Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Mitsubishi Xpander Merah, Kelabu Dikesan di Hulu Selangor
Auto Terkini

#Spyshot: Mitsubishi Xpander Merah, Kelabu Dikesan di Hulu Selangor

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AWAL bulan lalu kami ada memaklumkan kelibat Mitsubishi Xpander di Putrajaya. Sayangnya tidak sempat hendak angkat telefon untuk ambil dapatkan sekeping dua foto intip model tersebut yang sudah jauh di depan.

Namun, kali ini pembaca kami, Eddie Izaddi sempat merakamkan video kelibat crossover itu yang katanya di Hulu Selangor. Berdasarkan imej dan video kami terima, dua model Xpander itu sedang diturunkan dari trak pengangkut dan siap dipasangkan nombor pendaftaran kenderaan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/08/spyshot-mitsubishi-xpander-malaysia.mp4

Tidak diketahui kenapa dua unit Xpander itu singgah di Hulu Selangor. Adakah sedang menjalani penggambaran iklan komersial? Ini kerana tarikh pelancaran crossover itu dikatakan semakin dekat, iaitu sekitar suku keempat tahun ini.

Xpander Malaysia dikatakan mirip versi Thailand. Jadi ada kemungkinan pasaran Malaysia akan menerima spesifikasi sama seperti model di negara jiran itu yang baru-baru ini melancarkan varian baharu Xpander Cross.

Berbanding Xpander biasa, Xpander Cross memiliki jarak tanah lebih tinggi 25mm dan didatangkan dengan kemasan plastik untuk gaya lebih sporty.

Antara ciri Xpander versi Thailand ialah lampu depan multireflektor LED. Ciri LED juga ada pada lampu belakang, lampu signal dan lampu brek ketiga. Juga didatangkan dengan plat skid hitam. Trenkuasa Xpander dikuasakan enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Xpander khabarnya ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Mitsubishi di Pekan, Pahang. Bilakah Xpander akan masuk Malaysia? Mengikut perkiraan kami, sekarang sudah suku ketiga, jadi MMM dijangka memperkenalkan Xpander pada suku keempat tahun ini, iaitu bulan depan.

Di Thailand, Xpander dijual pada harga bermula 789,000 baht (RM106,260). Berapakah pula harga Xpander di Malaysia?

BACA >>> Mitsubishi Xpander Dikesan Jalani Ujian VTA di Putrajaya?
BACA >>> Honda BR-V (2020) Facelift Kini di Pusat Jualan, Harga Mula RM89k

Foto Intip Imej Intip Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Mitsubishi Xpander Malaysia Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Shah on 20/08/2020 22:26

      Kat indonesia dan thai dh nak reput dh dia org pakai knp kat kita malaysia lambat sangat ya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.