Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Suzuki Raider Dikesan Jalani Ujian di Malaysia?
Auto Terkini

#Spyshot: Suzuki Raider Dikesan Jalani Ujian di Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/02/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA kemunculan semula Suzuki Malaysia di bawah Kawasaki Motor Malaysia (KMM) sudah lama kita tahu sejak tahun lalu. Cuma wakil pengeluar jenama itu masih belum buat sebarang kenyataan rasmi walaupun sudah banyak bayangan didedahkan seperti pek cenderahati yang diberikan kepada pihak media.

Malah, Suzuki Malaysia tahun lalu agak aktif memuat naik status dalam Facebook Suzuki Malaysia dengan menyiarkan beberapa foto acah dan berita mengenai perkembangan pasukan Suzuki Ecstar MotoGP.

Persoalannya bilakah mahu dilancarkan produk baharu Suzuki kerana sudah lama benar peminat sabar menunggu. Jika anda bertanya, maaflah kerana kami pun tiada jawapan.

Terbaharu, kami baru saja mendapat foto intip kiriman pembaca, jam 3 pagi tadi dengan mesej ringkas ‘Penampakan Belang FI di Malaysia’. Bagaimanapun perincian maklumat lain tidak dimaklumkan. Ada juga beberapa soalan tidak dibalas.

Foto intip itu menandakan kehadiran kapcai berkenaan ke pasaran tempatan semakin dekat. Jika diimbas semula September tahun lalu, Suzuki Malaysia ada memuat naik foto acah di Facebook mereka dengan status bertulis; “Guess what model coming to town?”. Tulisan pada foto tertera kapsyen, “The King is Back”.

Selepas melakukan penelitian lebih mendalam, kami mengandaikanan foto acah itu ialah Suzuki Belang berdasarkan lencana Fi pada fairing depan sebelah kanan. Mungkin benar model itu akan menjengah pasaran tempatan, tetapi tidak banyak yang dapat disahkan kerana foto tersebut kabur dan dalam resolusi rendah.

Foto intip itu juga menggunakan dekal Raider, dan mungkin itu model Thailand atau Vietnam memandang model pasaran Indonesia dikenali sebagai Satria. Selain warna badan hitam, tiada perbezaan lain dapat di kesan. Bahagian ekzos menggunakan pelapik krom, sama seperti model sedia ada di negara jiran

Jika dilancarkan, lebih menarik jika kapcai itu tampil dengan grafik sporty seperti Satria 150 versi Indonesia. Ramai menantikan kehadiran semula model ikonik tersebut. Bagaimanapun masih belum ada sebarang berita sahih. Jadi kenalah tunggu.

Menurut spesifikasi Satria F150, model berkenaan dijana enjin baharu menggunakan teknologi MotoGP didatangkan dengan enjin 147.3cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm serta transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia
BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

Kapcai roda2 Spyshot suzuki belang Suzuki Belang R150 FI Suzuki Raider R150 Suzuki Satria F150
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 19/02/2021 15:41

      Yesss ~ akhirnya !

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.