

      betul ke x dikenakan harga baru sst? sy tye salesman kata walau sign loan aggrement sblm sst, tapi terima kereta ikut harga pasaran masa terima kereta.. jd kena byr lebihan perbezaan lg dr loan approval amount.. pening dah xtau mane yg betul..

      Reply
      • hazira on 29/08/2018 12:45

        saya pun perlukan penjelasan perkara yg sama.. loan bank dah sign awal ogos aritu.. tapi kereta yang nk lum dapat. kene tunggu…salesman ckp deposit byr lpas kereta sampai….kalu kereta sampai bln september adakah harga kene byr berubah ikut sst???

        Reply
      • naz on 30/08/2018 14:11

        sama salesman pun ckap mcmtu pada saya

        Reply
    7. hazira on 29/08/2018 12:43

      saya pun perlukan penjelasan perkara yg sama.. loan bank dah sign awal ogos aritu.. tapi kereta yang nk lum dapat. kene tunggu…salesman ckp deposit byr lpas kereta sampai….kalu kereta sampai bln september adakah harga kene byr berubah ikut sst???

      Reply
    8. Azmi on 29/08/2018 18:13

      saya nak beli yamaha Y150zr..cc rendah masih dikenakan SST? atau hanya cc250 ke atas shaja?

      Reply
      • ABG GYL on 29/08/2018 22:56

        Motosikal bawah 250cc tidak akan dikenakan SST. Bagaimanapun, sesetengah part yang diimport masuk ke Malaysia akan dikenakan SST.

        Reply
    9. Azny on 29/08/2018 22:03

      Loan tk akn berubah if dah sign agreement dgn bank sblum sept…tp saya risau bila kereta smp salesman minta tambah deposit bila sst mula..bolehke mcm ni??

      Reply
    10. King Kong on 30/08/2018 19:11

      Saya dah book kereta bulan Julai 2018. Loan Public bank & Affin bank dah lulus tapi nak tunggu approval dari RHB Bank. RHB dah hantar awal bulan Ogos tapi sampai sekarang tak proses lagi. Lembap betul. Kereta dah ada tapi hold sebab tunggu loan RHB. Kalau loan lulus bulan September maknanya saya akan dikenakan SST la ye?

      Reply
    11. Idaman on 31/08/2018 11:43

      Kalau book saja bulan july tapi loan x apply lagi kira harga sst ka

      Reply
      • ABG GYL on 31/08/2018 16:49

        Betul

        Reply
    12. Ezzat on 01/09/2018 20:25

      Saya nak beli smartphone baru,adakah dikenakan sst? kalau kena,brapa %?

      Reply
    13. MYRA on 02/09/2018 09:35

      Sy booking kereta julai lg smpai skg masih belum dpt jwpn apa2 dr phk salemen, disbbkn terlalu lama tnggu loan proses sy dan suami kol bank salemen kta tmpt loan kami diproses, tp malangnya bank ckp loan kami tak disubmit lg oleh pihak salemen… bila kol salemen depa kta akan bg kptsn awl sept so dlm 3&4hb sst dh mula time tu… bg pdngn saya dan suami mcm kami dh dianiaya oleh phk salemen utk hold loan kami sampai sst bermula…. sy dh suami dh nekad utk minta blik deposit dan cancel utk proceed sbb dr julai booking…

      Reply
      • shira on 05/09/2018 14:53

        suami sy buat loan beli moto mt09 pd 4/8,loan approve pd 9/8..tpi kata salesman moto belum ada stok. kalau moto sampai bulan 9,adakah kene sst? kedai moto kata loan x berubah,cuma kena byr 10% pd kedai moto..iaitu 4500.. dorg kata pihak aeon credit yg suruh cmtu..bila sy call sendiri aeon credit,dorg kata loan suami sy xperlu sst..dan xperlu byr kedai.. sy pelikk.. mcm 1 penganiayaan.. kat mana sy nak buat report ye? call custom x jwb2 .. haihh..

        Reply
    14. Abdul karim on 02/09/2018 12:08

      Sye hendak beli motor y15zr adakah kenderaan tersebut akan dikenakan sst jgak?

      Reply
    15. Sitinorhaida harun on 03/09/2018 11:11

      Saya da book kereta bulan 7@8 tahun ney,bank da approve tanggal 30/8.jadi kena SSt ka juga??? Salesman cakap kena juga ikut harga SST..

      Reply
    16. Lina on 15/09/2018 10:59

      Suami saya sudah sign agreement dan bayar downpayment pada bulan julai. Cuma mahu tunggu kereta keluar sahaja. Tetapi pihak perodua suruh bayar rm958 kerana perlaksanaan sst dan agreement baru. Apa yg perlu saya buat sedangkan sudah sign agreement lama dan bayar?

      Reply
      • mala on 19/09/2018 21:07

        sy pun hadapi masalah yg sama.sdgkan sign agreement , approved loan hujung ogos.smpai harini belum dot kereta Dan ptg td dia kata Kenna tmbah deposit. aduyai.sblm ni ckp ikut hga sblm sst.

        Reply
      • abdul rahman on 12/11/2018 23:24

        sy hadapi benda ynag sama. apa perlu buat ye?

        Reply
    17. tulahpasal on 29/10/2018 21:32

      adakah bayaran bulanan akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.