Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Yamaha NVX (2021) Dikesan di Malaysia, Perubahan Sama Seperti Aerox 155 Connected?
Auto Terkini

#Spyshot: Yamaha NVX (2021) Dikesan di Malaysia, Perubahan Sama Seperti Aerox 155 Connected?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA NVX 155
mula dilancarkan di Malaysia pada 2016. Hendak dijadikan cerita, disebabkan mendedahkan foto intip dan tarikh pelancaran rasmi model tersebut, kami langsung diboikot Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Selepas beberapa tahun, barulah hubungan kami dengan wakil pengedar jenama Yamaha di Malaysia itu bertaut kembali. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Terbaharu daripada blog Arena Motosikal, bocor foto intip NVX 155 (2021) sedang menjalani ujian enduran di jalan raya tempatan sekitar Selayang, Selangor penghujung tahun lalu.

Di Indonesia pula, negara itu baru saja melancarkan Aerox 155 Connected pada November tahun lalu, membabitkan kemas kini kosmetik, manakala. pasaran tempatan menerima kemas kini warna baharu NVX (2020) pada Februari 2019.

KEMASAN BADAN BAHARU?

Tidak banyak perubahan dapat dikesan pada foto intip berkenaan kerana imej yang gelap dan kabur. Jika Aerox Connected 155 menerima suspensi belakang dengan subtangki, Malaysia pula sebenarnya sudah lebih awal memperkenalkan ciri tersebut.

Jadi NVX 155 itu mungkin menerima pembaharuan kosmetik jika melihat garis badan skuter tersebut. Apa dapat dilihat ialah rim emas yang berbeza berbanding model sedia ada dengan rim hitam (NVX merah di sebelah).

Berdasarkan pemerhatian kasar, penampilan bahagian depan sedikit berbeza, seakan Aerox 155 Connected yang mengetengahkan DNA Super Sport dengan fairing aerodinamik. Sistem lampu NVX jenis LED dengan rekaan lebih tajam dan lebar berserta lampu siang (DRL).

Ujian enduran biasanya dilakukukan apabila melibatkan perubahan mekanikal. Mungkinkah HLYM melakukan perubahan talaan enjin? Sebagai makluman, trenkuasa NVX menggunakan enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi VVA berkuasa 14hp @ 8,000rpm dan tork 13.8Nm@ 6,500rpm.

Mungkinkah saiz tangki minyak dipertingkat daripada 4.6 liter kepada 5.5 liter, seperti Aerox 155 Connected (foto atas)? Kami jangka, kluster instrumen juga berubah seperti versi negara jiram itu dengan paparan LCD digital penuh yang moden dan informatif.

Apa yang pasti, NVX 155 merah di sebelah ialah model sedia ada (foto atas) jika dilihat pada garis badan sisi belakang. Fairing tepi NVX hitam itu pula  sedikit berbeza berbanding model sedia ada yang bersegi, termasuk bentuk pelana dan ekor belakang.

Bagaimanapun, tarikh debut skuter advencer baharu itu tidak dapat dipastikan. Seperti kita tahu, HLYM sebelum ini juga pernah melakukan sesi tunggang uji Y15ZR (Exciter 155?) baharu. Mungkinkah wakil pengeluar itu mahu memberi laluan buat supermoped tersebut terlebih dulu?

Apapun, masa tepat tidak dapat dijangka jika mengambil kira situasi semasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan Darurat.

BACA >>> Yamaha Aerox 155 Connected (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.2k
BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) roda2 skuter skuter advencer Spyshot Yamaha Yamaha Aerox 155 Connected Yamaha NVX
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.